Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Apam Polkadot

Jot Down by Mummy Dasy at 3:02 PM 0 yang membebel
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1) masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
2) masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
3) picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
4) letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
5) last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Jot's :: Sedap tau..cuba jangan tak cuba...



Wednesday, July 7, 2010

Sup Tulang Merah

Jot Down by Mummy Dasy at 6:47 PM 5 yang membebel
Selalu makan beli jek sup tulang merah @ bone steak ni
tapi bile di cuba membuat sendiri menjadi ah plak
mula2 agak was-was gak boleh buat ke tak
tapi bile dah di cuba Alhamdulillah menjadi
Danish hantu sup tulang merah ni, dia ingat me wat guna tulang kambing
tapi tak mummy dia guna daging lembu miahaha
dia cbuk membebel napa xleh sedut isi
yarkksss Mummy pun x pnah makan isi kambing camtu.
Lain kali try wat guna kambing & add pewarna merah plak

Bahan-bahan
  • 1kg tulang kambing @ tulang lembu
  • 1 senduk cili kering/ cili boh
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato pure (440gm)
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sup bunjut tulang Adabi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng
Cara-cara
  1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
  3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
  5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
  6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..
Jot's :: Germany vs Spain... siapa akan jumpa Netherlands di FINAL...

footer

Orange + Laici

Jot Down by Mummy Dasy at 8:54 AM 2 yang membebel
Dah lama tengok kat blog Hana baru berkesempatan nak try mmg best.

Bahan-bahan
  • 100ml air soda
  • 100ml syrup laici
  • 200ml fresh orange - me guna sunquick
  • gula - jika perlu
  • hirisan oren@laici
  • daun pudina - xde
  • ais kiub
Cara-cara
  • Isi kiub ais dalam gelas.
  • Shake campuran air soda, fresh oren dan juga syrup laici.
  • Tuang ke dalam gelas tadi. Hiaskan dengan hirisan oren@laici dan daun pudina.*cuma letak laici jek*

Jot's :: Musim panas ni mmg best pekena...

footer

Wednesday, May 19, 2010

Cream Caramel

Jot Down by Mummy Dasy at 10:29 AM 7 yang membebel
Akhirnye tercapai gak hasrat nak wat Cream Caramel ni
sebenarnye dah lama nak wat tp takut tak menjadi
tapi cekalkan semangat & buang "M" dalam diri jauh² cewahhh
senang ghupenye tak smpi 1/2jam dah siap bahan²nye
semuanye gara terpesona ngan Jade wat entry pasal Smooth Cream Caramel nilah

ni lepas kuar microwave, terpeleot ckit
camne ntah leh terpelot Mr.hBy yang kuarkan dari loyang
klu me yang kuar mmg confirm xterpelot
tapi terus xde ghupe hancurnye.

seperti biasa Daneen yang paling byk makan
"SEDAP" kata dia, dia ni ape yg Mummy masak smua sdap w/pon pada tekak Mummy xsedap
bagus dik, pndi amik ati tak sia² Mummy anta gi sekolah :)
Danish lak, dalam "Tak Sedap" tapi kat gambo tu ada sudu besi tu dia yang wat cacat gambo dok cedok, randau dalam tu xssempat sejukkan.
Ape2 pun mmg smooth Jade spt yg diperkatakan ahaks
tapi lain kali kna adjust temp. maybe lain oven lain temp. nyer kot...
anyway resepi ni C&P dari mummy_Jade

Bahan²

Caramel Base

1 cawan castor sugar
Sedikit air


Cara²


Masukkan castor sugar di dalam loyang.. Letak loyang di atas dapur gas dan masak gula castor dalam loyang tu sampai warna berubah sedikit coklat atau dah berbuih sedikit.. Then masukkan air sedikit untuk mencairkan gula sikit gula tu.. Kacau rata dan letakkan ke tepi untuk sejuk sebentar

Note : gula yg tengah berbuih tu kalau kena air akan ada meletup-letup sikit.. careful eh.. pakai senduk untuk kacau air gula tuh.. jgn pakai sudu.. nanti terpercik ke tangan.. mak aih..sakit gile.. hahah


Bahan Utama Cream Caramel

4 biji telur
2 biji telur kuning
500 ml susu segar
1 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit butter ( untuk di sapu pada tepi loyang)

Cara²

  1. Panaskan susu di dalam periuk.. Masukkan gula castor dan kacau di atas api.. tak payah sampai mendidih.. cukup sekadar panas sedikit dan gula castor hancur
  2. Pukul telur sehingga rata (gunakan garfu..bukan pemukul telur) dan masukkan esen vanila.
  3. Masukkan susu yang dah di panaskan ke adalam adunan telur dan esen vanilla dan kacau rata. Tapis adunan tersebut
  4. Panaskan oven (150 degree)
  5. Tuangkan adunan yang dah di tapis ke dalam loyang caramel base tadi
  6. Masukkan adunan ke dalam oven.. Kena bakar cream caramel ni dengan cara steam bake.. dan bakar selama 1 jam..
Enak banget klu makan time sejuk² perghhhh marvellous....

footer

Friday, March 12, 2010

LASAGNA

Jot Down by Mummy Dasy at 3:29 PM 0 yang membebel
LASAGNA anyone.
Lately in our home, DaSy prefer western food.
Mentang2 ngentam western, terus ko speaking ek dasar...

Actually Mr.hBy dah request lama dah, tapi sebab bz memanjang tu yang x sempat nak wat.
huhuhu bz ah sangat, malas cakap jek ah Mummy DaSy....

Resepi untuk diri sendiri

Lasagna Sheet
yang ni me beli yang instant xyah nak rebus2 lagi terus lapis jek, dasar pemalas tul.

Red Sauce
3/4 cawan daging cincang
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
2 biji tomato ( potong dadu)
1/2 biji carrot ( potong dadu)
6 ketul cendawan ( potong dadu)
3 sudu besar tomato ketchup
2 sudu besar olive oil

White sauce
1 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar cheese powder
2 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah

Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna


Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan kepingan lasagna tutup permukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white sauce pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white auce, tabur atas white sauce tu dengan cheese. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang.
Makan panas-panas sangat menyelerakan.
NOM...NOM...NOM...NOM...

footer

Friday, October 9, 2009

Nasi Ayam

Jot Down by Mummy Dasy at 10:54 AM 1 yang membebel
Rabu lepas wat nasi ayam request dari Danish
ni semua gara² selepas makan kat Giant booth TUMIX
skang ni macam² plak yang dia nak makan
balik kursus semalam kul 2pm terus bersilat masak.
Sebab dah emergency Mummy wat cara paling senang alasan bagi org pemalas
dan me menulis resepi untuk diri sendiri agar tidak luper

Bahan² untuk nasi :-
1/2 inci halia
1 bwg putih
mentega
beras
TUMIX CHICKEN STOCK

Bahan² untuk sup :-
air
kiub ayam
daun sup & bawang

Bahan untuk ayam :-
Ayam
sos tiram
halia blend
bwg putih blend

Cara² membuatnya :-

Nasi
  • Masukkan mentega, halia ngan bawang putih sampai bau wangi.
  • Masukkan pula beras yg telah dibasuh terlebih dahulu.
  • Masukkan TUMIX then gaul rata
  • Last masukkan air sama byk ngan beras
Sup
  • Masuk air & kiub ayam biar mendidih last campak daun bawang & sup. (Mr.hBy x berapa suke coz rasa ajinomoto katanya next time xleh wat)
Ayam Goreng
  • Perap ayam ngan halia, bawang putih & sos tiram dalam 2 jam
  • Goreng.
That's all, simple.


footer

Thursday, September 3, 2009

TAKO @ TEPUNG PELITA

Jot Down by Mummy Dasy at 4:00 PM 5 yang membebel


Ada orang tanya ape perbezaan kuih Tako & Tepung Pelita?
huhuhuhu :( really dunno what to say.....
coz xtau ape perbezaannya.... ada sape2 tau ke? habaq mai sini..............:D

MY VER. TAKO


Lapis bawah bahan2nya:-

Tepung Hoen Kwee hijau
1000ml air
2 cawan gula pasir
sengkuang cina


Cara2 :-

campur semua kacau sampai bertukar dari hijau susu ke striking color pastu masukkan sengkuang cina. Tuang atas acuannye.


Lapis Atas bahan2nya :-


Tepung Hoen Kwee Putih
500ml Santan kotak
sedikit garam
1000ml air


Cara2nya :-

campur semua bahan2nya sampai mendidih then tuang atas lapisan hijau tadi.

That's all senang jek watnye......:p





head4_edited-1

Monday, May 25, 2009

haRi MeMaSaK

Jot Down by Mummy Dasy at 12:35 PM 16 yang membebel
Semalam ari rajin for Mummy
huahuahua coz anak² xde kat umah
Danish gi Pertandingan Memancing
ni nanti kat N3 lain citer ye...:p
Daneen kat umah nenek xnak balik
awal² pagi bangun wat pancake
x sempat snap & x sempat makan pun
dah habis keje dek budak berdua + PakUsu dia
lepas tu siapkan bahan2 tuk wat Kek Gula Hangus

kali ni menjadi see the pic banyak sungguh lubang2nye
semangat waja memasak sanggup tgg 4 jam
sambil2 tu masak nasi, pastu masak lauk
semalam lauk Asam Pedas Ayam
di campu terung ngan bunga kantan...
sungguh pedas sampai tukang masak cirit-birit
sejak 2 menjak ni xleh makan pedas2 ah plak
bila dah seharian dok dapur
terasa cam bibik plak
kul 1pm baru anak² & Mr.Hubby balik umah
time tu baru makan
pastu baru bakar kek tu
kali ni mendapat pujian Mr.Hubby
hahaha ku dah pandai wat kek ni
akhirnye........................


pic10-1

Saturday, May 23, 2009

Laksa Asam

Jot Down by Mummy Dasy at 8:23 PM 9 yang membebel

Arini kerajinan telah datang,awal² pagi bangun terus kuarkan ikan pastu siang terus rebus. Memang dah plan nak wat laksa ni dari hari selasa aritu request dari Cik Kak (Daneen), nasib baik dia yang paling banyak makan & paling banyak puji masakan Mummy hahaha pandai ambik ati ye.... Pandai lak tu dia makan buat pun mmg x pedas sangat coz budak kecik yang minta, Danish x suke sangat makanan camni, dia lebih suke western... actually Mummy pun x suke sgt yg minat cuma Mr.Hubby & Cik Kak tu jek... hahaha nilah lunch & dinner we all arini

Bahan-bahan :-

500 g laksa } rendam/direbus/celur hingga lembut
800 g ikan parang/kembung/selayang
2 1/2 pt (1500 ml) air
1/2 cawan asam jawa
1 pt (600 ml) air
sedikit gula
garam secukup rasa
MSG jika suka
1 kuntum bunga kantan
beberapa helai daun kesum

Bahan kisar:

1 btg serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
12 tangkai cili kering* nak pedas lebihkan
5 tangkai cili merah* nak pedas lebihkan
4 biji buah keras
kunyit hidup
sedikit belacan

Ulaman/hiasan:


1/4 biji nenas (dipotong kecil)
1/2 btg timun (dipotong halus)
4 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dimayang)
beberapa tangkai daun pudina
petis udang jika suka

Cara membuat:

Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit
Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan isi ikan tersebut (tak perlu blend cukup sekadar hancurkan kasar2 dgn garpu/tangan)
Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan, bahan kisar, air asam jawa, bunga kantan dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih
Masukkan isi ikan dan renehkan selama 5-10 min.
Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman dan tuangkan kuah diatasnya.
Hidang panas-panas.

Selamat mencuba..dah cuba sekali pasti nak lagi...
(sumber forum.cari)


pic10-1

Tuesday, May 19, 2009

Jelly Cocktail

Jot Down by Mummy Dasy at 9:11 AM 5 yang membebel
Ahad adalah ari masak² untuk Mummy yg bekerja
hahaha poyo jek ayat
dah malas nak update skang ni bz yang amat
so layan jek resepi ni..

Bahan:-
Jelly Instant
Buah campur
Gula
Limau Kasturi

Cara :-
1. Mula masak Jelly ikut resepi kat belakang pack, bila dah masak ketepikan biar sejuk.
2. Buat kuahnye lak..sediakan mangkuk buah campur curah jek, letak gula dan perah air limau rasakan masam manisnye.
3. Bile Jelly dah keras carik2 potong masuk dalam kuah, sejukan & boleh ah di makan...


pic10-1

Monday, May 18, 2009

Menu Minggu

Jot Down by Mummy Dasy at 10:15 PM 5 yang membebel
Oleh kerana ari cuti malas yang amat
tu yang baru nak update malam ni
semalam masak KAMBING BISTIK
boleh kira tiap² minggu makan daging kambing dah ni
ada darah tinggi ni kang
masa makan tak hengat donia pastu malam fenin yang amat

Bahan² :-
1/2 kg daging kambing, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
1 cawan kismis blend
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
**2 biji bawang besar
**1 ulas bawang putih
**1/2 inci halia
**5 batang lada merah
**10 batang cili padi thailand


Cara-caranya :-
1♠ Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan. Bahan yang bertanda ** dikisar untuk dijadikan rempah.
2♠ Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
3♠ Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
4♠ Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
5♠ Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

(sumber Diana)

Ni lak sup tulang + daging
sedap dimakan ngan sambal kicap
tapi me x reti wat Mr.Hubby yg wat
klu xpun amik umah MIL dia mmg wat byk span dlm fridge
hihihi menantu bongsu yang pemalas adalah aku...


pic10-1

Saturday, May 16, 2009

Makan Ape Adenye

Jot Down by Mummy Dasy at 11:14 AM 8 yang membebel
Bile Mummy dah start bekerja
yang jadi mangsa adalah Mr.Hubby & anak²
balik keje dah kul 5pm, masak harus ah yg ringkas
tapi semalamkan lunch hour panjang
xsempat makan cume sempat masak jek

telur goreng ni Daneen yg punye 3 biji sekali Mummynye malas nak masak 1 persatu

yang ni lak kari lokan

masak tghari makan di waktu petang sebelum kul 8pm
gara² Mummy dah kebulur yang amat
Daneen makan telur & kentang sahaja
Danish makan kuning telur sahaja
lokan tu beli yang dah siap kopek kulitnye
ini adalah kerana me tak reti camne nak wat
bile kulit lokan tu ada kang harus
melentik² jari mak okeh....



pic10-1

Teacher's Day

Jot Down by Mummy Dasy at 8:55 AM 4 yang membebel
Sempena Hari Guru arini
semalam sekolah Danish dah wat
Teacher dia suh bawak kuih gi sekolah
so Mummy watkan dia Jelly
assistant Mummy ialah Daneen coz Danish xde ikut ayah wiring kedai
xde amik gambo coz dia bukan nolong
makin buat hangin 1 badan jek
buah² cocktail tu byk habis ke mulut dia
patut ah dia siap cakap
"Takpe Mummy wat ah tuih (kuih), tatak (kakak) masuk buah dayam (dalam) tray ni"
bile Mummy ngah cbuk kacau jelly
mana leh tinggal dah, dia ngan senang masuk mulut jek buah² tu
bile dah siap jd tarzan Mummy mlm² ari
bukan makin cepat ada assistant makin lambat.


Resepi Jelly tu senang jek:-
air 1250ml
1 packet Jelly instant

cara :-
Tuang air dalam periuk
pastu masuk serbuk Jelly ckit2 jgn smpi bergentil
masak atas api beso smpi menggelegak
pastu kecikkan api msak 3 minit lagi
tutup api masukkan gula
tuang dalam acu
dah siap...x paham kat belakang pack jelly tu ada cara² ikut jek


pic10-1

Monday, May 4, 2009

Bubur Lambuk

Jot Down by Mummy Dasy at 6:25 PM 14 yang membebel
Ada untungnye gak jadi org sakit ni ghupenye
dah lama gak x masak asyik beli jek sblm ni
kuar spital pun mmg x berasap dapur coz me masak bubur pun pakai ricecooker
lauk plak my mom yang masak
so semalam masak bubur lambuk coz asik bubur jek naik jemu
tapi bukan me yang masak Mr.Hubby yang masak
caya ah ney, klu tau tiap² ari org suh awak masak heheehe
bukan nak memuji tapi mmg sedap me makan siap bertambah
xde pantang² dah cume 4 jek pantang
makan sup ikan haruan tiap² ari naik jemu
will update the recipe, Mr.Hubby xde kat umah la ni g kursus CIDB


pic10-1

Sunday, April 5, 2009

Apa dah jadi

Jot Down by Mummy Dasy at 4:30 PM 12 yang membebel
Semalam wat kek lapi Haw Flakes
tapi see xde lapisnye pun
pastu berminyak yang amat ish confuse
sebelum ni ada wat tp x mcm ni
lepas ni harus cube lagi.
Resepi yang sama amik kat Bro Rozzan
sebelum ni wat ok jek
x suke sangat tapi Mr.Hubby suke
dia kata sedap cume berminyak
nak amik hati ah tu

Till next episode...

Sunday, March 15, 2009

Bubur nasi

Jot Down by Mummy Dasy at 11:09 AM 5 yang membebel
Lagi payah nak update blog klu x keje ni
coz bz jek memanjang
klu ayah ada muncung ayah yang panjang
Mummy tak wat keje umah
asik sangat berblog ni hehehe
demam Daneen dah beransur pulih
cuma batuk² jek belum baik
masih lagi batuk jangkit lak kat Ayah ngan Mummy
kelengkang kelengkung bunyinye.....
semalam Mummy masak bubur ngan harapan dia nak makan sama
tapi x menjadi gak ghupenye
last² kitorg lakibini yang melantak habiskan

putaran jam : bubur,drumet,kangkung goreng,ikan sepat kering+telur ikan terubuk masin+sambal belacan





Till next episode...

Monday, March 9, 2009

Kisah hari Ahad

Jot Down by Mummy Dasy at 11:05 AM 7 yang membebel
Ari ahad semalam tengahhari gi jemputan
pastu gi beli beskal Daneen
coz setiap kali budak naik beskal
dia cakap ayah nanti belikan adik he
tiap² ari soalan yang sama naik kesian lak
tu yang beli.... sampai kedai warne pink yang dipilih
dia pilih sendiri hoccay
cerewet giler.....
Danish lak masa mule² cakap
"Xpe ah orang punye beskal spray jek"
coz dia dah selalu dapat yang baru adik sentiasa dapat yg 2ndhand
tapi bile dah sampai kedai dia nak gak
hahaha pastu dengki siap cakap basikal Daneen x lawo
jealous ah tu kat umah pun dia yang over main
layan jek ah pic's Daneen ngah terhegeh² ngayuh basikal
pastu siap wat announcement lagi
"Orang² kampung tengok tenok adik ada basikal bital baru bayu"








pastu petang diorg mandi kolam
w/pon masing² selsema k
malam kitorang makan lauk
botok², kambing beryani & jering
kambing tu berpeluh gak Mummy nak memasaknye
coz baru 1st time mencuba
botok² tu Maklong kasi & jering beli kat pasar



BERYANI KAMBING SPECIAL

Bahan-bahan:
1 kg daging kambing
1 biji tomato } dicincang
2 sudu besar bawang goreng } diramas
4 sudu besar rempah biryani
1/2 cawan tairu
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1/4 tin tomato puree
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa

Bahan tumis:
4 labu bawang besar } dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus

Cara membuat:
Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis .
Goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puree, rempah beryani, bawang goreng dan daging.
Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air.
Kacau rata. Masak hingga daging 3/4 masak.
Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar




Till next episode...

Tuesday, March 3, 2009

Mee Rebus *update*

Jot Down by Mummy Dasy at 10:15 AM 12 yang membebel
Seperti yg di bagitau
sabtu aritu wat mee rebus
dari kul 10am till 1.30pm baru siap
k ni resepinye enjoy
amik kat sini

MEE REBUS

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.





Saturday, February 28, 2009

Masak2

Jot Down by Mummy Dasy at 10:50 PM 2 yang membebel
Arini dari pagi sampai ke petang
masak tak berhenti2
naik kematu kaki duduk kat dapur
pagi masak mee rebus(pic's n resepi sok ye la ni nak tido sok ada bgn lambat)
pastu petang masak ketam black pepper
ketam xde gambo belum sempat
snap dah ngap dek Daneen

huhuhu sok kena keje hampagas tul
Pn. Hernee gelak ah puas2 ye...




Till next episode...

Sunday, February 22, 2009

Tertido

Jot Down by Mummy Dasy at 3:59 PM 0 yang membebel
Arini mummy masak spaghetti
jek coz malas yg amat k
title xde kena mengena ngan spagheti ni okie.....
ni kuahnya lagi atas dapur

ha yang ni lak nak masuk mulut dah

kisah minah ni
hahaha klu ari2 biasa xde maknenya nak tido camni
selalu tido dalam buai
mesti confusekan dah 2y5m masih lagi tido dalam buai
nak wat camne dah nenek yang jaga
manjanya dah terlebih2 k
ni tertido coz lepas sapan
mummy bagi minum ubat batuk & selsema
semalam masa tgk baby bukan main lagi menjamu aiskrim siap buat banana split
pastu balik batuk2 tak berenti2 mummy bagi ubat tu yang tertido2
la ni dah pandai shishi kat toilet
tapi tadi lepas bangun tido
"Adik nak kencing tencing"
ayah blurr lagi pastu br pasan
terus buka gate ke dapur angkat bawak gi toilet
"Cuba cangkung jgn ah berdiri"
"Cik perempuan puan2 tencing kena cangkung yah he"
"Ha ape?"
"Cik puan2 kena cangkung" dah tinggi sore ayah xpaham dia cakap pe
"Ak ah org pompuan"
Mummy ngah baring ketawa bagai nak pecah perut
ayah masuk cakap ni ayat baru lagi ye dah naik pangkat
CIK PUAN2
macam2 ayat kuar dari Daneen ni :-)






Till next episode...

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea