Friday, April 30, 2010

Labor Day

Jot Down by Mummy Dasy at 5:00 PM 3 yang membebel

Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi

kepada semua

[Jot's :: ngah planning ape nak beli esok, Cikgu Intan jom sama² wat planning ngehngehngeh]


footer

Hebat & Bahaya

Jot Down by Mummy Dasy at 11:17 AM 2 yang membebel
KEHEBATAN SURAH QULHUAALLAH DAN BAHAYA TIDUR TANPA BERWUDHUK SEMASA HAID, NIFAS SELEPAS JUNUB.....


Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA FOWARDKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN TERIMA KASIH.
WASSALAM.


KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... . Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa..w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

[Jot's : c&p dari email, miahaha title tu mesti ada yg fikir lain]

footer

Handphone & Broadband

Jot Down by Mummy Dasy at 7:22 AM 3 yang membebel
Sape suka Handphone & nak cari broadband tu leh ah gi tengok² ye.....

Danga City Mall
30 April - 2 May 2010

[Jot's :: Mummy tak gi pun]

footer

Wednesday, April 28, 2010

Double Dutch

Jot Down by Mummy Dasy at 3:53 PM 14 yang membebel
Teringin, terngidam benda ini
tapi nak gak tepek, kalau area Gelang Patah ni ada dah confirm gi beli
tapi ape nak wat SIK ADA
bg Hint kat Mr.hBy tapi dia wat dunno jek
menyampah tau....
sape² dah makan tu post ah kat me bg jamah hehehe
marshmallow tu yg wat terliur...

footer

Window 7

Jot Down by Mummy Dasy at 12:40 PM 3 yang membebel

Agak menyampah di sini
tapi bukan salah orang lain, salah diri sendiri gak
yang agak sengal ditambah bengap hahaha
selalu kalau nak membeli barang² sehari sebelum kitorang akan wat survey
bila dah survey, cari info di tenet
pastu sok baru bagi pilihan nak beli ke tak...
patutnye tanya Kak Suzana dulu coz dia dah beli dulu kesilapan beso di situ.
Penyesalan yang tak boleh ditarik balik
di tambah plak tgk my bro yang beli sekali
Windows 7 Home Premium
but mine
Windows 7 Starter
tapi bile dah seminggu mencuba, tanya orang sana sini
ghupenye cheh hampeh tul
banyak yang x complete dan terbatas.
konon nak upgrade ke Windows 7 Home Premium
tak cukup budget ah pulok
so now i'm using Windows XP down downgrade okey
itu yg kedai komputer suggestkan.
Skang ni kena berjimat cermat nak upgrade plak huhuhu

Windows 7 Starter

Ketersediaan: Di seluruh dunia, OEM saluran, untuk PC baru terbatas pada jenis perangkat keras tertentu saja (netbook)
Fitur Utama: Enhanced Taskbar, Langsung Lists, Windows Media Player, Backup dan Restore, Aksi Pusat, Device Stage, Play Untuk, Fax dan Scan, dasar permainan
Keterbatasan: Missing Aero Glass, Aero desktop banyak perangkat tambahan, Touch Windows, Windows Media Center, hidup thumbnail previews, Windows 7 Mobilitas Pusat, fitur Home Group penciptaan, dan dapat menjalankan aplikasi hanya tiga sekaligus.

Home Basic Windows 7
Ketersediaan: Emerging pasar OEM hanya saluran
Fitur Utama: Semua fitur Windows 7 Starter selain fitur lanjutan jaringan, tinggal thumbnail previews, dan Windows Mobility Center.
Keterbatasan: Missing Aero Glass, Aero desktop banyak perangkat tambahan, Aero jendela navigasi, Touch Windows, Windows Media Center dan penciptaan fitur Home Group.

Windows 7 Home Premium
Ketersediaan: Mainstream Windows 7 SKU, rilis di seluruh dunia dan tersedia untuk kedua OEM dan saluran eceran
Fitur Utama: Aero Glass, Aero Latar, Windows Touch, Home Group penciptaan, Media Center, pemutaran dan DVD authoring, premi permainan, di samping semua fitur Windows 7 Home Basic.
Keterbatasan: Missing Domain bergabung, Remote Desktop tuan rumah, cadangan lanjutan, EFS, dan Offline fitur Folder

[ Jot's :: ini bukan N3 menunjuk² :), sekadar berkongsi citer, info pasal Windows ni dr En.Googles luper plak link ape ]

footer

Tuesday, April 27, 2010

Rahmat.... Rezeki

Jot Down by Mummy Dasy at 7:10 AM 4 yang membebel
Semalam masa amik Daneen balik sekolah, hujan
depan sekolah mendung
tapi makin lama bergerak hujan rintik2
tiba2 anak dara ni bersila pastu tadah tangan
ngan rambut meresai cam org x mandi
pastu dia membebel sorang2
yang Mummy dengar

"Ya! Awah Allah, Ya Awah Allah ....." ayat pastu x dengar

pastu ujan makin mencurah2, makin kuat plak dia cakap
ghupenye dia dok berdoa

"Ya Allah, Ya Allah jangan ujan" ulang ayat sama
sampai ah di Leisure Farm ujan turun mencurah2 lebatnya

"Ish, Awah ni x dengar doa adik"
hahaha dia meradang coz masa tu ujan tersangat lebat smpi jalan pun x nmpk.
sebenonye dia takut ujan sebab xnak dgr bunyi guruh.

Then I told her
"Tak baik tau cakap camtu, ujan ni kan rahmat"
"Rahmat tu kawan adik ah"
"Lah, bukan nama org rahmat tu"
"Abis tu? Rahmat tu ape?"
"Rahmat tu cam rezeki ah"
"Tak ah rezeki tu kan duit ayah cakap, macam mana ujan ni boleh bg duit"
Aduh ni yg Mummy malas nak berkata2, ada jek yg nak dipertikaikan
"Aduh, bukan rezeki duit, maksud Mummy bila ujan turun ni pokok2, rumput dpt ah makanan" Mummy dah nak naik angin masa ni byk lak soal jawabnya
"Pokok makan camna?"
Aduh byk lak soalan dia, last2 dah kerna malas nak menjawab
"Mummy ada beli gula2, gi cari dlm beg"
hahaha terus dia lupe kisah hujan
sebab tu klu Mummy yang amik balik sekolah Daneen tido
sebabnya Mummy x ajak dia berbual
tapi kalau Mr.hBy yang amik mmg berbual jek kejenya sebab ayah dia suka melayan.

[Jot's :: Arini ape plak citer dia balik sekolah gaknya]


footer

Monday, April 26, 2010

Beginner...

Jot Down by Mummy Dasy at 1:10 PM 7 yang membebel
Gaya harus ada...

mula² Ayah ajar ckit...

on her own
agak poyo jek...
sebenonya ni edisi memujuk si kecik ni
dia agak bosan masa ni, ape yang dihajati tak dapat
so si Ayah ni memujuk ah si Anak Dara

ini hasilnye...
tapi kalau dah angin penuh 1 badan pujuk camne pun tak jalan.
nasib x berkecai camera tu keje dia.....
huh cam nak picit² jek masa ni....

[Jot's :: Mengantuk, ditambah plak ujan² ni]


footer

Friday, April 23, 2010

><((((º> GUPPY...

Jot Down by Mummy Dasy at 10:16 AM 2 yang membebel
New deco..
hihihi deco ah sangat
actually nak gi tau umah kitorang ni xde pet ye...
sebabnya Mummy teramat geli ah ngan kucing.
Yang kitorang bela ikan² jek...
ini Guppy posisinya di dalam toilet.
Beli 10 ekor, la ni dah tinggal 7 ekor sahaja.
Hari pertama beli, Daneen dah wat basuh tangan lepas makan keropok lekor dalam balang tu
Ikan2 timbul keesokan arinya...
Tak tau camne Mr.hBy tiba² nak beli ikan ngan pokok tu
dia tgk katne? kenapa?
idak ah plak nak tanya, kan Mummy dah gitau me redha jek ape yg orang belikan, terima seadanya...
Daneen tu ikut pangai sapa ah gaknye?????

[ Jot's :: Jom ramai² ke Jom Heboh, tapi me x gi pun ]


footer

Anak Dara

Jot Down by Mummy Dasy at 1:47 AM 5 yang membebel
Setiap anak berbeza2 perangainye...
camtu ah yang Mummy alami sejak Daneen pndi ckp
Dia cepat ckit segala2nya dari Danish, berjalan 11month
cakap lak dalam setahun, mulut cam bertih dlm 2y
tang pangai memang berbeza kuat peradang, mesti dengar jek ape yang dia cakap.
Kalau gi shopping, nak cari baju dia memang susah gamaknye.
Bertentangan pendapat wakaka

Gambo ni masa umur dia 2y
masa tu nak beli baju raya kat AEON, TEBRAU CITY
dia cbuk nak tali pinggang color shock pink, fav. color dia ni :)
tapi belt tu x sesuai coz beso & panjang teramat sangat
mau 2,3 kali belit kang.
Last2 dia majuk, dok bwah rak baju ngan muka yg .......
ish cam nak picit2 jek masa tu, dah ah bulan pose kang x pasal2 hilang pahala pose
last2 belikan gak belt tapi color orange tu pun beso, pki adalah 2,3 kali sejak beli.

Ni plak baru2 ni kitorang gi AEON,TEBRAU CITY gak
masa ni dia melalak nak baju HUSH PUPPIES
dia kata, "Adik nak baju anjing comel" wakaka
comel ah sangat anjing tu...
pastu dia meroyan lak nak "Baju Pusing"
dia cbuk nak baju pusing coz nak menari Ballet
ni semua gara tengok citer "Dance Subaru" kat ABO
pastu bile tengok citer Hindustan, London Dreams confirm dia joget sama siap berguling2 tu.
berbalik pada tajuk, gamaknya memang x terkawal perangainya
ish mmg anak pompuan cam gini ke ek?
rasanya Mummy dia x camtu, redha jek ape yg org belikan tak memilih pun
(◡≦) hiks sila percaya kata2 ini...

[Jot's :: Shoutbox tu tersembunyi cam terlupe kewujudannya plak]

footer

JUST ONE BOY

Jot Down by Mummy Dasy at 1:11 AM 0 yang membebel


Just one fruit from 1 tree,
Just 1 rumble mumble from 1 beat
Can 1 send boy climbing climbing
Just 1 flock from 1 cloud
Just 1 itsy bitsy twist and shout
Can send that same 1 boy running running yeah
Aah..there’s a four leaf clover sitting in the sun
It’s been waiting for someone like you
But there’s really really no one but you
Tell me you’re the one
Could it be magic
It must be magic
Tell the truth, are you my only one?
Just 1 word from 1 girl
Just 1 lovey dovey we control
Can make 1 boy crying crying
Oh..I don’t care what you say
I thought to steal 1 kiss when you look away
And send this boy flying flying yeah
Aah..there’s a four leaf clover sitting in the sun
It’s been waiting for someone like you
But there’s really really no one but you
Tell me you’re the one
Could it be magic
It must be magic
I wanna talk like you
I wanna talk like you
Gonna kiss like you
Aah..there’s a four leaf clover sitting in the sun
It’s been waiting for someone like you
But there’s really really no one but you
Tell me you’re the one
Could it be magic
It must be magic
Tell the truth, are you my only one?
Tell the truth, are you my only one?
Tell the truth, cause I love you

[ Jot's :: OST Talentime, halwa telinga sebelum beradu ]


footer

Thursday, April 22, 2010

Tag: Only One---------> 1

Jot Down by Mummy Dasy at 1:05 PM 6 yang membebel

You can only type one word answers for each question.

Angkut TAG ni dari blog sweet-ants
Not as easy as you might think. Copy this questionnaire and paste as a new post. Then change the answers to suit you and tag others or encourage others to try this One Word Answer meme themselves.
Remember: one word answers only!

1. Where is your mobile phone? - handbag
2. Your significant other?
- o
3. Your hair?
- straight
4. Your favorite thing?
- netbook
5. Your dream last night?
- nope
6. Your favorite drink?
- milo
7. Your dream goal?
- beauty
8. The room you’re in?
- home
9. Your ex?
- dunno
10. Your fear?
- dead
11. Where do you want to be in 6 years?
- Mekah
12. Where were you last night?
- home
13. What you’re not?
- drunken
14. Muffins?
- no
15. One of your wish list items?
- WISH
16. Where you grew up?
- Johor
17. The last thing you did?
- slepping
18. What are you wearing?
- Kurung
19. Your favorite TV Show?
- romance
20. Your pets?
- Guppy
21. Your Computer/Laptop?
- VAIO
22. Your life?
- Simple
23. Your mood?
- Happy
24. Missing someone?
- Hby
25. Your car?
- Waja
26. Something you’re not wearing?
- Heels
27. Favorite store?
- GIANT
28. Like someone?
- hurmmm
29. Your favorite color?
- Purple
30. When is the last time you laughed?
- sat
31. Last time you cried?
- forgot
32. Who will post this?
- me
33. Were you able to answer ALL of the questions with ONE word answers?
- dunno



footer

Beransur pulih :)

Jot Down by Mummy Dasy at 10:58 AM 10 yang membebel
Kesinambungan dari N3 INI
petang lepas keje gi klinik, kan paso malam aritu
mmg saje gi petang jd dpt gi paso malam
berbalik pada citer, bila jumpa doctor
Doc. tanya "Period bila?"
hahaha doc. ko ingat aku mengandung ke?
Tanpa segan silu Mummy jawab "14hb" hehehe
pas doc. check semua dia kata demam biasa jek tapi tekak ada merah ckit.
dlm 2,3 ari x kurang gi klinik semula
sekali banyak ko ubat dapat, semua mengantukkan
adalah dalam 5 jenis ubat
selsema, kahak, lendir, batuk, antibiotik
semuanya x sedap sungguh rasanya.
Camne ah nak baik cepat, makan ubat hanya waktu malam shaja
kalau makan siang confirm kat ofis x nyedar tido
kang sape nak amik anak balik sekolah.
Gi klinik ngan Danish & Mr.hBy...

Danish lak gi klinik sebab pasal sakit dia ah tu
Ingat tak N3 INI
Bisul dia x kurang so petang tu bawak Danish gi ofis
lepas keje baru gi klinik sama² ngan dia sekali.
Aduhai kat ofis x reti dok diam, main game pun nak jalan kesan sini.
Bila jumpa doc cakap, x yah pecahkan sebab tengok cam dah pecah nanahnye ckit,
aik camne leh pecah pagi sebelum gi sekolah bukan main merening lagi.
Bila dah kuar bilik doc. Mr.hBy tanya dia

"Abang, tadi ada jatuh ke?"
"Ak ah, kat sekolah"
"Berdarah tak?"
"Darah, kuar darah warna putih"
huhuhu tu bukan darah anak oiiii tu nanah yang kuar
dah sah2 ah darah warna merah.
Dapat ubat makan 2, ubat sapu & cream.
Yang ubat untuk makan tu dia xleh telan
yang memang penakut makan ubat.
Bikin hangin tau suh dia makan ubat coz asyik vommit jek
padahal ubat dia tu rasa manis jek Mummy rasa, pasal ko xleh telan abang oiiiii.


Ni aksi semalam
Mr.hBy jadi doctor lagi miahaha
pecahkan lagi nanah tu kali ni berlubang² bagai tangan anak aku
bila tanya sakit tak?
dia jawab "TAK" tapi intonasi sore cam nak nangis
mata berair² tapi masih lagi control macho hehehe

seee yiarkkksss
dah sapu cream tu yang berkilat semacam
as for Daneen, anak dara tu biasa ah mmg suka interframe
nak gak nyelit klu bergambo
malam tadi dia jasi nurse assistant Mr.hBy tp lebih buat main kapas bukan nolong pun.

[Jot's :: sape² nak menjerit di blog, shoutbox dah pindah di belah kanan anda ye kotak warna hijau tu, click di situ]

footer

Sejarah Hari Bumi

Jot Down by Mummy Dasy at 9:30 AM 2 yang membebel

Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.


Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.


Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.


[Jot's :: credit source Wikipedia]



footer

Tuesday, April 20, 2010

Fever Again

Jot Down by Mummy Dasy at 10:14 AM 12 yang membebel
Arini tersangat ah lenguh² badan.
Demam + selsema + sakit² badan + pening
argghhhhh tension tau dalam keadaan camni
tapi pehal ah arini rajin leh bekerja, padahal boss xde cuti jek ah
hahaha Mummy sendiri pun x tau napa datang keje
segan ah gak asik muka ni jek yg cuti kerja, tambahan plak esok dateline
berserabut atas meja ni ngan kertas² keje
Kusut semacam dah rasa ni


malam tadi lepas Mr.hBy gi keje
okay lagi, dalam kul 1am Daneen ngamok nak susu
tapi nak ayah dia wat, last² me biar jek
masa tu badan dah seram sejuk, tapi wat dunno jek coz boleh tahan lagi
Daneen lak agaknya dah setengah jam merengek² akhirnya datang merayu gak suh Mummy watkan dia susu
pastu Mummy sakit perut lak, cam cramp kat perut huhuhu sakit cam nak nangis okay...
pastu terus menggigil, a/cond dah off tapi masih menggigil kesejukan
pastu terus selubung dlm comforter....
korg bayangkan selubung comforter tanpa a/cond dan kipas
tapi masih lagi menggigil cam dok kat eskimo rasa.
Kul 5am++ baru tido pastu pagi ni terlajak bangun 6.45am
huhuhu kelamkabut mana nak berebut bilik air, nak mandi anak² lagi
jalan pun terhuyung hayang cam x berpijak di bumi nyata.
Masuk mgg ke-2 ni demam camni, asal malam jek menggigil....
Nak gi klinik lagi takut penyakit lain lak....
huhuhu demam reda ah cepat...

[ Jot's :: Ya!Allah, elakkan dari penyakit yg x diingini ]

footer

I Like Friday...

Jot Down by Mummy Dasy at 6:48 AM 3 yang membebel
Hehehe arini baru Selasa, dah cbuk citer pasal Jumaat
Kalau sape tgk status FB mesti tau kenapa Mummy suka Friday.
Kerana aritu ialah ari membazir dan menghabiskan duit
hahaha sat lagi ada yg mengata aku riak ah plak.
Jumaat adalah hari beristirehat, balik keje leh tgk tv puas2
xyah nak fikir nak masak ape?...
sebab lepas Maghrib anta Danish terus g makan malam
akan tetapi 2 mgg lepas tak lah pulok
sebab lepas jek anta Danish, keta wat hal dan dan tu ah nak mati tepi jalan

huh jenuh Mummy ngan Daneen dok tepi jalan smbl bertenet
Melayan youtube citer fav. dia Upin & Ipin
Ayah lak ngah betul keta ngan kawan dia
tepat2 kul 9.30pm, Danish habis kelas leh plak keta tu hidup.
Huh last2 burger jek sebagai hidangan makan malam.
PADAN AH MUKA kami....
Minggu lepas membalas dendam sepanjang perjalanan anta Danish ni
Mummy dok berdoa keta jgn wat hal lagi hahaha
syukur Alhamdulillah, keta x wat hal.

see ini budak w/pon demam tetap gak selera makan
hahahaha ada rahsia kenapa skang dia kuat makan.
Abaikan wajahku yg klu dah makan confirm x toleh kiri kanan lagi dah..
Daneen paling suka kejap2 sebab masa ni ujan dia cbok turun naik

huh lauknya tak berapa sedap pada tekak me lah, Mr.hBy x tau ah dia

sebabnya
1. Tomyam byk sgt sampah sarap
2. Puyuh sambal tapi xdpat nak cedok sambalnya, sampah jek yg byk.
3. Sotong goreng tepung, dah rasa cam jempot2 tau tepung lebih banyak, sotongnya kecik jek....

Telur dadar ngan kangkung belacan tu okay ah cam biasa.
Hahaha kalau cakap ngan Mr.hBy confirm dia kata
"Nak ikut tekak, masak sendiri"
chetttt.....

Tapi yang best kat sini ada pondok2
hahaha dah macam orang jakun tau Daneen.
Bukan takat Daneen, Mummy pun excited dok dalam pondok tu.
Tapi sayang ckit sangat pondoknya 2 ketul jek, buat ah banyak ckit naknya.
Sekian edisi makan Jumaat kami. Jumaat ni nak makan katne plak ek?????

[ Jot's :: Teringat plak kat Anjung Warisan...motif... ]

footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea