Monday, May 18, 2009

Menu Minggu

Jot Down by Mummy Dasy at 10:15 PM
Oleh kerana ari cuti malas yang amat
tu yang baru nak update malam ni
semalam masak KAMBING BISTIK
boleh kira tiap² minggu makan daging kambing dah ni
ada darah tinggi ni kang
masa makan tak hengat donia pastu malam fenin yang amat

Bahan² :-
1/2 kg daging kambing, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
1 cawan kismis blend
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
**2 biji bawang besar
**1 ulas bawang putih
**1/2 inci halia
**5 batang lada merah
**10 batang cili padi thailand


Cara-caranya :-
1♠ Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan. Bahan yang bertanda ** dikisar untuk dijadikan rempah.
2♠ Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
3♠ Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
4♠ Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
5♠ Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

(sumber Diana)

Ni lak sup tulang + daging
sedap dimakan ngan sambal kicap
tapi me x reti wat Mr.Hubby yg wat
klu xpun amik umah MIL dia mmg wat byk span dlm fridge
hihihi menantu bongsu yang pemalas adalah aku...


pic10-1

5 yang membebel:

rynas said...

amboi rajinnya mummy masak...

Hernee Nazir said...

sdapnye kmbing..

ain said...

sedapnyaaaaa!!! kambing ni fav anak lelaki akak.

Masviona said...

sup tulang n daging tuh cam best je

Redbloodsnow said...

Ya Allahhhhh!!! sup tulang tuh nangissssssss!!!!

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea