Friday, April 17, 2009

15 cara gembirakan suami

Jot Down by Mummy Dasy at 4:00 PM
Jangan terlalu mengongkong suami.
Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk.
Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami.
Sekali-sekala, izinkan suami keluar dengan teman-temannya.
Percayalah pada suami.
Jangan kedekut memuji suami.
Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan, urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh.
Kalau suami tidak suka mengikut anda keluar membeli-belah, jangan paksa. Minta izinnya untuk anda keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan.
Sentias hadiahkan senyuman yang paling manis setiap masa.
Jagalah penampilan anda khas untuk suami.
Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat.
Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga.
Elakkan daripada menjadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yang suami buat dan ke mana dia pergi. Berikan sedikit ruang untuk dirinya sendiri.
Selalulah ucapkan terima kasih pada suami.
Beritahu suami betapa anda syang dan cintakan dia sepenuh hati.

Insya'allah gembiralah hati dia....tapi ada gak yang me tak amalkan...hehehe tuk isteri akan menyusul kemudian...
(sumber dari Pa&Ma 05/09)


pic10-1

0 yang membebel:

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea