Showing posts with label am. Show all posts
Showing posts with label am. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Arini

Jot Down by Mummy Dasy at 9:46 AM 0 yang membebel

011111

Cantik angka itu...
Jot's :: saya mengidam Mc'D :(

Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali

Jot Down by Mummy Dasy at 10:13 PM 0 yang membebel

Happy Deepavali to all... 
have a nice holiday all...

Jot's :: HoHoHo balik kampung....

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

Jot Down by Mummy Dasy at 11:51 AM 0 yang membebel


Selamat Hari Bapa
kepada
semua bapa2 & juga bakap bapa :)
especially to Mr.hBy and my father..



Jot's :: Jom ke Tutti Frutti


Friday, June 17, 2011

PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya??

Jot Down by Mummy Dasy at 10:42 AM 0 yang membebel
Sekadar berkongsi ilmu...insyaAllah... Salah satu yang disentuh oleh Y.Bhg Dato' Noh Gadot semasa ceramah Maulidul Rasul di Surau kita

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


Oleh itu adalah baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum"
dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
"WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
"WAALAI KUM SALAM"


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM saya pada ASHREE ye" ......contoh lerr...
Dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer"
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".
Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi.Jangan guna "Semekom" kerana"Semekom"bermaksud "Celaka Kamu."Gunakan perkataan" As Salam" sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum."
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya
Jot's :: Dipetik dari email...

Monday, May 16, 2011

SELAMAT...

Jot Down by Mummy Dasy at 9:20 AM 0 yang membebel
Just a short entry before my sweet little pie wake up...


SELAMAT HARI GURU untuk semua guru2
&
Happy B'day to mommy to be Pn. Hernee
3 series sudah... semoga selamat melahirkan bb nnt ye..amin..

Jot's :: Makin  nak habis pantang makin tak sempat nak update blog Syahmina asik nak berkepit jek...

Monday, February 28, 2011

Restoran Rawa Steamboat tidak memiliki Sijil halal

Jot Down by Mummy Dasy at 9:59 AM 0 yang membebel
Sekadar untuk makluman... saya pun baru tau dari FB my SIL.. then terus bukak link JAJ & resultnya...

Aduan Awam Tentang Halal – Restoran Rawa Steamboat Taman Pelangi dan Taman Gaya Johor Bahru.

Soalan lazim yang sering diajukan kepada Jabatan Agama Johor adalah tentang status Halal bagi Restoran Rawa Steamboat. Untuk makluman semua umat Islam, Restoran tersebut tidak pernah memohon Halal Johor dan tidak memiliki Sijil halal sama ada daripada JAKIM atau Jabatan Agama Johor. Justeru itu semua umat Islam seharusnya peka dan mengambil serius tentang hal ini, iaitu perlu bijak memilih dan mengenalpasti Logo Halal yang sebenar serta Sijil Pengesahan yang diiktiraf.

Kami di bahagian Pengurusan Halal ini bersama KPDNKK telah beberapa kali membuat pemeriksaan bersama ke atas premis tersebut. Melalui pemeriksaan itu ramai pengunjung Islam mungkin tertipu dengan logo halal yang dipamerkan serta begitu yakin untuk menikmati hidangan yang disediakan di premis tersebut. Restoran tersebut mendapat Sijil Halal swasta (IFRC) yang tidak diiktiraf. Melalui pemerhatian semasa pemantauan dijalankan beberapa kesalahan telah dikenalpasti yang tidak menepati Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia seperti:-
1. Terdapat minuman keras di simpan di bahagian premis,( kesalahan melalui peruntukan Seksyen 3 Akta Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975(iii) iaitu menyimpan atau bersentuhan produk tidak halal dengan apa-apa makanan yang halal.
2. Tiada tukang masak di bahagian dapur Islam warganegara Malaysia.
3. Penggunaan bahan mentah yang diperolehi daripada pembekal yang tidak mempunyai jelas status halalnya.contohnya:- pengambilan sumber daging ayam bukan daripada pengedar yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
Oleh yang demikian, semua umat Islam, khasnya di Johor seharusnya bijak dalam memilih Restoran atau makanan yang mempunyai sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf. Pihak pengurusan Halal ini juga merngucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan semua orang awam. Pihak JAJ akan terus memantau Restoran tersebut dan merangka pemeriksaan bersepadu bersama agensi kerajaan lain bagi menjaga kepentingan umat Islam di Johor. Untuk mendapat maklumat senarai pemegang Sijil Pengesahan Halal Johor, boleh melayari laman web JAJ (www.johordt.gov.my/jaj) dan klik pada Direktori Halal.



Jot's :: Bulan ini adalah bulan mengikuti kelas2 untuk ibu mengandung hehehe ntah bila nak keluar citernya..lepas bersalin mungkin ;p

Monday, December 27, 2010

Sekadar untuk renungan

Jot Down by Mummy Dasy at 11:56 AM 2 yang membebel
Terjumpa kata² ni kat FB milik Syahirul.com

Wahai lelaki.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya.. moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu..

hayati dan fahami sungguh mendalam maksudnya....

Jot's :: Arini klinik, esok klinik lagi sapan belum lagi ni, huwaaaaaaaaa lapo banget.

<--- PLEASE CLICK IT
footer

Sunday, December 26, 2010

Bola Punya Pasal...

Jot Down by Mummy Dasy at 10:16 PM 0 yang membebel

ini yang dijumpai semasa berFBing sedari awal bola bermula
Anti IndosiaL & ANTI MALINGSIA
apedaaaaa ini pun leh jadi page tiba2 ramai yg LIKE page2 tu….
Just wait n see the result on this 29th sape juara????

Jot’s :: sedang gigih menghapdet entry yang tertangguh sebelum bermulanya tahun baru 2011..


<--- PLEASE CLICK IT
footer

Seminggu Lagi

Jot Down by Mummy Dasy at 5:31 PM 2 yang membebel
Lagi seminggu naik sekolah
30/12 Danish kena daftar ke darjah 1 dan akan ada ujian diagnostik
as for Daneen Smile belum daftar tadika lagi
kalau ikut Mr.hBy sehari sebelum naik sekolah baru nak daftar ke SR bila dia tipon kna daftar sebelum 01/01/2011 miahaha rasakan…
Sekejap jek dah besokan, usia pun makin meningkat Danish
tapi perangai masih lagi macam dulu x berubah2 main 24/7
Daneen plak makin menjadi2 ckit2 merajuk… Kadang2 di luar kawalan coz Mummy tak boleh marah2 sesak nafas
Pregnant kali ni macam2 kna byk sabar, sakit kat ulu hati makin kerap tak boleh berdiri lama2 mesti sakit yang amat sangat…


Jot’s :: Banyak entry in draft nnt bile rajin baru publish aeh… Smile macam ada yg kisah


<--- PLEASE CLICK IT
footer

Sunday, December 12, 2010

Selamat Berhujung Minggu

Jot Down by Mummy Dasy at 1:16 PM 0 yang membebel
Selamat hujung minggu semua!!!
Arini plan Mummy & family nak bershopping baju sekolah..
Anak nak naik darjah 1, ibubapa yang excited
face,laugh
Next week dah x sempat rasanya nak beli persiapan sekolah
coz ari rabu ni plan nak sunatkan Danish pastu kalau jadi minggu lagi satu nak ke Pahang amik MakCik DaSy balik cuti sem.
Baju sekolah agama tu yang kena beli dulu sebab nak anta kat tailor untuk dijahit
tak pnah lagi beli baju melayu dah siap.
Jot’s :: Arini plan nak makan ape aek???


<--- PLEASE CLICK IT
footer

Friday, November 12, 2010

Syiling Memperingati P. Ramlee

Jot Down by Mummy Dasy at 2:43 PM 2 yang membebel
Koleksi syiling yang bernilai RM3500 ini boleh didapati dalam bentuk pakej pek emas, perak dan tembaga.

KUALA LUMPUR: Seiring dengan usaha dan kempen untuk memperingati seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, KL Mint Sdn Bhd mengeluarkan syiling tokoh seni itu dalam tiga koleksi yang bersalut emas, perak dan tembaga.

Menurut Pengarah Projek KL Mint, Mohd Saiful Abd Latif perancangan untuk mengeluarkan koleksi syiling yang julung kali dilakukan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memartabatkan P. Ramlee.

"Seperti yang kita semua maklum, P. Ramlee adalah legenda seni yang agung. Sebelum ini, memang tiada lagi koleksi syiling dikeluarkan khas untuk karyawan seni tanah air.

"Jadi, kami mengambil inisiatif untuk mengeluarkan koleksi syiling ini sebagai tanda penghargaan kepada tokoh itu dan juga untuk disimpan sebagai warisan seni negara," katanya.

Mengulas lanjut, Saiful berkata, keputusan untuk mengeluarkan koleksi syiling itu adalah berdasarkan nilai dan keistimewaannya yang bukan saja menjadi buruan para pengumpul syiling malah ia juga tahan lama.

"Kami memilih untuk mengeluarkan koleksi syiling berbanding poster, poskad atau barangan koleksi lain adalah kerana nilai dan ciri-ciri wang syiling yang boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.

"Jika hendak dibandingkan dengan koleksi peribadi yang lain seperti poster, poskad atau album, nilai wang syiling ini lebih tahan lama dan menjadi idaman bagi penggemar koleksi wang syiling," katanya.

Bercerita tentang idea pencetakan syiling tersebut, Saiful berkata, projek yang dirancang sejak awal tahun 2010 itu diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL Mint sendiri iaitu Othman Abdullah sebelum mendapat kerjasama daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Persatuan Karyawan Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara.

Koleksi syiling peringatan itu setiap satu dijual dengan harga RM3,500 untuk syiling emas, RM250 (perak) dan RM50 (tembaga). Menariknya, bagi setiap pembelian syiling emas, pembeli juga bakal mendapat syiling perak dan tembaga.

Katanya, koleksi syiling emas dan perak hanya akan dicetak masing-masing 1,000 keping manakala bagi syiling tembaga pula bergantung pada permintaan.

Sebahagian daripada hasil jualan koleksi syiling itu akan disalurkan kepada tabung Karyawan dan Yayasan P. Ramlee.

Pameran dan jualan koleksi syiling ini akan berlangsung selama sebulan di Balai Seni Lukis Negara bermula Jumaat (hari ini).

Pelancarannya yang diadakan di Balai seni Lukis Negara, Khamis, disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Ia turut dihadiri Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

C&P : mstar

Jot's :: Stok dah habis untuk tembaga, petang kang baru ada lagi masuk stok...cepat betul habis agaknya awal2 pagi org dah tunggu kat Balai Seni Lukis Negara.

<--- PLEASE CLICK IT
footer

Thursday, November 11, 2010

Takziah

Jot Down by Mummy Dasy at 7:33 PM 1 yang membebel
Sedang ber"FB'ing
terjengah kat Abby Abadi Fanpage
ada memberitahu Shamrin vokalis Fotograf meninggal.
Takziah...Al-Fatihah
teringat lagu2 zaman arwah....


<--- PLEASE CLICK IT
footer

Result UPSR

Jot Down by Mummy Dasy at 2:20 PM 1 yang membebel
Arini keputusan UPSR keluar
(Ujian Penilaian Sekolah Rendah)
Congratulation my dear cousins, nieces & my bro

AIN - 5A

Fatin - 4A 1B

Abby - 3A 2B
Erin - 3A 2B

PakUsu - 2A 3B


Jot's :: Time anak sendiri nanti camne ah gaknya, debaran akan bermula bila menginjak ke sekolah.....

<--- PLEASE CLICK IT
footer

Wednesday, October 27, 2010

Smart Reader Kids

Jot Down by Mummy Dasy at 2:43 PM 1 yang membebel
Pic C&P HERE

Mummy pnah citer pasal my SIL cari teacher untuk
Smart Reader Kids beberapa bulan lepas di SINI
sekarang pendaftaran sudah di buka
kepada yang duduk di kawasan Gelang Patah, Nusajaya
bolehlah hantar kalau berminat.
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi orang di bawah ye....
kalau tanya Mummy, confirm tak tau ape² :)

Flyer yang diberikan untuk Daneen
ke sana ke sini dihurung dia naik lunyai kertas tu.
asal bangun pagi tanya

"Arini adik sekolah mana"
"Sekolah biasa ah Al-Ummah"
"abis bile nak sekolah MakTeh"
aduhai lambat lagi ah cekmek cuti sekolah pun belum.


Jot's :: Macam² ragam Daneen sekarang ni, dah tak terlayan


<--- PLEASE CLICK IT
footer

Friday, October 1, 2010

BOSAN

Jot Down by Mummy Dasy at 12:12 AM
Bukan senang nak buat orang faham
kadang2 faham, tapi buat2 x faham
terutama orang yg dekat dengan kita
kadang2 rasa cam bangang pun ada, kehendak orang kite kna ikut & patuh
tapi bila sampai kite.........ade ke??????????
Perasaan tika & saat ini adalah
PANAS & KECEWA
ngan manusia yang berpura2 & menipu
bila aku x suka, jangan buat ah
sebab klu nak tipu pun lambat laun tau gak
kalau dah sekali tertipu, xde kali kedua nak percaya dah.
semua perkara ada batasan, camtu gak dlm pergaulan.... huh whatever
Luahan rasa di malam hari...
comment not allow for this N3...

Jot's :: malam2 ni bunyi ape2 ntah yg kuar, aish seram plak...... badan rasa nak demam jangan esok tumbang dah ler

footer

Thursday, September 30, 2010

New Twitter

Jot Down by Mummy Dasy at 9:02 AM 2 yang membebel
Jengah blog Yanmie
ada entry pasal newtwitter
dah lama x masuk Twitter, selalu bertweet dari Tweetdeck jek
memang tul dah lain

ni view Twitter dulu
agak kecik pemandangannya...


ni newtwitter punye view
beso & kemas.
Tweetdeck kat ofis ni wathal ah plak, Adobe Air xleh update uish ari² ada jek hal PC ni.

Jot's :: 12 minggu dah berlalu..


footer

Sunday, August 29, 2010

Shopping Raya

Jot Down by Mummy Dasy at 3:35 PM 1 yang membebel
Hasil rembatan untuk raya
seminggu puasa dah shopping bukan sebab semangat nak raya
tapi takut keadaan tak mengizinkan, tupun masa tu anak2 cbuk belek2 baju
Mummynya cbuk gak kuar masuk toilet muntah
anak2 ngan Mr.hBy cbuk beli baju raya, Mummy cbuk cari baju ngandung
tu pun ada lagi barang belum beli.
Tak tau bile nak gi beli sebab sekarang ni keadaan dah kurang mengizinkan.
Perut dah nampak, baju raya jangan ah kain xleh nak zip..
Korang dah shopping untuk raya ke?

Jot's :: Semalam berbuka umah Nyang DaSy, arini umah MIL & esok beli PARAM...

footer

Wednesday, August 25, 2010

Malang Tak Berbau

Jot Down by Mummy Dasy at 3:48 PM 6 yang membebel
Pagi tadi seperti biasa anta Daneen gi sekolah
tapi oleh sebab dah terlambat bangun
kena ah speed lebih ckit
mula² perjalanan lancar sahaja
tapi bila sampai kat kawasan berbukit & sedang turun bukit
tiba² keta hadapan sekali behenti mengejut
tengok bonet enjin dah terangkat,
keta Mummy no. 4, 2nd & 3rd car pun sama² laju emergency brek
Daneen kat sebelah dah terkedepan
sambil mulut dia cakap "Ya Awah Allah, Ya Awah Mummy"
sebab keta 1st tu dah berasap².
Nasib xde ape² sebab Daneen duduk tadi, kalau tak selalu dia berdiri kat cermin
cuma perut Mummy jek senak ckit terentak kat stereng
nasib tak tersembur muntah keluar sbb masa tu mmg ngah menahan nak vommit.
Dalam keta tu ada emak (driver) ngan anak.
Kesian, tapi Mummy tak turun pun coz 2nd car tu dah benti tolong kuarkan anaknya.
Budak tu mungkin luka sebab cermin depan pecah.
Daneen suh benti, tapi Mummy tak sanggup ah sebab dah loya sangat²
lagipun Daneen dah lambat, lagi pun ramai² buat ape...

Jot's :: To my friend Raziawati, tahniah for ur 2nd baby...

footer

Day 11 @Pizza Hut

Jot Down by Mummy Dasy at 11:11 AM 3 yang membebel
Ye ye tau arini dah puasa ke 15
tapi nak wat camne makin lama makin rajin *ngee*

Tercapai sudah hajat nak makan
Nasi Kurma Ayam @Pizza Hut
to me, rasanya kureng nangis huhuhu
gaknye tekak elum boleh menerima lagi

Ramadan Fizz ni pulak boleh ah
airnye rasa cam agar²+sunkist+air karbonat
tapi Daneen tak berapa masuk dia mencari air kosong jugak
as for Danish dia kata x sedap, suh order Pepsi

ini pun kureng gak bagi tekak Mummy
makan tak habis pun meatball tu langsung tak boleh masuk kat tekak.
Yang habis cume spaghetti jek, mmg setiap kali gi Pizza itu jek yang laku.

Jot's :: Sekarang agak senang tak yah fikir nak masak ape, semua beli w/pon tak menepati piawaian ;p

footer

Monday, August 23, 2010

Kemudahan tergendala

Jot Down by Mummy Dasy at 7:24 PM 2 yang membebel
Ape perasaan apebila kemudahan selama ini dikecapi di tarikbalik?
Masa ni lane SmarTAG & TnG ditutup
Mummy ofcos ah marah sebab lane tol tu dah jammed
ditambah plak tekak yang kurang menyenangkan.
Nasib cuma sehari, kalau smpi Syawal mau nangis...

Jot's :: Bersusah² ke hulu, bersenang² di tepian..ecece

footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea