Tuesday, March 3, 2009

Mee Rebus *update*

Jot Down by Mummy Dasy at 10:15 AM
Seperti yg di bagitau
sabtu aritu wat mee rebus
dari kul 10am till 1.30pm baru siap
k ni resepinye enjoy
amik kat sini

MEE REBUS

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.





12 yang membebel:

genny da bomb said...

sedapnye mummy..lapo le plak pagi2 ni..huhuhu

yazeema said...

rajinnye mumy dasy ni memasak..tentu sodap ni..nampak mcm sodap je..

~Umi.Sufira~ said...

Saya suker mee rebusss!!kekeke...bilalah nak try wat nih..

Opie said...

seb baik la saya tak dok sebelah umah mummy, kalau tak mau nye asek jadi tetamu tak di undang makan ngan mummy..hehehhe

Cho Zila said...

>>salam..
>>nampak sedapnyer.. cam boleh bukak kedai ni.. emak sedara husband kita tapi mi jawaler (lainker mi rebus dan mi jawa??) dia taruk isi ketam.. air rebusan ketamtu dia jadikan kuah memang sedap dan manis sangat..

Mummy Dasy said...

genny --> lapo.. sila makan

Mummy Dasy said...

yazeema --> sedap ke x yg penting habis hehehe

Mummy Dasy said...

Mimi --. Tak cuba tak tau try ah wat

Mummy Dasy said...

Opie --> hehehe xyah nak malu² klu mu jd jiran tak jadi tetamu pun tetap ku bagi hahaha jiran kite selalu dpt w/pon xsedap yg penting kat umah habis

Mummy Dasy said...

Chozila --> sedapnye mee jawa... lain kot ngan mee rebus xpakai isi ketam

siti noriza saleh said...

mumyy, pas kat sini skt...siti dah lama tak mkn mee rebus...hubby tak suka sgt...hu hu hu hu

Mummy Dasy said...

Siti --> hahaha bleh² amik ah..

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea