Tips :-
◘ Gunakan sedikit sahaja minyak aromaterapi semasa hamil.
◘ Gunakan tidak lebih 4 jam dalam masa sehari.
◘ Jangan sapu terus pada kulit terutama perut. Ia boleh meresap terus kepada bayi.
◘ Jangan gunakan sebarang minyak aromaterapi yang berfungsi untuk merangsang dan menyahtoksik.
◘ Sebaiknya guna minyak aromaterapi menerusi alat pembakarnya @ titiskan dalam tab mandian. Boleh juga dicampur dengan minyak lain seperti almond dan lain² yang sesuai untuk ibu hamil.
◘ Jangan letakkan aromaterapi terus pada bahan yang diperbuat daripada plastik kerana boleh menyebabkan plastik itu cair.
◘ Biji anggur adalah minyak pelbagai guna yang bagus untuk semua jenis kulit.
◘ Almond sangat berminyak, bagus untuk kulit yang gatal².
◘ Avocado, kaya dengan vitamin A,B dan D. Sesuai untuk kulit yang sangat kering dan kawasan yang berlemak.
◘ Isirong Pic dan Aprikot adalah seperti minyak almond tetapi harganya lebih mahal.
◘ Evening Primrose kaya dengan kandungan GLA (gamma linoleic acids) jadi ia bagus untuk kulit kering dan kulit yang matang
[sumber Pa&Ma Julai 09]
7 yang membebel:
tetiba kuar artikel ni...kenapa yerk?..mu preggy ker?
mesti wangi eh.. :)
Siti >> Ek eh xde ah saja nak bagi info untuk kawan2 yg preggy..
sesungguhnye klu rezeki xleh di tolak tp seyes belum lagi ada
Zuhaini >> semestinye
orang cakap minyak zaitu @ olive oil pun bagus..sapu kat perut di awal mengandung supaya tak de strech mark..
Gud info..pregnant ke Yang hiks
wah.. bagus gak info ni...klu ngandung.. blh amalkan..
Post a Comment