Friday, July 31, 2009

Award lagi ♥

Jot Down by Mummy Dasy at 11:02 AM 5 yang membebel


Oleh kerana award ini paksaan dari Mama Qaseh jadi harus ah cepat2 amik miahaha

Sila copy paste award ini di blog anda......
DONE...

Sila copy paste award ini di sidebar blog anda.....
me letak kat tablink acikan...

Pass kan award ini kepada 5 rakan anda.....
1 - Hernee
2 - Siti aka Nurie
3 - Mummy Ayu
4 - Alimaz
5 - Rinna


head4_edited-1

Thursday, July 30, 2009

Ye Ye Award

Jot Down by Mummy Dasy at 4:00 PM 4 yang membebel


The Rules:

1. Accept the award, post it in your blog together with the name of the person who granted you the award

Done. Dengan malu² amik dari Pn. Hernee.......

2. Pass it on the other 15 blog that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know you have tagged them.

Dan saya dengan ini taknak pass pada sapa² miahaha .... kedekut....
ramai dah dapat rasanya....


head4_edited-1

Pehal Plak

Jot Down by Mummy Dasy at 2:58 PM 5 yang membebel
Sorry, an error has occurred.

We're working on getting this fixed as soon as we can.

ahhhh tensionnye apehal plak FB ni.......



head4_edited-1

Cantik Tak?

Jot Down by Mummy Dasy at 2:15 PM 7 yang membebel
(Pic credit here)

Cantikkan.....
me ngah giler tengok wall deco ni lawa²
tapi bile tunjuk ngan Mr.Hubby, dia kata
"Watpe membazir jek....koyakkan dek kakak jek"
huh menyampah okey ada jek alasannye
aritu cari kat IKEA tak jumpa ah plak.
Tengok kat website tu regenye takde ah mahal mana pun
tiap² ari membelek, dalam ati berkata
"Lawanya"
Tetapi dalam diam ku telah menyambar di bawah ini



lawa tak...glow in the dark
ni nak letak kat bilik Danish
untuk dijadikan umpan supaya Daneen tido katil sendiri
miahaha jahat sungguh Mummy mu ini nak
beli ni tanpa pengetahuan Mr.Hubby
sure punya ceramah 7 ari 7 malam
tapi kadang² dia yang over bila kite dah beli.
Nanti dah dapat kat tangan, ku tunjuk hasilnye....
so TUUUNGGGGGUUUUU


head4_edited-1

Tuesday, July 28, 2009

Hangin 1 Badan

Jot Down by Mummy Dasy at 9:37 PM 11 yang membebel
TULUNNNNNNNNNN
tak tau ni masalah aku sorang ke pe?
xleh access blogspot, ble dah masuk kotak menjerit xleh view plak
pastu nak tinggal comment pun xleh madang kuar "TRY AGAIN"
nak masuk blog kawan2 pun ada yang takleh view
kat FB lak dah banyak rugi
tak dapat bercucuk tanam kat FARMVILLE, FARM TOWN, BARN BUDDY
tak dapat jadi tauke kat RESTAURANT CITY
tak dapat melaram kat SORORITY LIFE
tak dapat main game kat MINDJOLT
ish tennnnssiiiooooonnn
ni masalah lappy aku ke? B/band aku ke? server ke? Mozilla ni ke?
ASIK KUAR SERVER NOT FOUND, TRY AGAIN
ha kau banyak kemusykilannye okeh
ada sape mengalami masalah yang sama tak????????????


head4_edited-1

Dosa Kuku Panjang

Jot Down by Mummy Dasy at 10:11 AM 3 yang membebel
Dapat from e-mail...
Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama
seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur
dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala



head4_edited-1

Tak Terkawal

Jot Down by Mummy Dasy at 5:48 AM 20 yang membebel
Bila anak-anak dah membesar ni macam-macam perangai keluar
makin Mummy tak terkawal.
As for Danish, mulut dia macam2 yang kuar
pnah sekali dia kuarkan statement maut

Mr.Hubby "Abang bagi ayah air ckit"
Danish ngan selamba menjawab "Amik sendiri, kan ada tangan"
me tengok hBy dah merah muka, ayoyo klu tak diredakan harus kena budak tu
me cakap ngan Danish "Abang, say sorry"
Danish "Betul ah, orang cakap. Nape kena minta maaf?"
me "Mana boleh cakap camtu ngan org tua"
Mr.Hubby "Dah biar dia, nanti nak susu wat sendiri"
bile Mr.Hubby dah cakap camtu me diam jek ah,
tapi dalam ati terfikir itu ke cara yang betul nak ajar dia????
lama gak ah hBy biarkan Danish even barang2 pun kena bawak sendiri.

