Monday, August 31, 2009

Puasa ke-9

Jot Down by Mummy Dasy at 12:19 AM 3 yang membebel
hahaha setelah lama menyepikan diri.
Arini xde xtvt ape2 cume petang gi Kipmart temankan makcik DASY beli kasut sekolah & beg.
Miahaha dah macam budak sekolah aku tengok beli kasut bata.
Kesian para2 nurse (opsss jangan amik ati ye pada sesiapa) xleh nak melaram ek? kena pakai kasut sekolah jek gi keje.
Tapi dalam bulan pose ni bile merayap gi mana2 1 jek yg mencabar keimanan,
iaitu pabile melihat penganut agama laian makan & minum, bukan itu sahaja bile tgk anak2 ku makan Mc'flurry huhuhu macam nak join jek...x kuat iman tul
dah alang2 bawa my sis beli barang dia, me & Daneen gi beli barang dapur ckit niat ati nak cari gula & santan.
Akan tetapi gula idak ada, huhuhu camne ni gula dah xde stok kat umah.
Pastu gi Giant, Perling mencari gula me & Mr.hBy, anak2 xde tgl kat bazaar ngan nenek diorg, kitorg terus amik gula pasir 10 packet tanpa menoleh kiri & kanan straight to the counter untuk membayar.
huhuhu akan tetapi bdak kat kaunter tu cakap "Maaf, gula boleh amik 2 pack jek"
kitorang pandang sesama sendiri, nak tak nak terpaksa akur ah cuma dapat 6 pck jek.
caranye 1st hBy bayo, pastu me plak bayo last me lagi bayar menyampah tul menyusahkan.
Ingatkan cume kitorang jek cari gula rupanya my BIL pun cari gak, diorang gi Jusco pun 2 pack jek sorang leh amik. Last2 dia ada 5 anak, beratur anakbanak bawak sorang 2 pack gula hahaha camne ah gayanya ek?
Arini berbuka di rumah MIL pastu me gi umah NekYang DASY lak kerna yg lain2 tu gather2 kat sana ku jek yg xde menyampah.
Sekian xtvt saya pada arini miahahah


head4_edited-1

MERDEKA

Jot Down by Mummy Dasy at 12:08 AM 2 yang membebel
Selamat hari merdeka kepada semua warga Malaysia.
Selamat Hari Merdeka ke-52.


and Happy 35th B'day to my dear husband.
Semoga panjang umur, sihat tubuh bdan, murah rezeki dan diberkati selalu hendaknya. Amin.

head4_edited-1

Wednesday, August 26, 2009

Bazaar Perling

Jot Down by Mummy Dasy at 6:16 PM 5 yang membebel

Bersiaran langsung di bazaar Perling....
Perut lapo dok cni :)

Post via N97

Ke-3 Puasa

Jot Down by Mummy Dasy at 1:05 AM 6 yang membebel
Semalam puasa ke-3, me x masak lagi untuk berbuka
ini kerana nenek DASY berniaga di bazaar Perling,
Danish ikut neneknya so Mummy kena ah gi bazaar amik dia lepas balik keje.
Bila dah sampai bazaar ofcos ah tergoda ngan makanan2 yg ado,
semalam beli untuk berbuka
murtabak special Rafi mmg best, jagung bakar, nasi beryani kambing, satay ayam + daging, air mangga, air tebu fresh and tepung pelita.
Mule2 beli satay ayam untuk NekYang kerna Daneen kat umah NekYang kena ah beli ape2 ckit untuk diorang.
Akan tetapi Danish yang dok berlantak last2 beli lagi coz xkan bekas Danish nak bagi diorang kot.
Pastu kitorang balik amik Daneen, dalam keta me tanya Danish
"Lapo na bang, x makan ape dari pagi"
"Orang puasa arini tak makan dari pagi tau, susu pun xde mummy x anta umah nenek"

"Lorr ye ke? Bagus ah anak Mummy, camni ah baru puasa, sok pukul 4.30pm lak ye baru makan"
masa tu jarum jam menunjukkan pukul 4pm dia baru makan.
Alhamdulillah dah boleh ah tu untuk umur dia berpuasa.
nanti sambung lagi cukup tak Danish berpuasa Ramadhan w/pon separuh hari.....:)


head4_edited-1

Sunday, August 23, 2009

Hari Pertama

Jot Down by Mummy Dasy at 4:33 PM 6 yang membebel
Puasa pertama semalam memang mencabar
kerana ku yg sentiasa lapar terpaksa berpuasa,
Alhamdulilah semalam x berasa lapar sampai ke petang.
Tapi lepas jek buat dadih coklat & vanilla badan penat yang amat
tido dari kul 2pm-5pm x sedar2 anak banak tertido.
Sahur lak memang dah set jam kul 4am alarm bunyi terus bangun.
Pastu sambung tido balik kul 6.30am bgn solat subuh.
Semalam gak adalah hari pertama mengajar Danish berpuasa.
Sahur dia tak bangun coz me bgtau hBy x yah kejut kang dia melalak plak.
Mule2 pagi kul 7am nak susu, me cakap mana bolehkan abang puasa.
Pastu dia terus ikut hBy g wat keje sampai kul 10.30am,
pastu sampai kat umah dia kata haus, hBy bgtau kejap lagi kul 12pm.
Dia okey lagi, 11.45am dia cakap "Mummy ni dah nak pukul 12pm boleh ke haus ni?"
Me cakap "Kejap lagi ah bang", pastu suh dia tido dia taknak
me ajak dia gi umah nenek dia, sampai jek umah nenek dia
entah ape di cohceh ngan nenek dia, me tengok si nenek ni bagi ais F&N grape kat dia
tak toleh kiri kanan lagi terus di tonggangnye botol tu.
me cakap "Abang lg 5 minit"
my mom cakap "Alah lagi 5 minit dah boleh ah tu, selalu camni dia dah 2 kali 2 makan"
lorrr nenek dah cakap camtu me nak cakap ape lagi ye dak...
pastu balik hBy tanya mana Danish? Dia haus tadi kesian.
Me bagitau dah selamat minum ngan makan sekali kat umah nenek dia.
hBy "Sapa kasi"
me "Ibu ah, takkan org plak"
hBy cuma geleng pala jek...... tapi Alhamdulillah ah dia dapat bertahan w/pon setengah hari.
Untuk arini cuma setakat pukul 11am sahaja dia mampu bertahan.
Semalam kami berbuka di umah NekYang Danish& Daneen
berbuka ngan roti john, murtabak, kari ayam, sambal petai, kacang panjang goreng, air sarsi, air kelapa muda, air durian belanda, air teh, air asam boi & air soya.
uish banyaknye tak berhabis2 rasanya coz we all dah balik awal.

Ape korang buka arini? Arini buka umah Mil taktau ape plak.....


head4_edited-1

Friday, August 21, 2009

Ramadhan dah tiba

Jot Down by Mummy Dasy at 4:47 PM 8 yang membebel
Salam Ramadhan
rasanya masih belum terlambat untuk di ucapkan.
Semoga Puasa kite diberkati hendaknye...Amin......



head4_edited-1

Monday, August 17, 2009

Rabak

Jot Down by Mummy Dasy at 4:07 PM 9 yang membebel
Hiks..... Tajuk tak hengat jangan fikir lain ye Puan2.
Mata ku dah cam nak rabak ni, malam x cukup tido.
Tido adalah awal kul 9.30pm, dari siang dah plan nak tengok citer KERANDA PAPAN kat Astro.
Sekali semuanye musnah dek kerana Cik Daneen cbuk ajak masuk bilik dia nak tido.
Ini adalah bahana makan ubat batuk, dia batuk tu yg asik makan ubat jek tak behenti-henti.
Ngah syiok tido, sekali Cik Puan Kecik kejut nak susu, tengok jam kul 1am
me pun gi buat kat dapur, eh dia ngikut jugak sambil terjerit2 membebel ntah ape2.
Dalam ati "Kakak ko ingat ni siang ari ke nak terjerit2 bagai"
pas dah siap susu ajak dia masuk bilik, dia boleh plak
"Good Night, Ayah"
"Good Night, Mummy"
"Selamat Malam, Mummy"

Pastu dia baca doa tido. Macam nak tuli telinga mak ko ni nak, dekat cuping telinga bercakap.
Pastu dia leh ajak berbual2 ah. Macam2 dibualnye pasal ayam ah, pasal Mickey Mouse, pasal citer Jangan Pandang Belakang Congkak, pasal Cicakman etc. macam2 lagi ah gamaknya.
Pastu dia nak air.
"Mummy, nak air"
"Sebelah kakak kan ada botol air"
"Bukan air ni, nak air ubat" air ubat tu air Yassin.
"Sama jek ah kakak, dah malam ni mummy ngantuk ah"
"Habis tu dah malam nak wat pe?"
"Malam tido, nanti pagi kakak bangun ah"
"Oh malam kena tido he? Ni dah malam he Mummy"
"Yelah kakak tido ah Mummy dah pening dah ni"

Jam pada masa tu dah menunjukkan kul 5.30am okey. Pastu me terus tertido, sedar2 dah kul 7.15am, huwarghhhh dah terlambat Subuh pun tidak. Tgk budak kecik tu dah tido gak.
Ngelatat kejutkan Danish, dalam masa ngah cbuk2 si kecik leh bangun gak, uish tak mengantok gaknye dia ni. Me siap2 terus gi anta Danish sekolah & keje.
Kat ofis ni lak boss datang awal plak arini, aduh x sempat nak nyambung tido. Petang ni, tika dan waktu ini boss xde makin mengantuk keje berlambak tak siap lagi ni, mata sambil type N3 pejam celik pejam celik.... lambatnye kul 5pm...


head4_edited-1

Sunday, August 16, 2009

MOST LOVING SIBLING Photo Contest

Jot Down by Mummy Dasy at 11:02 PM 5 yang membebel
STICKY MODE PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW N3

Gambar ni ketika Danish berusia 2y2m manakala Daneen 2mth.

Ini plak raya 2 tahun lepas.

Ini paling akhir gambar kemesraan mereka.

Gambar-gambar ini dipilih kerana Mummy suka tengok gambar2 ni mesra jek di tengok. Actually bukan senang nak tengok gambar diorang rapat camni. Sekarang ni dah besar lagi ah susah nak mesra2 macam ni asyik bergaduh jek pastu Daneen lak dah pandai taknak gambar ngan abang dia. Mummy rindu saat2 camni.

The Boy :
Muhammad Danish Syafiq (5y1m)

The Girl :
Nur Daneen Syahindah (2y11m)


Just try another luck :)
This time from MOBS & Comfybebe


How to enter...
1. Be a FOLLOWER of ComfyBebe at http://comfybebe.blogspot.com - done
2. Be a FOLLOWER of MOBS at http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com - done
3. Choose your best children's SIBLING photo and BLOG about it on your blog. Tell us a bit about why you chose the pic with your kids name and ages (min 2 kids) - done
4. Make sure it has a back link to both MOBS & ComfyBebe blogs - done
5. Leave a comment on MOBS with your name, email and blog link (very important!!) - done
6. Make sure you add this on your sideblog with a backlink to MOBS. - done
6. For those who don't have a blog, email us your kids picture at comfybebe@gmail.com together with name, email and address, why you choose the pic, kids names and ages :)

** EDITED : For those who don't have siblings, COUSINS can do as long as FAMILY!!!

There will be 4 main PRIZES but depending on no of entries, there might be more :)
So hurry !! Send in your entries now !!


GRAND PRIZE :
Zoobie Pets Poallu the Polar Bear + Baby worth RM134.90

Consolations Prizes :
Envirosax Bags
RUME Bags
and more

Contest runs till 31st August 2009




head4_edited-1

Friday, August 14, 2009

Award Penghargaan

Jot Down by Mummy Dasy at 10:59 PM 1 yang membebel
Yeye dapat award lagi, ni khas punye tau orang tertentu jek dapat,
miahaha riak dah ni. Actually me dapat coz vote for budak tembam Amirul aritu.
Thanks Rina.



head4_edited-1

Thursday, August 13, 2009

Bukit Indah

Jot Down by Mummy Dasy at 1:02 PM 3 yang membebel
Gambo basi ni sebenonye
Sabtu aritu bawa budak 2 ni gi main playground kat Bukit Indah.
seronok jek muka masing2 ajak balik bukan main susah.



head4_edited-1

Jahanam

Jot Down by Mummy Dasy at 11:22 AM 10 yang membebel

Habis jahanam,
ini bukan acara memakai samping akan tetapi
tudung yg baru di beli di Ariani. Itu pun dia nak wat suka...
:(


head4_edited-1

Khasiat Asmaul-Husna

Jot Down by Mummy Dasy at 9:55 AM 3 yang membebel
Email dari seorang sahabat

99 Nama Allah

"Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s..a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang
menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18.. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenanga n
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36.. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-M uji b - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terp uji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87.. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97.. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar


(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).



head4_edited-1

Macam2 Ada

Jot Down by Mummy Dasy at 9:52 AM 3 yang membebel
See above piccas
huhuhu anak dara ni kalau tido macam2 kaedahnye nak di bawa :-

1- sling beg Barbie, la ni asik ngan beg tu macam2 di sumbatnye dalam tu.
2- Nampak tak kat pinggang yg warne coklat tu, itu adalah wallet PakUsu dia buang, dia tukang kutip konon2 yg dia punye ah tu.
3- Plastik hijau tu dalamnya adalah mainan entah ape2 ngan tudung baru beli di KipMart.
4- Ni barang wajib iaitu BB & paci, takde mau ngamuk okey....

Sofabed tu lak dah jadi macam harta dia, orang lain tak boleh duduk @ baring,
terutamanya abang dia ah.
W/pon dia ngah main bila pasan Danish ngah duduk kat sofa dia harus perang.
Barang2 yang dia dah cakap dia punye jangan ah orang lain nak amik @ pinjam,
termasuk ayah & Mummy pun xleh pinjam, harus lain jadinye nanti.
Pernah sekali dia ngah main B-daman Danish,
datang Danish ni bebel2 terus amik coz tu dia punye,
minah ni naik angin coz orang ngah syiok main tiba2 datang kacau,
di terpa si abang mule2 nak pukul tak dapat,
terpa lagi sekali melekat 2 genggam kat rambut Danish sambil di genggam xnak lepas
pastu di goyang2 macam goyang belon.
Si abang meronta2 sakit sambil menangis, bile dgr abang melalak
apelagi terus lari selamatkan diri.
Tu lah perangai Daneen yang macam2 skang ni kadang2 tak terlayan.
Cakap dia kalau tak dapat habis di amuknye.
Kata Mr.Hubby sape letak DANEEN [PRINCESS],
pastu panggil pun DANEEN. So dia tuan puteri kata, kehendak dia mesti kena turut.
HUWAAARRRGGGGHH ayat cam nak salahkan Mummy jek.
Menyampah tau....... insya'allah lama2 berubah pangai dia....




head4_edited-1

Wednesday, August 12, 2009

Oren Lebih Baik Dari Chewing Gum

Jot Down by Mummy Dasy at 12:54 PM 8 yang membebel
Kalau anda mempunyai sejarah keluarga penghidap diabetes,
tingkatkan pengambilan makanan dan supplemen yang kaya dengan vitamin C.
Benar kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati.
Satu kajian yang diketuai oleh Nita Farouhi, Ph.D dari Ins. of Metabolic Sci
di Addenbrookes Hospital mendapati vitamin ini menghalang pembentukan radikal bebas
yang secara langsungnya mampu menghalang pembentukan diabetes.
Kalau anda "moody' lepas ini, makan buah oren ternyata lebih baik dari mengunyah gule2 getah.

[source RI@S]


head4_edited-1

Monday, August 10, 2009

Paintball

Jot Down by Mummy Dasy at 2:43 PM 9 yang membebel
[credit pic]

Sape2 peminat paintball
leh gi sini yang dok di area Skudai
ni hanya memberitahu ye xde dapat ape2 pun,
gambar atas tu belah kiri yg pakai key tu PakNgah Danish & Daneen,
gambar ni masa NPL yg berlangsung di MELAKA pada 1-2 Aug 09,
ni team No-Mercy Johan 2nd Division.
Siapa2 dok Johor leh gi main di Impian Emas atau di Octville.
ni N3 merapu xde idea sebenonye ni otak ngah benak wat keje,
miahaha konon xnak tgk blog xde maknanya.....




head4_edited-1

Selamat Bekerja

Jot Down by Mummy Dasy at 8:31 AM 4 yang membebel
Selamat Bekerja
Malas rasa nak wat keje2 yang terbengkalai tu
ni last day, sok dah kene anta...
huhuhu x siap lagi ni.
Arini cuti berblog & berFB demi menyiapkan keje2 itu
Insya'allah...Ya Allah kuatkan semangatku....
:)

[auto publish written at 12.30am]



head4_edited-1

Sunday, August 9, 2009

Salah Siapa?

Jot Down by Mummy Dasy at 10:49 PM 4 yang membebel
Kadang2 me tak tahu nak salahkan siapa?
Anak-anak @ kami sebagai parents.

Ini adalah berikutan hari Jumaat aritu gi kenduri,
mule2 me & Daneen, dok kat dalam untuk ladies,
Mr.Hubby & Danish kat luar coz tempat lelaki
oleh kerana lama sangat tunggu org masjid datang untuk mulakan majlis,
Danish masuk dalam, Daneen yang pada mule dok diam
bile dah nampak abang dia masuk mula wat perangai.
Yang paling sakit ati, masa orang ngah baca doa diorang main2,
terjerit2 si Daneennya macam kat umah di buatnya.
Me tengok menyirap jek, coz masa tu diorang kat depan pintu me kat dapur,
so xleh nak jadi semut orang ramai nak ke depan.
Bila dah habis baca Yassin time makan tinggal Daneen sorang,
Danish dah keluar gi tempat ayah dia, bijak dia tau mesti nnt kena marah.
Pastu on d way balik,
dalam keta masa tu ada MIL & SIL,
MIL marah Danish & Daneen coz buat perangai kat umah orang.
Then hBy pun join sama marah, me bukan nak backing anak2,
me tak kisah pun sape2 nak marah my child,
but as a mother, me cam ada perasaan tak puas ati.
Mr.Hubby marah2 pastu dia tanya anak2,
"Abang, kakak lain kali nak buat lagi tak?"
Danish jawab
"Taknak ayah"
Daneen lak jawab
"Nak, adik nak wat lagi"
pastu hBy tengking hahaha time ni ngan me sekali terperanjat
"Kakak nak wat lagi"
Daneen dah tersedu2 menangis, memang camni selalu marah ckit nangis cam tengok citer Hindustan takleh benti.
Sambil nangis sambil geleng kepala.
Tapi pada me kalau Mr.Hubby tak lepaskan Danish masuk dalam
tak kan jadinya diorang wat perangai camtu.
Coz diorang kalau kat umah pun camtu,
bile Daneen kat umah pun dia a wat hal selagi Danish x balik sekolah.
Bile Danish balik baru ah mula episod perangai diorang.
huish bukan niat nak salahkan sape2 atau anak2 me xleh dimarah,
selalu dirang kena arah ngan Nenek diorang me tak pnah kisah pun.
tapi kat sini me & hBy pun ada silap gak?
Tu yang kadang2 malas nak gi umah sedara mara
malas ngan pangai anak2 bukan ape?
Ish tapi me still salahkan hBy lepaskan Danish
tak tau nape? Harus ke me bgtau Mr.Hubby pasal ni?
supaya lain kali jaga sorang 1, untuk kepentingan keluarga bukan ape?
Cam serba salah plak.......
:(


head4_edited-1

Saturday, August 8, 2009

Nikmatnye Dunia

Jot Down by Mummy Dasy at 7:30 PM 1 yang membebel
Miahaha arini title semua lupe daratan.
Pagi berjalan, petang jalan evev malam ni pun nak gi jalan.
Nak gi kenduri ni, dah 3 malam x masak kat umah,
makan umah org kenduri jek....
Arini ada 2 tempat, sebelah hBy ngan sebelah me,
ofcos ah g belah hBy, tapi dah pesan my mom suh tapaukan kambing kat umah my niece nanti...
K nak solat padtu nak gerak..

[Post via xpressmusic]

Ronggeng

Jot Down by Mummy Dasy at 10:48 AM 2 yang membebel
Haha title tak hengat.
La ni ngah siapkan anak2 coz nak ke Kipmart,
ku gi ngan anak2 jek,
Mr.Hubby gi jemputan ngan kawan2 dia.
Alamak lupe minta duit ish boleh lupe ah pulok....
Kena g bank dulu ah ni cucuk ape yg patut.
Ok chiowww...till next n3 ye...

Thursday, August 6, 2009

Penat sangat

Jot Down by Mummy Dasy at 9:49 PM 4 yang membebel
Arini penat sangat tak tau nape?
Tadi bawak anak2 gi check-up yelah takut so kena berhati-hati.
Danish check-up dia gatal2 1 badan bintik2 merah kuar,
Daneen batuk & selsema dah 2 mgg tak kurang
last sekali me, kan ku dah 3 ari cirbir harus ah check.
Akhirnye kalah gak kena gi klinik gak.
Me bagitau ah details yg doc. nak tau, doc leh tanya
"Bila last datang period?"
dalam ati "Doc. ni mesti ingat aku ngandung"
tapi yg keluar dari mulut adalah
"I can't remember doc. coz amik depo inject so dah tak period dekat 8 bulan"
Doc. tu cam confuse, dia suh baring lak check perut,
bile check perut tanya lak perut babat bekas2 operation yang sememangnya mencacatkan rupe perut aku tu...
macam2 ah dia tanya, wat kat mana? ngan doc. sapa?
last2 dia bg ubat2 jek, budak 2 tu ngan muke tak malu minta vitamin k.
Tapi hari ku jadi pekerja yang berdedikasi coz x minta mc pun.
Akan tetapi di tempat keje bukan penat wat keje,
penat ulangalik toilet jek....
adeh pose ku pun hanya berbuka mushroom soup....


head4_edited-1

Surah Fatihah

Jot Down by Mummy Dasy at 4:02 PM 3 yang membebel
‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :

* Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:

* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)

* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.

Wallahualam.

[Sumber ilmu]



head4_edited-1

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Sya'aban

Jot Down by Mummy Dasy at 12:32 PM 2 yang membebel
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari
Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009
(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini
untuk
menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan
seterusnya
berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan
yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14
hb
sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah
&
surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas
3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam
= 5 August 2009)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat
kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk
beribadat
kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &
mati di
dalam
iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban
sebanyak
22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah
haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi
Allah
Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) :
pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia
lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan
semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau
orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu
sya'aban

kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya
kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam



head4_edited-1

CUTI

Jot Down by Mummy Dasy at 11:02 AM 3 yang membebel
Arini ku sedang beristirehat di rumah.
Asyik menonton DVD ngan gi jumpa Mr.T
ngah tinggal sorang2 ni harus ah makan, tido & toilet
MC belum amik lagi ni, macam malas lak nak gi klinik.
Untuk pengetahuan ku bercuti sendiri, boss xde harus ah lupe diri miahaha
dapat staff ofis yg tak puas ati inform HQ, harus esok
"YATI u'r fired"
hikhikhik takdelah sat lagi nak gi klinik.
Perut tak kurang menggelodaknya ni, tambah vomit plak
pening pulok dah ni.
Silap2 harus esok bercuti lagi...
chioaw dulu ye saya nak beradu....


head4_edited-1

Tuesday, August 4, 2009

Jauhkanlah

Jot Down by Mummy Dasy at 9:53 PM 9 yang membebel
Di serang cir** bir**, dah erpuluh kali kuar masuk jumpa Mr.T.
Beserta vomit, asal batuk terus jumpa Mr.T,
pastu la ni rasa cam nak demam lak, badan dah seram sejuk.
Kalau tak kurang gak tengahmalam harus gi check-up.
Jauhkan ah dari penyakit yang tak diingini.
AMIN


head4_edited-1

Addict

Jot Down by Mummy Dasy at 4:34 PM 8 yang membebel
Skang asal balik keje terus masak.
Tv dapur terus buka pastu ktang ktung kat dapur masak.
Hehehe tetapi skarang ku ngah addict ngan FB
tu yang masak pun bawa lappy letak sebelah dapur
klu hBy tau mati kena bebel miahaha..
sape² ada FB jom join yokkkk.



head4_edited-1

Hasilnye....

Jot Down by Mummy Dasy at 3:24 PM 8 yang membebel
Minggu lepas me cerita pasal ini
semalam dah dapat parcel dari IR-KoreaDeco
kul 2pm tepat posmen anta.....
budak kat ofis cakap "Ko order bulu tangkis ke ape"
miahaha banyak ah bulu tangkis.

cantik sungguh bungkusannye hehehe
me siap simpan, mana tau ada kegunaan lain

ni hasilnye setelah ditepek di dinding
hahaha menjadi gak umpan ku kena pada Daneen
dia yang cbuk bile time nak tido malam tadi
dia xde katil hanya tilam single pastu cantum ngan queen
tuk Mummy bile time Ayah keje malam.
Napa cantum coz minah ni tido bertawaf ok pastu sebelum tido,
harus ah Mummy temankan dia tido dulu.
Kalau Ayah keje malam Mummy tido ngan Daneen,
tapi kadang² Mr.Hubby pun tido kat situ gak.
Melalak & mengamuk macam ape dia malam tadi.
Macam kena rotan okey pujuk² tak jalan,
last² Mummy naik angin amik hanger eksen jek nak pukul
terus senyap pastu tertido. Ha tau takut.
Ingat dia jek leh ngamuk meradang² bagai, Mummy pun leh gak.
Menjadi gak plan Mummy nak suh dia tido katil sendiri.
Tapi bila dia dah tido tu menyesal lak rasa x belikan dia,
tapi nak beli camne dia xde katil.
dan dan tu gak pagi² bangun ajak beli katil.
Hahaha tunggu bile ayah x keje ye kite cari katil....
[Note : Mr.Hubby jgn mungkir janji lak]


head4_edited-1

XTVT Petang

Jot Down by Mummy Dasy at 12:28 AM 5 yang membebel
Nilah xtvt di waktu petang, jika Mr.Hubby tak bekerja
Mummy harus ah x menjoinkan dirikan
kalau dah Mummy join, gamaknya malam makan kedai ah ye.


Kalau Mummy ada kat umah, anak dara tu harus ah bertopi
coz dia xleh salah ckit, ada jek alergynye
silap2 ckit kang demam ah selsema ah batuk ah etc.
Nanti pasti orang2 tegur
"Anak Jepun nyandar kat belakang"
kalau tak pun
"Bukan main puteri lilin, bertopi kat kampung"
Mummy tak kisah coz anak aku suke aku ah
kalau dah sakit kang ada korang kisah..... xde maknenye......
selalu kul 6pm jejak kul 1pm baru balik 3 banak ni
tempat dituju harus ah padang bola
coz Daneen excited klu tengok orang main bola okeh.
Tapi pabila Mr.Hubby keje, hahaha xde maknanye Mummy nak melayan
I'm busy okey....
Mana ah ada masa balik keje kul 5pm smpi umah lebih kurg kul 5.30pm,
tu pun klu drive cam F1 ah, smpi umah bersilat lak memasak
sampai maghrib baru siap semua....
pastu klu Mr.Hubby ada boleh ah tido lmbt melayari internet,
kalau Mr.Hubby keje malam gamaknye kul 8.30pm
ku dah lena di ulit mimpi ngan anak2....
so ape gaknye xtvt petang Mummy selain masak2 ye???????


head4_edited-1

Monday, August 3, 2009

Dapat baju...

Jot Down by Mummy Dasy at 1:26 PM 7 yang membebel
Last week dapat parcel from Mummy Ayu
tapi ada kisah disebaliknye yang menyakitkan ati
kena amik kat post office ngan alasan ofis tutup
kejadahnye baru kul 12pm xkan dah tutup ofis.
Pnah sekali pos ekspress sampai dah terbuka sampulnye.
hangin tul time tu....



Berbalik kisah parcel tadi
dak 2 ni dapat baju wall-E, dalam keta Daneen dah pegang baju dia.
Sampai jek umah baru kul 5pm dah cbuk nak mandi
klu tak haram, tak jejak jarum jam kul 6.30pm jangan harap nak mandi.
Ni excited baju baru punya pasal sanggup mandi.
Mr.Hubby pun pelik, baju tak sempat basuh anak2 oiiii
anyway to Mummy Ayu
trimas ye.....


head4_edited-1

Sunday, August 2, 2009

Merah

Jot Down by Mummy Dasy at 11:56 PM 8 yang membebel

Semalam gi kenduri kat Masai
anak-banak pakai merah
menyampah tau, gambo Mummy xde nilah akibat jadi tukang amik gambo
1st pic tu pasan tak mulut Daneen merah
dah nak gi dia leh minum air sirap dah macam Joker.
Saja amik gambo belakang Daneen
nak tunjuk rambut dia yang meresai macam ape...
xreti nak tutup ending ni mata dah ngantuk tapi xleh tido
tu yang merapu ntah pape
layannnnnnnnn


head4_edited-1
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea