MASIH BELUM SIAP SEPENUHNYA MASIH DALAM KEMASKINI...... PENYAKIT "M" TIBA-TIBA DATANG MELANDA............ will update more later ya :P.... BEST VIEW using MOZILLA or GOOGLE CHROME.....
~~@~~>>>>>>>>>>Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers<<<<<<<<<<~~@~~ Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, November 26, 2009

Puasa Sunat 9 Dzulhijjah

BismillahirRahmanairRahiim;

Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim).

Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.


Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

(C&P from Halaqah.net)

footer

Isnin, November 23, 2009

Din Aladdin

Ngah blog hopping kat blog Mumy
nampak N3 Ini
teringat Danish pun ada nyanyi lagu ni, tp versi lain.
1 ari tu balik sekolah dia nyanyi

Din...Aladdin...
naik motor x de lesen...
nak kawin, xde cincin...
anak sape botak licin?......

kena marah ngan hBy coz bukan2 jek liriknye....
uish mana dia dapat pun xtau, xkan cikgu lak yang ajarkan?

footer

Puteri Harbour

Sabtu lepas jalan² ke Puteri Harbour, Nusajaya
membawa budak 2 tu gi tengok kapal.


Bab posing bagi ah kat diorg ,
gaya sendiri tanpa di ajar okey....

Sebelum gi, Daneen cbuk tanya "Nak gi mana?"
me jawab "Nak gi tengok kapal"
yang dia dok fikir lain
"Ha!! nak gi beli kapal"
huhu budak ni lain aku cakap lain plak dia translate.
Banyak sangat ke duit ayah awak nak beli kapal tuuuuuuuuuuuuu
sambil tu dalam ati cakap "Ni kalau aku 'ya' kan ada di heboh segala orang"
then me jawab "Tak kite tengok sahaja"
dia pun jawab "ohhhhhhhhhhh......Okey"
ramai gak ghupenye org gi situ
kitorang gi pun x lama coz ada agenda lain pastu...


footer

Sayang...

airliur baci, kata Daneen
suh mandi susah sangat tapi bile nampak camera terus pose.

Uiks... watpe tangan dalam seluar tu.

Mamat ni tutup mulut coz belum gosok gigi.

Ingatkan budak kecik jek,
yang rua ni pun masih bertuala lagi.

Gara-gara takut air nak mandi kerna ujan.
Walhal guna water heater pun susah nak suh mandi.
Mana anak2 sedara x malas, pak sedara pun sama 2 kali 5.


footer

Jumaat, November 20, 2009

Pau

Dah 3 ari berturut² makan pau ni
miahaha cam org ngidam okey.
1st day merengek² suh hBy belikan kat R&R
pastu 2nd & 3rd day beranikan diri beli sendiri.
Pasni cam ngidam burger plak :0
lOl


footer

School

Cuba teka kaki sape ni?

poyo sungguh siap pakai stokin
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
montot sape plak ni

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

kedua²nye milik budak gigi jarang ni
miahaha
klu abang dia cbuk siap nak gi sekolah
dia pun cbuk gak nak gi sekolah.
Belum habis kite cakap, tengok² dia dah siap berstokin
pastu wat muke sedey
"Mummy, tolong adik boleh"
"Tolong ape?"
"Tolong anta umah cikgu NekYang"
sambil wat muke sedey ngan mata terkebil².
Nape dia panggil NekYang & TokYang dia cikgu tu hanya dia yang tau.
Kalau tanya banyak² kang dia jawab
"Suke ati adik nak panggil ape."
wat sakit jiwa jek jawapan okey....


footer

Barbie Girl

Patung Barbie ni hBy beli sempena b'day Daneen.
Daneen namakan "BARBIE GIRL"
bile tanya nape bagi nama tu, dia jawab
"Sebab dia pompuan cam adik"
nak dijadikan kisah semalam dia tunjuk Barbie tu kat Mummy
"Mummy, adik nak macam mulut & mata Barbie Girl ni"
sambil tjuk mata ngan bibir patung tu.
"Buat pe bukan lawa pun, mata kakak lagi lawo"
"Bukan nak mata ah, ish Mummy ni x pa'am ah"
Mak ko ni mmg sentiasa blurr nak oiiii
pastu dia terus amik my lipgloss
ohhhohooo baru faham ape yang dia nak
ghupenye dia nak Mummy dia belikan lipstick ngan eyeshadow
aduhai Mummy pun x pakai benda² tu dik....
me cerita ngan nenek dia, ghupenye ada kisah yang neneknye x ceritakan
ni kes takut cucu dia kena marah ah ni.
Rupenya dia kalau kat umah nenek
senyap² masuk bilik mengerjakan listick neneknya naik ke pipi² berlistick
tapi me x pnah jumpe lagi wajah dia di conteng sedemikian rupe.
Ni ah kalau ada anak pompuan harus bermake-up² bagai.
Nasib dia x merengek nak contact lens sekali
**wink**

footer