Salah satu kes lak melibatkan Daneen,
mulut minah ni skang makin kuat menjawab dan melawan.
tiap2 ari nak majuk, semalam nyaris makan lada
hBy suh mandi, Daneen taknak jawab menjerit2 sambil tengking2
Mr.Hubby pujuk lagi tapi bile dah kata dia taknak,
memang dia taknak habis2an, sambil itu dia baling ape yang di depan mata
hBy makin naik angin coz perangai dia dah tak boleh makan pujuk.
klu hitam kata dia hitam ah xleh tukar lagi.

Mummy sebagai mak hanya diam jek klu hBy naik angin
coz diorang klu ngan Mummy macam nak terkeluar anak tekak menjerit
hapah diorang wat dek jek, wat x dengar
kadang2 sakit betul ati ngan pangai anak2.
Tapi bile time angin nak mendengar, cakap slow pun diorang ikut.
Harap bile dah beso, nanti pandai diorang fikir...
jangan sampai ke dewasa sudah....
doakan hanya yang terbaik untuk anak2
AMIN.....



head4_edited-1

Sunday, July 26, 2009

Penat

Jot Down by Mummy Dasy at 4:37 PM 4 yang membebel
Arini penat yang amat pagi2 dah kuar gi paso beli barang,
semalam pun kuar gak sehari suntuk

semalam memborong susu Sustagen di Giant

sekali membeli Mr.Hubby tak hengat sampai 24 kotak

mentang2 murah taknak lepas peluang ye..

arini gi memborong Lettuce lak coz PakNgah minta tolong watkan salad

coz ada team kriket dari Australia nak datang, so diorang nak wat BBQ lepas game
tugas Mummy hanya membuat salad sahaja tak susah
barang2 cam ayam, hotdog, udang dll semua PakNgah dah beli.

gambo cilok FB dia

Lettuce tu jek dia x reti mana nak cari.
Balik paso dah kul 12pm,
terus bersilat motong2 sayur
masuk tomato, kacang, jagung semua dekat sejam gak baru siap pastu tolong lak my mom siapkan barang2 tuk masak mee & nasi goreng
tengok dah kul 2pm, alamak lauk tak masak lagi
sat lagi Mr.Hubby balik pastu nak gi keje
dan akhirnye betul, laki aku gi keje x sempat makan okeh
rasa bersalah yang amat sangat tapi takpe mesti dia dah makan kat luar tadi gaknye
hahaha ayat sedapkan ati...:(


head4_edited-1

SEDEY

Jot Down by Mummy Dasy at 12:13 AM 9 yang membebel
Bukan sedey sebab ape
akan tetapi baru lepas melayan cerekarama
"KETENTUAN"
huhuhu ending dia sedih giler, berjujuran airmata kuar
mule2 tengok cam x best jek, mata pun dah nak ngantuk tp tahan dulu
tengok 11.30pm xkan awal na mak dia mati mesti lum habis citernye
tunggu lagi kejap, tak sia2 aku tunggu memang ending yg sangat2 best
itu semua pendapat ku...
terasa insaf diri sekejap....


head4_edited-1

Saturday, July 25, 2009

Center widget di Sidebar

Jot Down by Mummy Dasy at 10:07 AM 2 yang membebel
Cara nak justify or center widget di sidebar
memang senang pada aku ah ye...
Ini yang senang dan ringkas to me

<b:widget id='BlogList1' locked='false' title='' type='BlogList'/>
<b:widget id='HTML2' locked='false' title='Laman Pilihan' type='HTML'/>
<b:widget id='Text3' locked='false' title='Hadis' type='Text'/>


me pilih HTML untuk di centerkan

1) cari kod ini ]]></b:skin> dan tambah di atasnye
#HTML1 {
text-align: center;
}
#HTML2 {
text-align: center;
}
#HTML3 {
text-align: center;
}



Preview lihat hasil & save..
that's all credit to AlmansuQie


head4_edited-1

Shopping

Jot Down by Mummy Dasy at 12:43 AM 4 yang membebel

Sabtu lepas sebelum gi kenduri
kitorang singgah Tesco nak mencari barang dapur
bile dah sampai Tesco mule2 Mr.Hubby harus ah cari 2 trolley
1 for Danish, 1 for Daneen
bile masuk tengok ada trolley kecik
Daneen ape lagi terus mintak nak turun nak tolak trolley sendiri.
Sebelum ni klu gi tak pnah dapat trolley kecik tu,
hahaha actually Ayah & Mummy yang excited nak suh diorg tolak trolley tu.
Danish seperti biasa xnak, dia ni malas ckit
even smpi skang klu berjalan jauh ckit Mr.Hubby akan jadi mangsa pendukungannya
bayangkan berat dia 25kg Mr.Hubby kena dukung.
Mummynye memang x larat ah ye, Daneen pun me x pnah lagi dukung.
So Danish dok kat trolley, minah tu sorong trolley sana sini
habis semua orang di langgar dia, even ada boy terpegang trolley dia,
dia nak ketuk budak tu ngan syampoo coz masa tu lalu kat tmpt syampu.
Bile dah trolley ada kat tangan, kite yang penat tunggu dia,
coz macam2 di belek cam nak beli, tu pun banyak yg ditegah
tapi ada gak yang lepas masuk trolley dia nak2 time Mr.Hubby leka.
Dia dah macam orang jakun k, ikut pangai sapa ah gaknya? (Ayah)
Mummy biarkan jek coz dia bukannye amik ape pun semua barang pemakan.
Danish dok dalam trolley x leh amik ape2 coz tangan terhad nak menggapai rak
haahaha tulah sapa suh malas jalan.
Minah ni confirm pasni xnak dok dalam trolley lagi...
Ada tak sape2 yang jakun cam Daneen????



head4_edited-1

Friday, July 24, 2009

Sebaya

Jot Down by Mummy Dasy at 12:59 PM 4 yang membebel

Pic's ni masa kenduri aritu kat umah NekLong kat Seri Alam,Masai
bdak 2 ni sebaya, yang baju belang tu namanya Sabrina
mule² kenal masing² nyombong pastu dah lama² xleh berenggang langsung.
Sungguh pun sebaya akan tetapi
Sabrina tu pangkat makcik, Daneen anak sedara
kiranya Daneen panggil dia Aunty Sabrina
kesian muda² dah pangkat makcik miahaha
mak dia pun lagi muda dari Mummy pun title Makcik and nenek sedara Daneen.
Sabrina ni ada adik 3mth++, kesian ayah dia keje kat Bintulu offshore
3bulan sekali balik JB, mak dia asik berjujuran airmata jek malam tu
yang NekYang plak asik nanya ayah Sabrina mana?
makin ah x berenti airmata dah ah baru bersalin.
Lupakan kisah ayah Sabrina, berbalik citer budak 2 ni
malam tu, makan sama², dok tgk tv pun sebelah², dah macam kembar
time nak balik tu lagi ah berpeluk cium bagai
hahaha yang setahun sekali baru jumpe.
Hope raya nanti dapat jumpa lagi Sabrina ye...


sign_edited-1

22/07/09

Jot Down by Mummy Dasy at 11:21 AM 8 yang membebel
B'day Danish wat kat sekolah cam tahun lepas gak
tapi kali ni Daneen beriya-iya nak join
so masa anta Danish, tanya ngan teacher rehat kul brapa?
coz nak gi amik kek kat Seasons, TUTA
kedai kek buka kul 8.30am
beli 2 kek 1 choc fudge tuk sekolah,
dan 1 lagi black forest tuk umah,
dah amik kek terus gi sekolah kuarkan goodies beg & kek
pastu join kejap dalam 30minit waktu rehat
akan tetapi budak kecik tu taknak balik ak pulok
melekat kat kerusi xnak bangun
pujuk punye pujuk akhirnye berjaya gak
tapi dengan sogokan ye... ibu² jangan amalkan ye
sogokannya ialah kek black forest tu dia nak potong
kira tu kek dia punye ah.
Goodie bag dalamnye air kotak, lolipop, belon, chipsmore, sumi & toy.

Ni lak wat kat umah MakTok
sepupu² yg dok keliling umah MakTok jek yg join
yg jauh x dapat ah datang.
Pasan tak 1st pic tu dia yang beria² tiup lilin
tu mood Daneen ngah baik klu x mau bergaduh.
Nama budak tu Ina cousin Danish & Daneen,
dok sebelah umah MakTok, klu kek tu dia xdapat potong sama
mau merajuk kata MakLong...
petang tu Ayah belanja KFC makan kat umah MakTok.

Ini hadiah Danish
another bike okey, masuk ni ntah berapa banyak basikal gaknye
bak kata Nenek "5 tahun basikal dekat 10biji"
tapi x sampai pun angka tu..
[Ayah & Mummy doakan abang jadi anak yg soleh & berguna supaya dapat membimbing & mendidik adik²..oppps adik sahaja]


sign_edited-1

Wednesday, July 22, 2009

Bersyukur

Jot Down by Mummy Dasy at 10:22 AM 3 yang membebel
Tadi gi jalan² blog Mummy Ayu
N3 dia memanggil me untuk membaca dengan lebih lanjut
mengenai 1 kisah sedih di blog ini
dugaan yang berat bagi seorang ibu.
Teringat masa Daneen kena Jaundis
baru 4 ari usianya, bawa gi PSH coz kuning yg tinggi
smpi PSH amik darah kat tumit tu semua Mr.Hubby yg bawak
me tak sanggup tengok, ibu mana sanggup tengok anak di perlakukan camtu
lepas dah dapat result, Dr. Catherine Tham bgtau bb kena dok ward
bilirubin(betul ke namanya ni) 11 klu x silap masa tu
me terpaksa berulang-alik selama 4 ari ke PSH
pantang pun tak teratur, asal smpi umah jek nangis
coz bb xde nak susukan, susu dah melimpah luah kuar ngan banyak
tapi alhamdulillah, dugaan tu tak seberat mana
masa baca blog Ujie
airmata turun tanpa henti, memang sedih sangat dugaan yg dihadapi
Al-Fatihah untuk arwah QAID

[Nota : Mummy Ayu thanks a lot....u know what i mean]

sign_edited-1

Syria

Jot Down by Mummy Dasy at 10:21 AM 2 yang membebel
Miahaha
Jangan terkezut bukan melancong ke Syria
akan tetapi "TUDUNG SYRIA"
pemberian dari Pn. Hernee
dan N3 ini paksaan dari dia gak muahaha (jgn marah)

macam x kena ngan muke ku yang bolat ini
akan tetapi tetap gak nak pakai
berhari2 mencuba baru dapat cara pemakaian yang betul



angkara tudung itu gak me beli lagi kat Myon9outlet
taukenye Rya Rizyana
buy 1 for me & 1 for my mom
my mom tanya beli kat ne?
me jawab, ON9... aritu gi KL xnak beli
my mom jawab xnampak....
hihihi mana nak nampak mata dah rambang tgk kain kat Jalan TAR tu
akan tetapi bile gi kenduri aritu

my auntie lak berkenan, yang baju ijau tu
suh belikan color maroon, tapi belum cari lagi busy x sempat "menyopping"
nampak gayanye penyakit berjangkit ni
coz tudung ni senang pakai.
Thank u so much ye Pn. Hernee
gara2 ko 1 family aku dah terjebak ni

sign_edited-1

His 5th B'day

Jot Down by Mummy Dasy at 9:07 AM 20 yang membebel

Born till 1st year


Year 2005


Year 2006


Year 2007

2008 till now


sign_edited-1

Kronologi kelahiran Danish

Jot Down by Mummy Dasy at 12:00 AM 4 yang membebel
21/07/04

Pagi tu Mummy dah rasa lain macam
coz xde reaction dari bb dlm perut
normally pagi² dah bergerak
tapi pagi tu xde gerak langsung
Mummy tak bgtau sape² lagi
dah tengahari baru Mummy bgtau ayah
bb x gerak dari pagi
ayah kata kalau petang x gerak gi klinik check
siap gi melawat org sakit ngan ayah
balik tu singgah umah MIL
SIL² semua tanya due bile
bual² Mummy ckp bb x gerak dari pagi
wah tak pasal² kena marah ngan Maklong
kata dia napa x gi klinik pagi²
coz dia dah serik
dulu Maklang camtu gak dah tunggu ari
dari malam bb x gerak dia senyapkan jek
pastu ari esoknye br bgtau Paklang bb x gerak
gi check-up, scan semua
tgk bb dah meninggal dalam perut
bb boy mmg diidamkan selama ini
tapi Mummy mmg respect Maklang dia boleh terima seadanya
klu Mummy mmg meroyan wei dah penat² bawak perut tiba masa xde
la ni anaknya semua pompuan
berbalik pada kes Mummy tadi
bile dah kena marah²
terus kitorang rush gi HSA
check² dah bukak 1cm bb dah lemah
terus kena masuk wad
harap jek masuk wad tapi bukan dapat tido pun
dari maghrib sampai awal pagi
kena baring kat bilik check-up
jantung bb pakai tali pinggang tu ape ntah namanya
dah ah katil kecil xleh nak pusing kiri pasing kanan
sakit tong**ng tau
katil sebelah-menyebelah dah tukar² Mummy jek yg x kuar²
kul 3am baru leh baring katil kat ward


22/07/04
5am kena bangun coz kena wat test kencing manis kena minum air gula
coz sepanjang pregnant belum wat lagi
mak oi smpi sakit gigi minum air tu
bukannya ckit 1 mug beso hampagas tul
kul 10am kena tolak gi LR
Mr.Hubby x sampai lagi, Mummy pesan ngan org katil sebelah klu Mr.Hubby sampai suh bgtau dah masuk LR coz time tulah hp batt leh kong
sampai kat LR dah bukak 3cm pecahkan air ketuban
perut dah sakit pusing kiri pusing kanan
pastu dalam kul 12.30pm budak sblh katil kat ward lak masuk
dapat sebelah katil gak dalam LR
dia siap cakap "Kak, tadi abang akak datang saya cakap akak dah masuk sini, dia ada kat luar ngan mak akak"
siap berbual² coz Mummy jek yg x bersalin² okeh
plak tu tgk org katil depan bersalin makin ah menakutkan
dulu bilik bersalin macam wad 3rd class
boleh nampak org lain bersalin
akak tu pny ah susah siap berdogang sana sini
kecut perut wei klu dah nak bersalin pun akan ku tahan²
tengok jam dah kul 3pm hawat x bersalin lagi
badan rasa dah seram sejuk macam nak demam
doctor asik seluk check dah bukak berapa
mslhnye lain doctor check lain bacaan bukaannya
makin lama makin ckit klu doctor 1st check 8cm doc. 2nd plak 6cm
klu camtu bila nak bukak habis x beranak ah gamaknya
budak yang kat sebelah katil masuk lmbt dah kuar LR coz dah banak
kul 6pm Pakar Puan sampai Dr.Siti klu x silap namanya
check dah bukak 9cm tapi xleh normal coz demam panas & bb dah terlalu lemah
habis doc. pelatih & nurse² semua kat ctu kena marah
hahaha padan muka
terus wat preparation tolak ke OT lak
dalam hati dah takut okey, orang² dok kata biar normal dr c-sect
yang xde pengalaman coz 1st bb
macam² doa dibaca masa dlm perjalanan ke OT
Mr.Hubby & my mom ghupenya dari pagi
duk kat luar nunggu x balik² lagi
bile nampak muke ayah
wah makin ah Mummy sedih coz x banak² lagi
pastu bile dah masuk dlm OT, terus kena jab kat tulang belakang
3kali kena inject adeh sakit wei
coz mule² doc. pelatih yg inject pastu dia tanya
rasa kebas ke tak
me jawab "TAK" pastu dia ketuk kaki pastu tanya sakit tak
me jawab ah "SAKIT"
sorang lagi doc. inject pun kejadian yang sama
pastu doc. dah berusia wat kali ni lagi dahsyat
dia suh nunduk, adeh dah ah perut beso suh nunduk²
coz nak betul² inject kat tulang
tapi perut sakit yang amat tapi Alhamdulillah mmg berkesan
coz x terasa pastu bile dia dah belah perut pun x terasa
lepas maghrib bb kuar
nama seperti yang dirancang dari awal pregnancy
MUHAMMAD DANISH SYAFIQ
bermaksud
YANG BERPENGETAHUAN BIJAK, PENYAYANG
supaya dia menjadi ketua keluarga harus ah bijak dalam menangani ape jua masalah dan menyayangi adik² & keluarga yang lain.
bila dah merasa bersalin C-sect ku terus nak bersalin secara C-sect ini adalah kerana bagiku pendapat diri sendiri org lain xtau ye bersalin cara ini cepat sembuh dalam 10 ari luka dah baik & kering coz tiap² ari makan sup ikan haruan & pati ikan haruan Polleney selama 40 ari berpantang....





Tuesday, July 21, 2009

AGAIN

Jot Down by Mummy Dasy at 12:58 AM 5 yang membebel
Minggu ni ntah berapa kali tuko layout
pastu terbengkalai dek kerna kerja
again my new layout out masih byk lg perubahan
TUNGGGGUUUU
new n3 ye


sign_edited-1

Saturday, July 18, 2009

Kelam Kabut

Jot Down by Mummy Dasy at 2:00 PM 2 yang membebel
Arini ada kenduri lepas Maghrib
so ingatkan xyah ah masak
coz nak kuar tuk beli barang makan kat luar jelah
akan tetapi rupanya Mr.Hubby nak gi kul 3pm
adeh hawat x habaq awal2 nooooo
kul 10am kelam kabut gi paso cari lauk
klu yg dlm fridge punye mau kebulur nak tgg defrost
so gi kedai cari lauk jd balik leh terus masak
gi ngan Daneen masa masuk kat simpang kedai dia tanya
"Kata nak gi kedai"
"Ni jalan ke kedai ah, habis nak gi mana ni?"
"Ni kan nak gi umah aunty aritu"
Pn.Hernee yang dimaksudnye
"Bukan aunty tu sorang dok cni ah"
dia terus diam pastu, hahaha xtau nak jawab ape lagi ah tu
sampai kedai terus cari lauk yg senang di masak
cari lala & kerang dah xde klu ada lg senang keje cepat & pantas
beli daging adeh tgk jam kul 1pm baru siap masak
tu pun dek kerana leka ngan FB asik berkebun
asib x rentung pki kuali non-stick nasib x hangus
so tambah semula air bile mendidih tutup api
xnmpk sgt hangus coz masak kicap dah tentu hitam
ok daaa me nak kuar nnt sambung citer kenduri ye..



sign_edited-1

Thursday, July 16, 2009

KeLiWoN

Jot Down by Mummy Dasy at 10:22 PM 14 yang membebel
Sape tgk KELIWON
macam hampeh okey to me
x menakutkan cam sebelum ni
ish ish ish wat penat aku tunggu jek
hapa daaaaaa


sign_edited-1

Ari Yang Busy

Jot Down by Mummy Dasy at 3:38 PM 4 yang membebel
FFUuuhh sambil lap peluh di dahi
dari pagi keje x siap²
pagi ku cbuk bercucuk tanam di FB
pastu kul 11am kuar amik Danish
then kul 12pm masuk ofis semula
amik ko bertambun keje
tak siap shift budak² kena ubah balik dari awal bulan
dah tambah pulok invoice yang kena di betulkan
adeh pening² pala mak......
ade ke sape² yg nak tulunnnnnn
ni boss xde gi main golf kot
sempat ah gak berblog walking & menuai hasil di FB
ok daaaa nnt sambung balik ye
me nak mengira duit sat miahaha
duit company bukan duit sendiri



sign_edited-1

Wednesday, July 15, 2009

Pemalas

Jot Down by Mummy Dasy at 6:26 PM 9 yang membebel
Arini 1/2 day
coz dari pagi badan dah lenguh2 xde mood nak wat keje
pastu ajak Mr.Hubby gi Angsana
kerna teringin nak makan Mc'D sambil membeli something
sampai umah kul 4pm terus tido ngan Daneen
la ni belum masak nasi pun belum masak
kul bapa nak makan ni
adeh tolong tolong
ada sesiapa leh tolong masakkan nasi tuk saya
dush dush pemalas nau'zubillah
tapi seyes malas yg amat
nak dtg bulan kot, dah 7 bulan x peot ni
bukan disebabkan ku mengandung ye puan2
tapi ini adalah kesan sampingan Depo Injection
ok daaaa nak masak jap ye
menu untuk arini :-
1) Ikan pekasam
2) telur dadar
3) Kacang panjang goreng


sign_edited-1

Tuesday, July 14, 2009

Luka

Jot Down by Mummy Dasy at 3:51 PM 12 yang membebel

Ini adalah akibat "tumut" itu
semasa kejadian me kat dapur ngah amik plastik
Mr.Hubby ngah menggunting buah pulasan
masa tgk dari dapur
dia dah jerit² "Tumut, tumut banyak"
then Mr.Hubby dukung buang semut kat kaki dia
pastu tiba² jek dgr dia melalak
Mr.Hubby berlari sambil sebut
"Ya Allah"
me apelagi terus kuar tgk ape jadi
bile dia nmpk mummy dia makin kuat melalak
pastu tengok xde ape²
then me ask her to take a bath
dia xnak, nenek dia pun ngelatat datang
me pass kat nenek suh mandikan dia xnak
me cakap "Sikit jek ah, nangis lebih"
nenek dukung bawa balik, then
"Long, ckit ape, berdarah kepala budak ni"
dari cara nenek cakap macam darah bercucur²an
terus me ngan Mr.Hubby berlari gi tengok
mmg betul berdarah, bile dia tau kepala dia berdarah makin ah kuat dia nangis
"Nak mandi ngan ayah,nak mandi ngan ayah" kata dia,
Mr.Hubby cakap "Kan ayah kata jangan lari"
"Habis ayah suh lari akta ade tumut"
hahaha aku dah gelak ayah ko ni pun satu dah ko suh lari ye anak lari
pastu senyap jap sementara tgg ayah dia packing pulasan

Mummynye lak gatal tegur
"Lah kat siku pun luka gak"
eh nyambung semula nangis, auta tul
bile dah siap semua dah mandi dah lap
Mr.Hubby cakap
"Abang tgk adik kuat, ayah lap luka pun x nangis, klu abang belum kena luka dah nagis"
Danish wat x dengar jek, me lak nyampuk
"Silap² seminggu xleh basah kat luka tu kalau abang"
tapi itu kebenarannya, Danish klu terjatuh & luka walau beso kuman
luka tu xleh cuit langsung klu terkena ckit melolong cam histeria jawabnya.
Agaknya kerna kepenatan lepas mandi Daneen terus tido
luka tu pun x berletak minyak ape²
Alhamdulillah dah beransur kering pun
ni nasib NekYang taktau, kalau tak mau kena basuh orang² yang kat umah.



sign_edited-1

Kebun

Jot Down by Mummy Dasy at 2:48 PM 6 yang membebel
Petang selepas anta Pn.Hernee balik
Mr.Hubby & co. gi petik buah pulasan di tepi umah
pokoknye kecil & rendang sahaja
tetapi buahnye lebat macam nak patah dahan²nye
pokok ni tanam masa bersalin Danish
kiranya hampir 5 tahun usianya
dah 2 kali mengahsilkan buah


masing² nak tolong ayah
mummy cuma bersantai tepi umah
ini adalah semaksamun itu
rumput² dah panjang
klu mummy join sama gamaknye x tido malam ah
asik bergaru jek gatal ok
tu belum semut lagi Daneen lak asik menjerit
"Tumut semut tumut banyak"
dia sorang yg kena org lain x plak
tapi masih lagi main dlm semak tu

dapat banyak gak lebih kurang 2 baldi beso
siap bahagi² jiran sebelah menyebelah
ada kejadian yg terjadi akibat gigitan "tumut" itu
wait till next N3 ya....


sign_edited-1

2 beradik

Jot Down by Mummy Dasy at 2:20 PM 4 yang membebel
Malas nak citer banyak layan gambo jek k
oleh kerna adikbadik
baju kadangkala harus ah sedondon

trademark Daneen "PEACE" no war


ape yang di sengehkan oleh Danish
senyum² kambing gitu
dia sembunyikan
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


malu Mummy amik gambo dia ngah menyusu botol
miahahaha



sign_edited-1
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea