Friday, April 2, 2010

Din Beramboi meninggal dunia

Jot Down by Mummy Dasy at 6:28 AM
02/04/2010 2:47am

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


(C&P from utusan online)


Takziah kepada keluarga arwah, Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama golongan2 yang beriman. Amin...


footer

0 yang membebel:

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea