Tuesday, March 30, 2010

Derma Darah

Jot Down by Mummy Dasy at 9:47 PM

Kepada siapa yg ada darah jenis O, sila hulurkan bantuan untuk Din Beramboi yg sedang dalam keadaan kritikal sekarang ini di Hospital Selayang kerana jangkitan kuman. Bantuan anda dalam masa 24 jam ini sangat2 diperlukan.. TQ


C&P dari Linda Onn status. sesiapa yang dekat tu, gi lah derma.

Ni plak dari Utusan Online

KUALA LUMPUR 30 Mac — Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, kini dalam keadaan kritikal selepas dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.

Din Beramboi, 43, dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira 3.25 petang semalam, demikian menurut jurucakap hospital itu ketika dihubungi hari ini.

"Doktor mengesahkan keadaannya kini sangat kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi,” menurut jurucakap itu.

Punca beliau dijangkiti penyakit itu masih dalam siasatan, kata jurucakap itu lagi.

Selain menjadi penyampai radio, Din Beramboi juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak baru-baru ini.

— BERNAMA

Semoga beliau sembuh seperti biasa. AMIN....

footer

0 yang membebel:

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea