Sunday, November 28, 2010

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Jot Down by Mummy Dasy at 10:49 PM 0 yang membebel
Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

<--- PLEASE CLICK IT
footer

Wednesday, November 24, 2010

Gadget

Jot Down by Mummy Dasy at 12:23 PM 2 yang membebel
Jengah ke Blog Rara
pasal N3 INI
sangat suke okey!

Baru berangan nak tunjuk Mr.hBy wacom yang macam gini kononnya
WACOM INTUOS 4 4' X 6' PTK-440 TABLET
sekali tengok rege, mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii confirm tak dapat.
Tapi bile tgk Rara punye yang tu confirm dapat dengan hasil titik peluh sendiri.

Jot's :: X sabar nak tgg next week, klu ah macam Doraemon ada pintu ajaib alangkah bagusnya *tetiba*

<--- PLEASE CLICK IT
footer

Tuesday, November 23, 2010

Hangin.

Jot Down by Mummy Dasy at 8:54 PM 1 yang membebel

Driver ini adalah budus, tau ah bwak lori beso tp jangan ah menghalang pandangan mata pemandu lain terutama yg kerdil like me :)

Monday, November 22, 2010

Test

Jot Down by Mummy Dasy at 10:30 AM 0 yang membebel

Friday, November 19, 2010

Sebelum... Selepas...

Jot Down by Mummy Dasy at 11:26 AM 1 yang membebel
HUHUHUHU
cuba perhatikan betul² gambo di atas
gambo yg belah kiri tu aksi gedik 2 minggu lepas rambut depan molek jek
yang belah kanan tu dah macam pekan separuh
Daneen leh gunting rambut sendiri malam tadi
tak tahu masa bila dia gunting, tau² jek dia cakap

"Mummy, rambut adik dah pendek, agak² lama tak nak kuar balik"
sambil tangannya menggunting kertas
Mummy pelik gak bila dia cakap camtu, terus tengok rambut dia
bila dah tengok terus mengucap panjang okey...
"Adik ni sape gunting, gunting sdiri aeh?" ngan suara bagai halilintar wakaka
"Taklah dia tercabut sendiri"
logik ke??? ke??? rambut leh tercabut sendiri banyak camtu
Mummy membebel nonstop
"Biar dia sabtu nak gi kenduri, biar nekcom, NekYang semua orang ketawakan"
dengan selamba dia jawab
"Takpe boleh pakai tudung orang tak nampak"
huh dasar anak sekarang ada jek jawapannya.

Jot's :: Cuti Sekolah bermula..... I LIKE


<--- PLEASE CLICK IT
footer

Friday, November 12, 2010

Syiling Memperingati P. Ramlee

Jot Down by Mummy Dasy at 2:43 PM 2 yang membebel
Koleksi syiling yang bernilai RM3500 ini boleh didapati dalam bentuk pakej pek emas, perak dan tembaga.

KUALA LUMPUR: Seiring dengan usaha dan kempen untuk memperingati seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, KL Mint Sdn Bhd mengeluarkan syiling tokoh seni itu dalam tiga koleksi yang bersalut emas, perak dan tembaga.

Menurut Pengarah Projek KL Mint, Mohd Saiful Abd Latif perancangan untuk mengeluarkan koleksi syiling yang julung kali dilakukan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memartabatkan P. Ramlee.

"Seperti yang kita semua maklum, P. Ramlee adalah legenda seni yang agung. Sebelum ini, memang tiada lagi koleksi syiling dikeluarkan khas untuk karyawan seni tanah air.

"Jadi, kami mengambil inisiatif untuk mengeluarkan koleksi syiling ini sebagai tanda penghargaan kepada tokoh itu dan juga untuk disimpan sebagai warisan seni negara," katanya.

Mengulas lanjut, Saiful berkata, keputusan untuk mengeluarkan koleksi syiling itu adalah berdasarkan nilai dan keistimewaannya yang bukan saja menjadi buruan para pengumpul syiling malah ia juga tahan lama.

"Kami memilih untuk mengeluarkan koleksi syiling berbanding poster, poskad atau barangan koleksi lain adalah kerana nilai dan ciri-ciri wang syiling yang boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.

"Jika hendak dibandingkan dengan koleksi peribadi yang lain seperti poster, poskad atau album, nilai wang syiling ini lebih tahan lama dan menjadi idaman bagi penggemar koleksi wang syiling," katanya.

Bercerita tentang idea pencetakan syiling tersebut, Saiful berkata, projek yang dirancang sejak awal tahun 2010 itu diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL Mint sendiri iaitu Othman Abdullah sebelum mendapat kerjasama daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Persatuan Karyawan Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara.

Koleksi syiling peringatan itu setiap satu dijual dengan harga RM3,500 untuk syiling emas, RM250 (perak) dan RM50 (tembaga). Menariknya, bagi setiap pembelian syiling emas, pembeli juga bakal mendapat syiling perak dan tembaga.

Katanya, koleksi syiling emas dan perak hanya akan dicetak masing-masing 1,000 keping manakala bagi syiling tembaga pula bergantung pada permintaan.

Sebahagian daripada hasil jualan koleksi syiling itu akan disalurkan kepada tabung Karyawan dan Yayasan P. Ramlee.

Pameran dan jualan koleksi syiling ini akan berlangsung selama sebulan di Balai Seni Lukis Negara bermula Jumaat (hari ini).

Pelancarannya yang diadakan di Balai seni Lukis Negara, Khamis, disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Ia turut dihadiri Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

C&P : mstar

Jot's :: Stok dah habis untuk tembaga, petang kang baru ada lagi masuk stok...cepat betul habis agaknya awal2 pagi org dah tunggu kat Balai Seni Lukis Negara.

<--- PLEASE CLICK IT
footer

Thursday, November 11, 2010

Takziah

Jot Down by Mummy Dasy at 7:33 PM 1 yang membebel
Sedang ber"FB'ing
terjengah kat Abby Abadi Fanpage
ada memberitahu Shamrin vokalis Fotograf meninggal.
Takziah...Al-Fatihah
teringat lagu2 zaman arwah....


<--- PLEASE CLICK IT
footer

Result UPSR

Jot Down by Mummy Dasy at 2:20 PM 1 yang membebel
Arini keputusan UPSR keluar
(Ujian Penilaian Sekolah Rendah)
Congratulation my dear cousins, nieces & my bro

AIN - 5A

Fatin - 4A 1B

Abby - 3A 2B
Erin - 3A 2B

PakUsu - 2A 3B


Jot's :: Time anak sendiri nanti camne ah gaknya, debaran akan bermula bila menginjak ke sekolah.....

<--- PLEASE CLICK IT
footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea