Monday, January 12, 2009

Free Diapers

Jot Down by Mummy Dasy at 4:12 PM
Arini ni mummy angin 1 badan, dari seawal 2y mummy dah ajar Danish free diapers alhamdulillah dalam masa 2 weeks dia dah pandai nak buang air kecil & besar bagitau mummy @ ayah @ nenek. Siang and outing dah tak pakai pampers cuma malam jek pakai time nak tido, dalam masa sebulan baru totally free diapers alhamdulillah senang nak di ajar. Tapi yang membuat mummy "GERAM & HANGIN" semalam dia boleh terlepas buang air kecil kat dalam bilik tepi katil dia yg membuat lagi berhangin 1 badan adalah dia memancit kat botol susu Daneen, huwarghhhhhh botol tu Mummy baru beli bila di tanya :-


Mummy : Kenapa abang k****** kat dalam bilik?

Danish : Tak tahan

Mummy : Kalau tak tahan napa boleh buka seluar.

Danish : Orang minta maaf mummy .(baru tinggi sore ckit dah melalak ketakutan rasa bersalah ah tu)

Mummy : Dah sekarang buka cadar, sarung bantal semua letak dalam washing machine, pastu amik mop, mop 1 rumah ni.

Danish : Yelah, orang minta maaf.

Mummy : Napa abang buat camni, kan mummy cakap gi bilik air.

Danish : Orang nak cuba....


Boleh gitu nak mencuba, makin ah sakit hati dengar umur dah 5y dah 3 tahun ajar bukan baru2 ni sekolah dah masuk 2 tahun huuuishhhhhh :-(

Bila bagitau ayah dia kata tak tahan gaknye nak membacking anak bujang dia ah tu, mungkin salah mummy gak coz Daneen baru semalam nak ajar dia tak pakai pampers and she pun terlepas gak tapi dalam SD dia dari luar berlari2 nak masuk ke dalam nak bagitau mummy nak buang air tapi x sempat takpe still boleh except lagi coz baru sehari walaupun sehari suntuk mummy jadi bibik coz dari pagi sampai ke petang asyik mengemop. Tapi arini Daneen kira ok gak coz minggu2 sebelumnye bukan main susah mummy baru cakap arini tak yah pakai pampers dia dah berlari masuk bilik amik & pakai sendiri pamper (mamypoko pants or drypantz stok yg mummy beli tiap2 bulan), bila dah sembunyikan pampers dia berlari plak gi umah nenek yang sekangkang kera jauhnye minta nenek pakaikan plak. Bila nenek dah dengar cucu merayu bila mummy nak marah2 kang tak pasal2 mummy plak yang kena marah ngan nenek. Takpe w/pun Daneen lambat ckit dari abang yang penting mummy kena usaha lagi :-( coz dah nak 3y bulan Sept. ni nanti malu ah kalau masih berpampers lagi......

K, till next episode


0 yang membebel:

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea