Thursday, May 27, 2010

Hamil? Elakkan

Jot Down by Mummy Dasy at 11:30 PM
Perkara yang harus dielakkan untuk wanita yang sedang mengandung
  • Daging Mentah - Sushi @ makanan laut yang mentah perlu dielakkan kerana dikhuatiri mendatangkan risiko pencemaran seperti bakteria coliform, dan toxoplamosis.
  • Hati- Terlalu banyak vitamin A boleh mendatangkan kesan bayi mati dalam kandungan.
  • Ikan yang mengandungi merkuri - Ikan yg terdapat di perairan industri perlu dielakkan kerana terdedah kepada polychlorinated biphenyls.
  • Kafein - Kafein adalah diuretik, iaitu ia membantu tubuh anda kerap menyingkirkan bendalir badan dan ini menyebabkan kehilangan kalsium yang banyak.
  • Keju Lembik - Keju yang diimport mungkin mengandungi beberapa bakteria yagn boleh menyebabkan keguguran.
  • Susu Tidak Berpasteur - Mengandungi bakteria yg dikenali Listeria, yang mana boleh menyebabkan keguguran.
  • Alkohol - perkembangan bayi terbantut
  • Sayur yg tidak dicuci - Ya. Ia selamat dimakan namun jika ia tidak dibasuh, sisa toxoplasmosis (kandungan dalam baja) masih melekat dalam sayur yang anda makan.
Sumber Mami&Baby

Jot's :: Ilmu untuk dikongsi.

footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea