Tuesday, February 17, 2009

KAEDAH BAIN MARIE @ STEAM BATH

Jot Down by Mummy Dasy at 10:39 AM
loyang yg dibalut foil
loyang kek dah masak


This entry about kaedah Bain Marie atau Steam Bake untuk memasak/bakar kek terutamanya kek keju.. pada yang bertanya & special dedicated to JADE...

Bain marie adalah satu cara yang digunakan untuk membakar kek dengan teknik steam bake.
Teknik memasak ini biasanya digunakan untuk kek2 yang lembut seperti custard atau sous yang bahannya menggunakan banyak kuning telur atau cheesecake yang mengandungi putih telur secara meringue.
Tujuannya membuat kek tetap dalam suhu rendah selama memasak dan menghindari masakan cepat masak dan menghindari saus /cake menjadi kecokelatan warnanya. Kek juga tidak akan kering dan merekah.

Cara memasak
1. Adunan kek dimasukkan dalam loyang atau Springform, tetapi loyang itu perlu dilapis dengan foil dahulu dan melebihi dari loyang asal supaya senang ditanggal nanti dan takut termasuk air
2. Loyang tadi diletakkan dalam loyang yang lebih besar dan isikan air.
3. Masukkan loyang kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu seperti arahan pada resepi kek.
4. Bakar/masak mengikut arahan resepi.
5. Bila telah siap masak biarkan kek dalam oven dan renggangkan pintu oven untuk beberapa jam.

[sources pics from Channel2004 > TQVM... ]



Till next episode..

1 yang membebel:

Lelord said...

tq kak..berguna tuk saya yg baru ni. heheh kaknor yg gtau kaedah ni

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea