Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Bila baby nak keluar???

Jot Down by Mummy Dasy at 10:27 PM 0 yang membebel


Dah 38 minggu tapi tanda2 baby nak kuar belum ada lagi :(
entah bila ah baby ni nak kuar...

14/03 sampai 17/03 kena buat CTG
on 2nd day cam ada mild contraction then on 3rd day contraction tu terus xde cam pelik
lepas tu on 17/03 4th day menjalani CTG resultnya memberangsangkan
so dah xyah buat CTG lagi lagi...
Alhamdulillah dah tak yah nak berulang alik ke hospital lagi...
next appointment on 25/03 plak...

Tapi pada 24/03 ada kejadian yg menakutkan apabila
tiba-tiba keluar air cam warna susu cair dari kelengkang..
citernya pas mandi and masa nak pakai pants air meleleh jek keluar
ingat terkencing, me terus gi toilet basuh
pastu dah siap pantiliner baring jap sebab cam sakit kat pinggang
adalah dalam 5 minit baring then bangun sbb nak switch on a/cond
sekali tgk tengok dah basah atas katil, sebenonya masa baring tu memang terasa ada benda keluar tapi ingatkan keputihan biasa tak sangka ah boleh lencun camtu
Mr.hBY dah gelabah ajak gi klinik terus then me gitau tak payah ah sebab esokkan ada appointment ngan gynae, dia sambil gelabah terus lap atas katil hehehe
pastu gi toilet bersihkan diri semua, dah siap2 then air tu dah takde keluar
perasaan lega sedikit..
on 25/03 awal2 pagi lepas anta Daneen terus ke Puteri untuk jumpa Dr. Laila
seawal 9.30am kami dah sampai dapat no.5 hehehe
bila sampai giliran kami hati mula berdebar2 sebab doctor nak check VE
bila kami beritahu kejadian malam tadi gynae, dia ambil sampel untuk dihantar ke makmal takut jangkitan pada baby
check VE baby masih jauh ke atas lagi huhuhu baby ni napa lambat sangat nak engaged kalau ikut Daneen dah keluar dah time ni huwaaa...
bila dah check semua next appointment on 01/04/2011.

Sejak dari semalam semua kawan2 bertanya saya belum bersalin lagi ke?
Jawapannya adalah "YES" huhuhu baby ni pemalu ah, ke dia nak kuar ikut tarikh yg ayah ingini iaitu 040411
kalau betul tarikh tu baby keluar rasanya Mr.hBy kna buat pulut kuning hehehe
semalam juga adalah berita gembira untuk kami kerana keputusan ujian yg gynae ambil tu keluar
lebih kurang pukul 2.30pm asst. doc tipon gitau, keputusan makmal adalah negatif tiada sebarang virus ke ape2 jangkitan yg memudaratkan, alhamdulillah bersyukur kami padamu Ya Allah! peliharalah anak yg ku kandung ini sehingga dia keluar nanti...

Daneen plak makin geram baby x kuar2, bila dia geram di tekan sekuat2 perut Mummy sambil kata
"Baby ni lambat sangat keluar" kalau ayah dia xde memang makan penampo sulung itu budak
dia ingat x sakit agaknya perut Mummy ni...
Jot's :: Dalam hati Mummy berharap by next week baby dah kuar :)

Tuesday, March 15, 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Jot Down by Mummy Dasy at 9:20 PM 0 yang membebel
Sebelum ni tak tau camne rasa sakit nak bersalin, kalau org tak tau mesti kata 1st baby ;p
sebenarnya memang Mummy tak pernah rasa camne sakit pinggang nak bersalin semua tu sebab masa Danish & Daneen tak pernah rasa sakit camtu pun...

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. - dialami
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing - dialami
  • sakit perut, memulas - dialami
  • kerap buang air besar - dialami
  • kerap terkentut - dialami :)
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. - dialami
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. - kna suh Mr.hBY urut malam ni mmg sakit belakang je ni
Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Sumber: RATUHATI



Jot's :: Baby nak keluar tunggu 17/3 k, esok ayah xde xde kna buat keje jauh klu nak kuar tgg smpi ayah balik huhuhu

36weeks

Jot Down by Mummy Dasy at 10:24 AM 0 yang membebel
Semalam gi checkup, dah scan semua doc suh wat CTG
sebab mummy gtau baby x aktif cam biasa huhuhu mulut gatal klu x bgtau rasanya xyah ulangalik tiap2 ari ke spital
tapi kalau x bgtau ape2 jadi nanti sendiri yang menyesalkan takpelah bukan untuk org lain untuk anak sdiri...
by next week klu result CTG x memuaskan mungkin kena deliver awal kalau tak semalam doc nak check dah ada jalan belum tapi sebab baru 36w doc taknak, lgpun nnt jd bb pramatang plakkan...
Masa ngah scan doc tanya "Dah tau bb ape?"
dengan confident Mummy jawab "Bb girl"
Doc check dan jawapan yang diberi "YES, girl"
hehehe I TELL U kan betul girl pasni x yah risau² pasal pink stuff tu semua hehehe...
Arini kna wat CTG lagi kul 3pm kang br gerak ke spital, andaikata nextweek bersalin keje² ofis semua harus disettlekan terlebih dahulu takkan ah nak tinggal jek keje x siap ada membebel org ganti ;p

Jot's :: Mr.hBY cbuk nak tarikh 04.04.11 klu caeser boleh ah pilih tarikh Ney, andai kata induce huhuhu mendebarkan

Wednesday, October 20, 2010

15 weeks

Jot Down by Mummy Dasy at 9:17 AM 4 yang membebel

Apa yang terjadi pada janin:
Janin Anda kini berukuran sekiar 9-10 cm, dengan berat 60-70 gram. Dia sudah mulai sibuk mengisap dan mengeluarkan cairan ketuban melalui sistem pernapasan bagian atasnya, ini membantu mengembangkan kantung udara yang ada di paru-parunya. Kakinya tumbuh lebih panjang daripada tangannya, ia juga bisa menggerakkan semua persendian dan semua tungkai (kaki dan tangannya).

Walau kelopak matanya masih tertutup, matanya mampu merasakan cahaya. Jika Anda menyorotkan cahaya dari lampu senter ke perut Anda, mungkin janin akan menghindar menjauhi cahaya. Di usianya sekarang organ pengecapan janin belum sempurna, tapi perkembangannya masih terus berlanjut.

Di minggu ini, saat memeriksa kehamilan, Anda dapat mengetahui jenis kelamin janin. Tapi jangan bersedih jika ternyata semuanya masih seperti misteri. Memang USG bisa melihat wujud bayi, tapi jika posisi janin tak tepat, kelaminnya takkan tampak.


Apa yang terjadi pada ibu:
Berat badan Anda mungkin sudah bertambah 3 kg sekarang. Meskipun sudah lebih nyaman menjalani kehamilan, tapi Anda mungkin masih akan mengalami keluhan-keluhan tak terduga. Misalnya, mungkin Anda akan mengalami hidung tersumbat, itu biasa. Keluhan ini muncul karena meningkatnya hormon dan aliran darah ke sekitar selaput lendir hidung. Beberapa ibu hamil jga akan mengalami mimisan sebagai akibat dari meningkatnya volume darah dan pelebaran pembuluh darah di hidung.

Tidak perlu terkejut jika di minggu-minggu ini Anda dan suami mengalami sedikit tekanan (stress). Ada cukup banyak pasangan yang menguatirkan kesehatan janin dan bagaimana menghadapi hari-hari berikutnya sampai menjelang persalinan. Tapi seiring dengan meningkatnya energi tubuh, Anda akan merasakan minggu ini adalah trimester terbaik bagi Anda.


Minggu ini mengapa tidak:


Mulai ajak janin berbicara. Inilah saat yang paling tepat untuk memulai proses kelekatan dengan anak Anda. Kalau ngobrol terasa janggal buat Anda, cobalah untuk membacakan cerita atau berita dari majalah, koran, buku dan sebagainya. Atau berbagilah angan-angan Anda dengannya. Anggap saja ini latihan awal sebelum janin dilahirkan dan menjadi bayi yang lucu. Berbicara dengan janin adalah cara terbaik untuk menstimulasi perkembangan berbahasa anak sejak dini.


Tahukah Anda? Sel-sel otak janin terbentuk selama ia berada di kandungan, dan saat janin lahir, sel-sel itu saling terkoneksi lewat stimulasi visual, motorik, bahasa dan sosial. Semakin banyak koneksi ini tersambung, bayi akan semakin belajar dan mengembangkan kemampuan kognitif dan daya ingatnya (memori).

source : Annum


Untuk berat badan tu Mummy makin ari makin turun, huhuhu tak bagus untuk baby & diri sendirikan.

Tapi tulah mula2 turun 10kg bulan pertama

2bulan = naik 3kg

semalam timbang turun 2kg :(


bukan tu sahaja HB pun bawah 10 kata nurse klu normal 11 ke atas

pastu boleh plak dia citer masalah klu HB rendah antaranya

- cepat penat

- mengakibatkan sesak nafas

- lesu

yang paling menakutkan kata nurse waktu bersalin boleh tumpah darah HUWAAAAAAAAAAAAA

i takut dengar.

kalau bulan depan hb masih menurun kena amik pil 2 biji sehari klu masih gak sama kena injection plak.

huhuhuhu tang injection tu yang lemah dengar coz i takut inject.


Bulan depan kena wat MGTT semula sebab aritu keputusan ada masalah, pastu kena gi spital jumpa SOCG (ye ke) bincang bersalin normal ke tak, sebab 1st & 2nd x bersalin normal.


Sekarang ni yang selalu berbual ngan bb ialah Daneen, tiap² dok usap² perut Mummy suh bb kuar cepat, huhuhu baru 3bulan ah cik kak.


Jot's :: kena makan kerang banyak² camni tp kerang xleh masuk sangat ah, camnerr????



footer

Wednesday, October 13, 2010

Sakit Perut

Jot Down by Mummy Dasy at 10:13 PM 6 yang membebel
Sakit perut datang kembali
semalam dari kul 12am jejak kul 5am baru tido.
Arini dari balik keje sampai skang x kurang.
Kata doc. tadi sakit biasa mungkin sbb baby terlalu active.
Tapi cam kurang yakin ngan jawapan doc tu, tapi kena yakin gak sebab dia lg tahu
huhuhu seyes kadang² cam nak nangis bila sakit datang cam skarang ni.
Takkan ah nak duduk ngan baring jek
aduhai macam sakit badan rasa dah masuk 4 bulan
confirm lama² Mr.hBy bising keje umah terbengkalai.
Tapi mmg sakit kalau berdiri lama² nak berjalan sapu sampah tu jek dah sakit
ni plak nak sidai baju ngan basuh pinggan mangkuk kat sink
diri lama² huh mmg sakit yang amat.
Kat ofis duduk, kat umah pun kna duduk gak ke
tang jalan berjalan sangat tu kalau kat umah boleh ah jgn berjalan sangat
habis xkan nak dok terperap jek kat umah tak gitu.

Jot's :: Now 14w3d cepat sungguh masa berlalu.


footer

Minggu ke-14

Jot Down by Mummy Dasy at 3:54 PM 2 yang membebel
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
petikan dari www.mengandung.com

tadi g klinik bukan kerna routine check-up
tapi sebab dah 3,4 ari perut sakit terutama di bahagian bawah
sakit belah malam confirm ah Mr.hBy malas nak melayankan
so belah pagi ni pegi sendiri ah, gi berdua ngan Daneen coz dia pun batuk dah seminggu tak baik².
Bila bgtau doc. dia leh wat muka suspen plak
"Ohhh kena hati² & jangan angkat benda berat, kurangkan berjalan''
Mummy dah cuak okey, pastu terus wat scan
"Urrmm baby sangat active aeh, see Daneen ur ADIK"
Daneen plak seboleh² cakap bukan
"Adik ni (sambil tunjuk kat diri dia), yg tu BABY"
dia syok tengok BABY berpusing²...

Jot's :: Hati sangat sakit, pedih cam kena cucuk rasa...


footer

Delima

Jot Down by Mummy Dasy at 7:38 AM 4 yang membebel
Ahad lepas gi Singapore
destinasi pertama ke Juring Point
Mr.hBy nak memborong anggur kat Fair Price
setiap kali masuk mesti borong anggur MOTIPPP????
anak² tido so Mummy dok dalam keta jek
sebelum kuar Mr.hBy tanya nak ape² lagi tak?
secara spontan Mummy jawab "Kalau ada buah delima, belikan aeh?"
tak pasal² kna marah, coz mengidam yang bukan² miahaha
tapi seyes weyyy camne leh terkeluar buah delima tu pun xtau secara spontan lancar jek mulut ni menyebutnya.
sementara Mr.hBy gi membeli, Mummy melayan mata ngan anak² nak tunggu diorang bangun adalah amat lama, bila bangun confirm pastu cari toys diorg plak.
Pengakhirannya adalah HAMPA sebab delima xde kat situ.

Then semalam gi Giant, Nusa Bestari
masa ngah membelek buah, ternampak plak buah dibawah
hamba yang jahil terus tanya kat staff Giant
hahaha buah DELIMA yang dicari akhirnya

Nilah rupa buah Delima
1st time tengok dan makan
so beli 1 jek lah dulu kang watnya x boleh masuk tekak membazir klu beli banyak.
Isi Delima
kata Mr.hBy biji²nya tak boleh makan
sebagai isteri mithali, ikut jek arahan
naik lidas lidah makan sebutir² gitu cam x kenyang pun ada.
Rasanya manis² gitu, sedap gak lah nyesal beli 1 jek.

Jot's :: Asik sentap jek, kalau selalu camni leh mengakibatkan penyakit murung... huhuhu ada kang meroyan plak huhuhu takmoh..takmoh..

footer

Friday, October 1, 2010

12 minggu

Jot Down by Mummy Dasy at 7:57 AM 2 yang membebel
Dah masuk 12minggu pregnant
normal ke bagi ibu mengandung kerna perubahan hormon mungkin
setiap malam mesti badan rasa seram sejuk
me rasa cam something wrong jek.........
nak gi klinik esok pagi badan dah okey macam biasa
nak gi malam² xde maknanya coz Mr.hBy xkan tinggal anak² ngah tido
tapi tulah bile lepas Maghrib jek
mulalah menggigil² badan cam dok dalam peti sejuk.
Bila kul 10pm ke atas makin ah menggeletar badan w/pon dah pakai comforter.
Malam ni plak makin menjadi²,
walaupun duduk kat ruang tamu x berkipas masih lagi sejuk menggigil.
Loya & muntah dah kurang, Alhamdulillah....
tapi perut x boleh lapar, confirm muntah balik
kenyang sangat pun x boleh.
Kadang² rasa stress sangat² tak tau napa
marah, kecik ati, cemburu, sensitif, x puas ati
semua ada kira complete set ah senang citer.
Cemburu ibu mengandung ni lain macam ckit, so peringatan para suami ikutkan aje ah sebelum menyesal di hari kemudian...chewahhhhh
yelah kira orang pregnant ni cam tak betul okey
nak tau sebab ape, sebabnya time ni macam2 kerenah keluar.
Kalau dulu suke makan ayam, skang x boleh
pastu mengidam yang bukan2 yang luar dari kawalan hehehe tp me x lagi setakat ni.
Peringatan :: stress terlampau leh menyebabkan keguguran, uish selisih amit2..
Serius dulu masa pregnant Danish & Daneen x macam ni
kiranya relax jek.
Kadang² malas nak kusutkan kepala tapi x boleh sebab bila kat ofis jek kepala dah kusut confirm ah bawak sampai ke rumah wakaka.
aish malas nak fikir pasal lain dah, fikir diri sendiri udah ler
tapi tak boleh gak..... mmg dasar bzbodykan
Harap² masuk minggu ke 13++ semua ok
xde lagi sakit² badan, demam etc.
Kata orang mengandung kali pertama banyak ragam, rupanye tidak
pregnant kali pertama adalah senang kecuali bab morning sickness ah mmg teruk setiap kali mengandung, cuma kali ni x masuk hospital sebab Mr.hBy tak kasi takut beraya kat hospital katanya
ntah² sebab nnt anak² kena tinggal xde masa dia nak berFB *cheh*
Kalau drive gi keje plak bile time sakit perut
aduhai cam nak nangis rasa, nak² bila cekmek buat hal kite xnak layan kerenah dia.
Skang ni gak kerap sakit perut memulas² cam nak buang air
sebelum ni x pnah rasa camni, nak letak minyak panas² takut plak
so biarkan jek ah sampai hilang rasa tapi azab ah rasa...
dah panjang cerita psal minggu 12 ni... sambung lain kali plak ye
MGTT kena wat semula, menyampah dah ah manis air gula tu...x suke, x suke, x suke...

Jot's :: Nak marathon citer basi raya klu ada masa *ngee*


footer

Thursday, September 23, 2010

Serba Serbi Salah

Jot Down by Mummy Dasy at 11:26 AM 4 yang membebel
Hidup ni kekadang macam² kna fikir
semua nak kena jaga
hati, perasaan
serba salah dibuatnya kekadang tapi tulah lumrah hidup.
SENSITIF..
atau ni antara penyakit semasa mengandung *ngee*
masuk 3bulan mengandung macam² yang tak kena
kali ni rasanya lagi teruk dari sebelumnya
antara simptom²

- duduk lama tak boleh confirm sengal tulang belakang
- time tido xleh telentang ngan mengiring ke kanan lama sangat akibatnya nanti perut sakit yang amat.
- berdiri pun xleh berdiri lama² sakit kat bawah perut
- bau masak² ni mmg xleh ah gamaknya terus keluar ape yang dimakan
- gamaknya serbaserbi malas, even nak bercakap pun xlarat
kalau dulu kandungan 8 bulan baru terasa camtu

Masa camni ah banyak benda tergendala nak buat
kalau orang x tau mengengada *hehehe*
tapi tulah kenyataannya, bukan x digagahkan badan ni nak wat keje
tapi memang x boleh
contoh nak angkat baju kat ampai tu rasa cam setahun baru habis angkat, tu pun duduk relax baru angkat lagi tapi pastu tanggung ah akibatnya sakit kat perut yang amat sangat kadang² rasa cam nak nangis bile sakit tu.
Badan ni nak baring jek tapi ngiring ke kiri ah..
Time² raya plak lagi haru x dapat makan
lepas makan confirm keluar semula
perit tekak ni, bila tak makan kang
muntah cam masa sakit batu hempedu aritu naik pahit rasa tekak.

Kesimpulannya, kali ini lebih teruk morning sicknessnya dari 3minggu pregnant sampai la ni 12minggu tak hilang² lagi malah lebih teruk.

Jot's :: Perut sentiasa lapo, takut nak makan...

footer

Thursday, August 19, 2010

Cerita Arini

Jot Down by Mummy Dasy at 9:51 PM 5 yang membebel
Arini awal2 pagi dah ke Klinik Kesihatan Gelang Patah
coz nak amik darah untuk HIV & MGTT
1 tabung plak tu di amik dah lah puasa
masa ngah amik tu idak lerr berani nak tengok
me siap tutup mata takut punya pasal
tau2 jek sakit.
Sebelum amik darah tu ada plak kecemasan
doctor ngan beberapa staff kna pegi ke kawasan Desa Mengkuang
coz ada kes DENGGI
kata nurse yg amik darah tu, ibu mengandung meninggal sbb DENGGI
berhati2 ah ye, takde dengar citer ke?
jadinya dalam bilik tu dah penuh ngan kakitangan klinik melainkan me jek patient
hahaha sempat ngepohkan ngan nurse tu.
Berbalik pasal amik darah tadi
bila nurse dah amik darah, dia tanya me puasa tak start kul 10pm smpi pagi
ofcoz ah puasakan sebab kul 9.30pm dah tido
tapi sahur kul 4am makan
so MGTT tak boleh buat tunda minggu depan
tadi setabung, minggu depan setabung lagi darah keluar
huhuhu bak kata Mr.hBy
"Baru setabung, jalan dah cam org mabuk terhuyung hayang"
ceh dia tak merasa sedap ah cakap
macamana gaknye aek suami yang morning sickness pabila isteri pregnant
alangkah bagusnya kalau itu yang terjadi
takyah ah me dok vommit 24/7
tapi Alhamdulillah kali ni tak seteruk Danish & Daneen
kalau tak confirm la ni dah terlantar kat hospital.
Tapi semalam masa buat kad merah kat KD Paya Mengkuang kata JM Latifah
usia kandungan dah 10weeks maknanye dah 2bulan setengah
huhuhu mana satu yang betul ni
??????1bulan ke 2 bulan??????
next week nak gi scan untuk kepastian......
sejak amik darah pagi tadi perasaan nak pitam makin menjadi2 plak
nak 1/2 day keje segan ah plak asik muka me jek yang 1/2day & cuti keje.
Tapi kat tempat keje pun bukan wat keje dok melepek baring kat meja
pastu bila boss kuar amik kesempatan untuk tido wakaka
So lepas ni tiap2 minggu ada appointment kat Klinik Kesihatan GP
x suke..x suke..x suke
sebabnya tadi bile langkah kaki dalam KK tu dah bau poopoo baby
bau yang kurang menyenangkan hidung.
Itu jek ler citer untuk arini, nanti next week lepas scan baru confirm brp bulan sebenonye BABY ni.

Jot's :: Tekak cam teringin plak nak makan Nasi Kurma Ayam & Ramadan Fizz @ Pizza Hut..


footer

Thursday, May 27, 2010

Hamil? Elakkan

Jot Down by Mummy Dasy at 11:30 PM 2 yang membebel
Perkara yang harus dielakkan untuk wanita yang sedang mengandung
  • Daging Mentah - Sushi @ makanan laut yang mentah perlu dielakkan kerana dikhuatiri mendatangkan risiko pencemaran seperti bakteria coliform, dan toxoplamosis.
  • Hati- Terlalu banyak vitamin A boleh mendatangkan kesan bayi mati dalam kandungan.
  • Ikan yang mengandungi merkuri - Ikan yg terdapat di perairan industri perlu dielakkan kerana terdedah kepada polychlorinated biphenyls.
  • Kafein - Kafein adalah diuretik, iaitu ia membantu tubuh anda kerap menyingkirkan bendalir badan dan ini menyebabkan kehilangan kalsium yang banyak.
  • Keju Lembik - Keju yang diimport mungkin mengandungi beberapa bakteria yagn boleh menyebabkan keguguran.
  • Susu Tidak Berpasteur - Mengandungi bakteria yg dikenali Listeria, yang mana boleh menyebabkan keguguran.
  • Alkohol - perkembangan bayi terbantut
  • Sayur yg tidak dicuci - Ya. Ia selamat dimakan namun jika ia tidak dibasuh, sisa toxoplasmosis (kandungan dalam baja) masih melekat dalam sayur yang anda makan.
Sumber Mami&Baby

Jot's :: Ilmu untuk dikongsi.

footer

Saturday, May 15, 2010

Manfaatkan Surah Alam Nasyrah & Petua Mendapatkan Anak

Jot Down by Mummy Dasy at 10:42 PM 3 yang membebel
MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

Sebentar tadi saya selesai menonton Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek (cuba cari profile FB beliau, tapi tak jumpa). Tajuk menarik untuk hari ni - ANAK ANUGERAH ALLAH. Topik yang saya kira sangat relevan memandangkan senario keruntuhan sosial dan cabaran-cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan konsep pendidikan berlandaskan agama adalah yang terbaik dan juga penyelesaian untuk 1001 macam permasalahan sosial. Semoga sahabat-sahabat dan mungkin saya juga (jika diizinkan Allah) mampu menjalankan amanah ini berlandaskan apa yang seharusnya bagi memastikan generasi akan datang, adalah generasi yang terpelihara dari 1001 macam cabaran masa kini.

Okay, saya sebenarnya nak kongsi beberapa ilmu yang saya peroleh sebentar tadi.

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana.

:)

[Jot's :: credit from CikIndie]

footer

Thursday, October 8, 2009

Luper

Jot Down by Mummy Dasy at 11:13 AM 4 yang membebel
Pagi tadi selak² retebenda dalam h/beg
ternampak card medical appointment untuk Depo Injection

rupa²nya 05/10/2009 dah terlepas tarikh tu
alamak camne ni, cakap ngan diri sendiri

semalam Mr.hBy tanya bila lagi gi inject
me cakap bulan depan huhuhuhu
harus ah wat² lupe, takkan ah nak gatal² gi klinik tanya boleh teruskan tak
hahaha klu berisi pun xpe ah ku dah sedia chewah....
kira family planning sendiri pasni ah gamaknya

Note : Yang menaggung me bkan Mr.hBy

footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea