Tuesday, June 1, 2010

CROCs

Jot Down by Mummy Dasy at 12:59 AM 1 yang membebel
Arini jumpa 2 pages pasal CROCS *selipar getah Daneen panggil*
semua terjadi di FB

1st belah pagi mengenai INI

2nd tengahmalam mengenai INI

pastu baca kat JOEGRIMJOW tapi kedua2 x tekan butang *LIKE

kenapa me tulis pasal ni, sebab anakbanak pki CROCS, me pki 24/7 kecuali dalam umah.
Gila ah terasa okey, hahaha xde maknanya yang penting nawaitu.
Seyes cakap cuma ada 1 jek, selipar tu ah pakai kat umah gi kedai, gi keje & outing.
Sungguh selesa, tp klu tgk betul2 gambar di atas mungkin bukan ORI punye..
Klu ORI x macam tu, JOE pun ckp benda yg sama. Yang 1st kes tu dlm kepala dah bermain ye ke yang selama ni aku pakai dekat 2y ni...
Dah ragu2 dari pagi tp bile dtg yg 2nd & baca blog JOE btambah yakin mmg tak.
Klu tgk skang berlambak yg X ORI kat mana2, but to me x berapa selesa dipakai
sesekali me nak bandingkan ORI & X ORI klu jumpa di mana kedai lambangnye sama ke x?
sebab selama ni xpnah amik pusing pun kasut2 yg cetak rompak tu, ape tah lagi nak belek sbb me kalau pakai barang tu smpi dah lunyai br tuka *ngee tipu*

Jot's :: KLu Mr.hBy tau pasal ni confirm "NO MORE CROCS" katanya :(


footer

Sunday, May 30, 2010

PMS: Bukan Hal Main-main!

Jot Down by Mummy Dasy at 6:20 AM 2 yang membebel
Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk *bukan merasa tapi sememang*, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari *mmg pun*. Lelaki tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.

Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS daripada ibu atau kakak kamu. Mungkin ayah kamu juga pernah mendengarnya.

Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid?

Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:

  • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.*mslhnya aku ni sentiasa mengidam*
  • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.

PMS dan Penyebabnya:

  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.

Sebelum berjumpa doktor, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan PMS?

  • Tulis diari. Kamu boleh meluahkan perasaan kamu sepanjang dua minggu sebelum bermulanya haid kamu. Jangan lupa menulis tarikh dan apa yang kamu rasa sepanjang tempoh itu. Kenal pasti tanda-tanda PMS dan periksa sama ada kamu mengalaminya. Jangan lupa juga mencatat jika kamu ada melakukan senaman atau makan sesuatu yang berkhasiat sepanjang tempoh itu.
  • Ubah diet kamu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah vitamin B tambahan sepanjang tempoh itu.
  • Lakukan beberapa senaman. Berjalan, berlari atau berenang. Ajak kawan-kawan atau keluarga menemani kamu. Ini boleh menjadikan senaman lebih ceria dan menyeronokkan.

Bilakah saya patut berjumpa doktor kerana PMS?
Ada sesetengah wanita mengalami PMS yang teruk. Mereka akan merasa sangat sedih dan tertekan sepanjang tempoh ini. Wanita yang lebih muda pula merasa tidak selesa dengan perasaan menggemuk. Perubahan emosi juga boleh mengeruhkan perhubungan kamu. Lebih elok jika kamu berjumpa doktor jika kamu tidak selesa dengan PMS. Bergantung pada hasil diagnosis, ubat-ubatan mungkin diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, waktu ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan kepastian daripada doktor tentang sebarang keraguan dan kebimbangan kamu.

SUMBER HERE

Jot's :: masalahnye PMS ni dah sebulan lebih x menjelma, kenapa???????

footer

Tido ah mata...

Jot Down by Mummy Dasy at 12:35 AM 0 yang membebel

gambo hasil pencarian ngan Mr.Google

Masih berjaga, segar bugar lagi mata ni, w/pon beratus kali menguap
tak tau ape nak wat, tv semua channel citer antu
last2 menonton "Chhatrapati Shivaji"
xfaham ape, bc subtitle jek
jalan citer pun xpaham
korang faham ke citer ape aku tgk sorg2 di pagi ari ni..
itu adalah citer Tamil...
tu ah gatal minum kopi 'o' kul 9.30pm td sape suruh
sok kul 6am nak kena bangun
sekolah Danish ada program kul 7am mesti ada kat sekolah
yang sekolah ni pun 1, napa ah wat xtvt ari Ahad, napa x wat ari sabtu.
ish ni sape yg salah aku ke kopi 'o' tu yg salah????

Jot's :: td wat kertas keje baik pny ngantuk mata ni...


footer

Saturday, May 29, 2010

Anak Mat Salleh

Jot Down by Mummy Dasy at 8:28 PM 0 yang membebel
Semalam g KipMart ngan DaSy
Danish ikut nenek gi beli kasut, while Daneen nmpk kedai brg persolekan
terus dia gedik2 ajak Mummy masuk kedai tu.
Bila dah masuk dia dok ngelatat ke sana sini
semua dia nak.

Tiba2 ada sorg customer tu tegur
"Kak, rambut dia ni betul he?"
ek eh "Betul ah, hbis ingat rambut palsu ke?"
"Tak ah *sambil nyengih2*, warna dia mmg camtu?"
"Warna rambut ke? x faham?'' dah ah sengal makin sengal
"Ak ah warna rambut dia perang, dye ke?"
"Eh, x ah, mmg dari kecik camtu"
"Oh, father dia mat salleh ke?"
weyy ape ko merepek ni, klu laki aku dengar mau kecik ati
"Tak ah dik, bapak dia jawa, melayu tulen"
boleh Mummy jawab camtu, terus ko senyap.
Dia x nmpk gaknye rambut budak tu dah ah nipis, dia leh kata rambut palsu.
Rabun tul...... rambut budak tu itam dia leh kata perang, nasib Daneen x dengar kalau tak mau senyum lebar sampai telinga.


Jot's :: Buntu dok umah x kemana2 arini....

footer

Thursday, May 27, 2010

Hamil? Elakkan

Jot Down by Mummy Dasy at 11:30 PM 2 yang membebel
Perkara yang harus dielakkan untuk wanita yang sedang mengandung
  • Daging Mentah - Sushi @ makanan laut yang mentah perlu dielakkan kerana dikhuatiri mendatangkan risiko pencemaran seperti bakteria coliform, dan toxoplamosis.
  • Hati- Terlalu banyak vitamin A boleh mendatangkan kesan bayi mati dalam kandungan.
  • Ikan yang mengandungi merkuri - Ikan yg terdapat di perairan industri perlu dielakkan kerana terdedah kepada polychlorinated biphenyls.
  • Kafein - Kafein adalah diuretik, iaitu ia membantu tubuh anda kerap menyingkirkan bendalir badan dan ini menyebabkan kehilangan kalsium yang banyak.
  • Keju Lembik - Keju yang diimport mungkin mengandungi beberapa bakteria yagn boleh menyebabkan keguguran.
  • Susu Tidak Berpasteur - Mengandungi bakteria yg dikenali Listeria, yang mana boleh menyebabkan keguguran.
  • Alkohol - perkembangan bayi terbantut
  • Sayur yg tidak dicuci - Ya. Ia selamat dimakan namun jika ia tidak dibasuh, sisa toxoplasmosis (kandungan dalam baja) masih melekat dalam sayur yang anda makan.
Sumber Mami&Baby

Jot's :: Ilmu untuk dikongsi.

footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea