Sunday, May 30, 2010

PMS: Bukan Hal Main-main!

Jot Down by Mummy Dasy at 6:20 AM 2 yang membebel
Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk *bukan merasa tapi sememang*, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari *mmg pun*. Lelaki tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.

Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu. Mungkin ayah kamu juga pernah mendengarnya.

Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?

Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:

  • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.*mslhnya aku ni sentiasa mengidam*
  • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.

PMS dan Penyebabnya:

  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.

Sebelum berjumpa doktor, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan PMS?

  • Tulis diari. Kamu boleh meluahkan perasaan kamu sepanjang dua minggu sebelum bermulanya haid kamu. Jangan lupa menulis tarikh dan apa yang kamu rasa sepanjang tempoh itu. Kenal pasti tanda-tanda PMS dan periksa sama ada kamu mengalaminya. Jangan lupa juga mencatat jika kamu ada melakukan senaman atau makan sesuatu yang berkhasiat sepanjang tempoh itu.
  • Ubah diet kamu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah vitamin B tambahan sepanjang tempoh itu.
  • Lakukan beberapa senaman. Berjalan, berlari atau berenang. Ajak kawan-kawan atau keluarga menemani kamu. Ini boleh menjadikan senaman lebih ceria dan menyeronokkan.

Bilakah saya patut berjumpa doktor kerana PMS?
Ada sesetengah wanita mengalami PMS yang teruk. Mereka akan merasa sangat sedih dan tertekan sepanjang tempoh ini. Wanita yang lebih muda pula merasa tidak selesa dengan perasaan menggemuk. Perubahan emosi juga boleh mengeruhkan perhubungan kamu. Lebih elok jika kamu berjumpa doktor jika kamu tidak selesa dengan PMS. Bergantung pada hasil diagnosis, ubat-ubatan mungkin diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, waktu ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan kepastian daripada doktor tentang sebarang keraguan dan kebimbangan kamu.

SUMBER HERE

Jot's :: masalahnye PMS ni dah sebulan lebih x menjelma, kenapa???????

footer

Tido ah mata...

Jot Down by Mummy Dasy at 12:35 AM 0 yang membebel

gambo hasil pencarian ngan Mr.Google

Masih berjaga, segar bugar lagi mata ni, w/pon beratus kali menguap
tak tau ape nak wat, tv semua channel citer antu
last2 menonton "Chhatrapati Shivaji"
xfaham ape, bc subtitle jek
jalan citer pun xpaham
korang faham ke citer ape aku tgk sorg2 di pagi ari ni..
itu adalah citer Tamil...
tu ah gatal minum kopi 'o' kul 9.30pm td sape suruh
sok kul 6am nak kena bangun
sekolah Danish ada program kul 7am mesti ada kat sekolah
yang sekolah ni pun 1, napa ah wat xtvt ari Ahad, napa x wat ari sabtu.
ish ni sape yg salah aku ke kopi 'o' tu yg salah????

Jot's :: td wat kertas keje baik pny ngantuk mata ni...


footer

Saturday, May 29, 2010

Anak Mat Salleh

Jot Down by Mummy Dasy at 8:28 PM 0 yang membebel
Semalam g KipMart ngan DaSy
Danish ikut nenek gi beli kasut, while Daneen nmpk kedai brg persolekan
terus dia gedik2 ajak Mummy masuk kedai tu.
Bila dah masuk dia dok ngelatat ke sana sini
semua dia nak.

Tiba2 ada sorg customer tu tegur
"Kak, rambut dia ni betul he?"
ek eh "Betul ah, hbis ingat rambut palsu ke?"
"Tak ah *sambil nyengih2*, warna dia mmg camtu?"
"Warna rambut ke? x faham?'' dah ah sengal makin sengal
"Ak ah warna rambut dia perang, dye ke?"
"Eh, x ah, mmg dari kecik camtu"
"Oh, father dia mat salleh ke?"
weyy ape ko merepek ni, klu laki aku dengar mau kecik ati
"Tak ah dik, bapak dia jawa, melayu tulen"
boleh Mummy jawab camtu, terus ko senyap.
Dia x nmpk gaknye rambut budak tu dah ah nipis, dia leh kata rambut palsu.
Rabun tul...... rambut budak tu itam dia leh kata perang, nasib Daneen x dengar kalau tak mau senyum lebar sampai telinga.


Jot's :: Buntu dok umah x kemana2 arini....

footer

Thursday, May 27, 2010

Hamil? Elakkan

Jot Down by Mummy Dasy at 11:30 PM 2 yang membebel
Perkara yang harus dielakkan untuk wanita yang sedang mengandung
  • Daging Mentah - Sushi @ makanan laut yang mentah perlu dielakkan kerana dikhuatiri mendatangkan risiko pencemaran seperti bakteria coliform, dan toxoplamosis.
  • Hati- Terlalu banyak vitamin A boleh mendatangkan kesan bayi mati dalam kandungan.
  • Ikan yang mengandungi merkuri - Ikan yg terdapat di perairan industri perlu dielakkan kerana terdedah kepada polychlorinated biphenyls.
  • Kafein - Kafein adalah diuretik, iaitu ia membantu tubuh anda kerap menyingkirkan bendalir badan dan ini menyebabkan kehilangan kalsium yang banyak.
  • Keju Lembik - Keju yang diimport mungkin mengandungi beberapa bakteria yagn boleh menyebabkan keguguran.
  • Susu Tidak Berpasteur - Mengandungi bakteria yg dikenali Listeria, yang mana boleh menyebabkan keguguran.
  • Alkohol - perkembangan bayi terbantut
  • Sayur yg tidak dicuci - Ya. Ia selamat dimakan namun jika ia tidak dibasuh, sisa toxoplasmosis (kandungan dalam baja) masih melekat dalam sayur yang anda makan.
Sumber Mami&Baby

Jot's :: Ilmu untuk dikongsi.

footer

Daneen..Daneen..

Jot Down by Mummy Dasy at 7:21 PM 2 yang membebel
Amik Daneen balik sekolah tadi
dia dok nyanyi lagu NEGARAKU
tapi ada 1 baris tu yang wat 100plus yg Mummy minum tersembur keluar

NEGARAKU....
....Raja Kita
Selamat Tengahari.....

hambik, tepu cermin keta ngan 100plus
pastu dia leh wat muka xbersalah

"Tulah adik nak air pedekut"
uish pedekut,pedekut dah dia salah nyanyi muka confident jek lirik betul.

Nasib dia xtanya
"Napa bukan Selamat Tengahari he?"
klu dia bagi soalan cepumas tu mmg terus skit jiwa Mummy ko nak
dah ah sakit pala tambah plak masalah soalan dia yg macam² serba serbi salah..
tapi begus w/pon salah dia xmalu....

Jot's :: Nak gi mana esok ya?????

footer

Sweet Potato

Jot Down by Mummy Dasy at 4:10 PM 1 yang membebel
Sangat teruja tengok keledek kat blog Nabilah
selalu beli jek kat Jusco,BI

selalu beli ngan Roasted Chestnut fav. Danish & Daneen
rangup & lemak

Ni paper bagnya

sweet potato ni klu yg kuning tu sedap melekit² manisnya.
Pernah wat sendiri konon²nya tapi bukan Mummy ah mr.hBy yg wat
Mummy reti makan jek *ngee*, tapi xmenjadi ah plak melekat kulit ngan isi
nanti nak cuba balut ngan aluminium foil plak
Tapi tunggu mood memasak Mr.hBy dtg ah ٩(-̮̮̃•̃)۶

Jot's :: Tekak naik xberasa ape ni, kna minum air kosong ngan banyak xleh jalan kat tekak ni

footer

Suatu ketika dulu

Jot Down by Mummy Dasy at 10:36 AM 3 yang membebel
Jengah blog Cik Ejaa teringat lak suatu ketika dulu
suka berangan tau hehehe antara benda yg di berangankan


Mr.hBy wish car hehehe :)

ini dah jd kenyataan


Ini pun dah huhuhu agak pasni tuko BB leh x ngehngehngeh


home sweet home :)
ape yang anda idamkan selain kebahagian ah, Jom berangan hehehe


Jot's :: Kepala makin tingtong ni, semalam ulang alik toilet dekat 500kali *tipu* arini pun sh lagi...


footer

Tiba²

Jot Down by Mummy Dasy at 8:47 AM 0 yang membebel
pic credit HERE

Jengok blog cik Norfa terjumpa gambo ni, so sweet :)

[Jot's :: tiba² ngeeee]


footer

Wednesday, May 26, 2010

Funny Treats

Jot Down by Mummy Dasy at 7:10 PM 1 yang membebel
gambar ehsan En.Google

[Jot's :: just for fun, release tension]


footer

SICK

Jot Down by Mummy Dasy at 10:05 AM 2 yang membebel
Kepala berat banget
badan dah mula rasa seram sejuk
jgn ah demam, tak suka demam
ni dah asik bersin jek dekat 1000 kali *tipu*
klu dah demam kang MC kna amik 2 ari
xkan ah nak keje sehari jek esok
lusa dah cuti..hurrmmm :(

[Jot's :: nak gi klinik ke x? malas]

footer

Kedai Mamak

Jot Down by Mummy Dasy at 8:45 AM 0 yang membebel
Seawal 6.45 pagi

"Susu 1, sikit, sejuk"
itulah order yg akan kedengaran di awal pagi.

Sape lagi yang membuat order klu x Daneen.
Bile dah membesar nanti pasti xde lagi "orderan" camtu
order camtu ble dia ada di rumah sahaja waktu pagi & malam sebelum tido.

Tiba² mood sentap dtg, terus blur????

[Jot's :: headache + flu + fever = complete set]

footer

Tuesday, May 25, 2010

BAD DAY

Jot Down by Mummy Dasy at 8:11 PM 3 yang membebel
Right now, i'm feeling down
kepala sangat berat dr petang tadi
ditambah plak ngan ubat batuk + selsema td makin memberatkan kepala ni
xde perasaan ape2 melainkan nak cari pasal jek ngan orang sekeliling
but dunno, siapa nak dimarah?
siapa nak diherdik?
siapa yg jadi mangsa?
silap langkah lain jadinye, tp tulah kepala aku yg skit ni ada ke yg nak faham
nak amik peduli, haram masing2 wat hal sdiri
tau ape diorg nak mesti siap.
PMS maybe? sebab tulah too sensitive
or maybe something else is bothering me? arrgghhh
so annoying
damn bored today, the worst part is
tired being me...
boleh ke cakap camtu, kadang2 dalam hidup mesti ada perasaan macam nikan
alangkah nikmat hidup tanpa ada perasaan.

[Jot's :: Headache]

footer

Sakan makan angin

Jot Down by Mummy Dasy at 11:29 AM 3 yang membebel
Sambungan entry INI
diorg jejak ke DATARAN JB ikut laluan laut :(
layan gambo² ujung minggu diorg ni.

ngan minum air masin dia ni kuat masin
ikan masin sekor leh habis mkn wat ulam uish...

Gegata, meremang tengok

Dok menggaru badan jek, klu x mesti dia hero kat atas bot tu

with Makteh, dok mengikut ke depan kebelakang
Mummy x ikut numpang kasih mak sedara wakaka

With cousin, Husna

Husna & Kila.

[Jot's :: Mr.hBy xcaya Daneen ske naik bot, klu x dpt island hopping ms g Langkawi]
footer

Monday, May 24, 2010

Ada Ulat

Jot Down by Mummy Dasy at 4:45 PM 2 yang membebel
gambo ehsan en.Google

Tadi balik amik Daneen balik sekolah singgah beli kuih.
Salah satunya kuih ni ha "Buah Melaka"
Daneen yang nak sangat macam makan.
Dalam keta Mummy cakap
"Ni x makan, Mummy sental he"
"Adik makan ah"
"Yelah nnt makan kelapa jek. makan kuihnye sekali he"
"Napa nnt bontot berulat he"
"Tau pun, camne adik tau"
"Kan kawan Mummy cakap" ni semua keje DIDA & Herneenazir
"blh pulak ingat klu Mummy yg cakap x ingat pun"
"Tapi klu makan ckit, xde ulatnye. Ulatnye ada 1 jek"
pndi ah pulak pusing2kan fakta ko ni dik.... keputusan mmg haram dia xmakan kuih tu dia cuma amik kelapa ngan gula merah kat dalamnye jek.

[Jot's :: klu Mummy wat gamaknye mmg togel xsempat letak kelapa]

footer

Mummy makan ati :(

Jot Down by Mummy Dasy at 3:55 PM 1 yang membebel
Semalam Mummy berempas pulas siapkan keje² ofis yg terbengkalai tido kul 3am pun xsiap² gak
anak ngan bapak gi makan angin kat laut.
pastu siap bervideo call tp padan muke terputus talian tu ah niat x bagus...
dari kul 12pm++ kuar smpi kul 3pm++ baru balik
pastu SMS "Kitorang kat Danga Bay ni"
cehhh saja jekkan, yang pegi diorg anak banak, PakTeh, MakTeh, Cikabah & sepupu DaSy 3org.


jangan tengok pemandu (ye ke namanye ah hentam jek ah) penuh konsentrasi miahaha
nampak tak anak dara baring kat belakang tu mata sudah ngantuk tu kata Mr.hBy.


Danish bukak baju sebab kna gegata habis satu badan merah²
sampai umah mandi² terus gi klinik tapi xde ape cuma allergic jek.
Kata Mr.hBy mungkin sbb pki life jacket masa mula² naik bot kulit dia mmg kalah.
Tapi still lagi x dok diam ada jek keje dia.
Macam² anak dara citer, mata dah ngantuk tp still lg nak bercerita kat Mummy dia yg x ikut.
"Adik gi Johor, naik bot Pakteh"
"Adik x takut pun, PakTeh takut, mabuk laut MakTeh cakap" dia lagi nak bercerita
tapi Mr.hBy angkat masuk bilik xsmpi seminit tido terus.

gambo cilok kat FB PakTeh...

[Jot's :: craving for Lamb Chop huhhuhu x dapat lagi ni]

footer

Lagenda budak Setan

Jot Down by Mummy Dasy at 10:01 AM 3 yang membebel


Lagenda Budak Setan

Lirik Hilangnya Cintaku – Filianti Vlee


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

Harap movie ni sehebat novelnya.

[Jot's :: Mengantuk]

footer

Friday, May 21, 2010

Kelebihan Hari Jumaat

Jot Down by Mummy Dasy at 10:25 AM 0 yang membebel

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahariadalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pdzaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaatmengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyaiisteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelahkhutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepadaAllah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripadafitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orangyg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akanmengecap hatinya".
Ibadah pada hari Jumaat.

Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - ImamAl-Ghazzali.

Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat)disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian

Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan".

SUMBER : here

[Jot's :: Hawat dari pagi dok search gambo² PD, Mr.hBy take note]

footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea