Showing posts with label Daneen. Show all posts
Showing posts with label Daneen. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

#1 Wordless wednesday l ANAKDARA

Jot Down by Mummy Dasy at 11:27 AM 1 yang membebel

Monday, February 28, 2011

Bantal Pink dia punya

Jot Down by Mummy Dasy at 3:00 PM 0 yang membebel
Semalam Mummy gi
Antenatal class anjuran Columbia Asia Hospital
dpt goodies bag dlmnya ada 1 bantal pink dr Mamil Gold
Niat di hati nak wat untuk bf bb
tapi bila da smpi umah lain yg jadi
Daneen kata tu bantal dia, she said "Tq Mummy, belikan adik bantal"
huhuhu then I said
"Itu baby punya, adik nnt Mummy beli lain"
da sudah, dia beriya nak bantal tu jugak ayat yang paling membuat Mummy cair
"Mummy da ada bantal peluk baru, bb ada selimut baru, adik xde ape2 pun"
:( sedih ah plak dengar, xpe ah adik amik ah bantal tu nnt bb Mummy beli lain...
CekMek tu sekarang da pandai ayat ugut2 plak... Menyampah tullllll

Wednesday, January 26, 2011

Makin banyak cakap

Jot Down by Mummy Dasy at 8:19 PM 1 yang membebel
Anak dara ni makin menjadi² dia punya kekwat skang
satu hari tu Mummy ngah kemas² tights untuk 3rd DaSy, sekali dia bersuara
"Mummy, bagi jek baby yg adik punya seluar stokin (tight da x reti sebut) tu"
"Habis awak nak pakai ape kalau semua bagi baby"
"Nanti Mummy beli adik yang baru ah tu pun xtau"

ceh pandai tul main politik patut ah baik bebeno.....
skang ni ngah kemaruk main hp, yang jadi mangsa Mummynya iPhone yang ayah punya ofcoz ah dia tak berani
Mummy nak marah x boleh sebab x larat nak marah dah skang ni wat sakit dada jek.
Dia suka amik gambo kalau pegang hp tu, sekali tu dah amik gambo dia cakap
"Perghhh lawo ni leh masuk fasbuk"
ceh nak jugak ada facebook, nilah budak² zaman skang ni.
Bila tengok abang ngadap lappy ayat yang akan keluar
"Abang boleh plak main komuter, adik tak boleh" sambil tarik muka
komuter(komputer) kata dia aeh Mummy ngan Mr.hBy wat dunno jek malas nak melayan
kang kalau dilayan mau jadi macam tadi masa balik sekolah
dia boleh melalak sambil hentak² kaki nak main game kat sekolah
huhuhu rupanya dia baru pegang mouse komputer Mummy dah sampai lenkali memang amik lambat² baru padan muka.
Nak taknak terpaksa gak ah principal bawak dia main komputer dulu, nasib baik Principal tu mak sedara tu yang dia boleh over semacam *huhhh*
Minggu lepas dia ikut nenek gi tengok PakSu dia kat hostel dari kul 10am jejak Maghrib
dalam kul 1.30pm Mummy called dia tanya katne semua ah, sekali ayat yg kuar dari mulut dia
"Mummy nak gi mana?"
"Shopping"
Mummy pun gatal gak cakap camtu
terus menjerit² cam histeria, sekali dengar suara TokAyah
"Uish Mummy ko ni saja cari pasal" pastu hp terus bertukar tangan Nenek yg cakap dan tanya Mummy nak gi mana
hahaha padahal masa tu nak gi anta Danish Tutorial kat Smart Reader.
Dia adalah pantang kalau org tinggal dia gi shopping...dasar perempuan tau... ikut sapalah agaknya...

Jot's : Blog bersawang pregnant kali ni betul² menduga keimanan, dah 4 ari x bangun gara² demam...


footer

Friday, December 31, 2010

Dia kakak, dia adik

Jot Down by Mummy Dasy at 11:42 PM 0 yang membebel

Skang ni this cheeky girl makin mengengada dan banyak keletahnya
pantang klu nampak camera macam2 aksi dbuatnya
tapi tengok orangnya dulu ah :) baru segala aksi keluar klu org dia x kenal
makanya dia ah "wanita lindungan ka'abah" boleh gitu :)

sejak dah tau bakal dapat kawan, dia asik nak bergaduh jek ngan Danish
asal salah ckit mula ah ayat power kuar
"Dah ah perut gemuk,
ketiak busuk,
gigi rongak"

:D sembarang jek ayat yang keluar kekadang...
Bila tiba bab baby plak, bila Mummy cakap
"Nanti bby tido ngan Mummy, katil bby kat bilik Mummy tau"
"Mana boleh, bby tido ngan adik"
kata dia
"Habis susu camne?"
"Susu nnt adik buat ah, kan kerusi ada"
"Bby hisap susu Mummy x macam susu awak"

"Takpe hisap te*ek adik jek ah" kata dia plak xnak ngalah
ah sudah Mr.hBy dah pening pala camne nak uruskan hal camtu sebab klu dah kata dia memang x boleh dibangkang lagi dah.
Kejap2 kang dialah kakak, kejap2 kang dialah adik..

Jot's :: Sedang melayan Tan Sri Azman Pengerusi AmBank Mizs Nina father menyanyi kat Ambang 2011 lagu Kuch Kuch Hota Hai

<--- PLEASE CLICK IT
footer

Friday, November 19, 2010

Sebelum... Selepas...

Jot Down by Mummy Dasy at 11:26 AM 1 yang membebel
HUHUHUHU
cuba perhatikan betul² gambo di atas
gambo yg belah kiri tu aksi gedik 2 minggu lepas rambut depan molek jek
yang belah kanan tu dah macam pekan separuh
Daneen leh gunting rambut sendiri malam tadi
tak tahu masa bila dia gunting, tau² jek dia cakap

"Mummy, rambut adik dah pendek, agak² lama tak nak kuar balik"
sambil tangannya menggunting kertas
Mummy pelik gak bila dia cakap camtu, terus tengok rambut dia
bila dah tengok terus mengucap panjang okey...
"Adik ni sape gunting, gunting sdiri aeh?" ngan suara bagai halilintar wakaka
"Taklah dia tercabut sendiri"
logik ke??? ke??? rambut leh tercabut sendiri banyak camtu
Mummy membebel nonstop
"Biar dia sabtu nak gi kenduri, biar nekcom, NekYang semua orang ketawakan"
dengan selamba dia jawab
"Takpe boleh pakai tudung orang tak nampak"
huh dasar anak sekarang ada jek jawapannya.

Jot's :: Cuti Sekolah bermula..... I LIKE


<--- PLEASE CLICK IT
footer

Thursday, October 14, 2010

New Toys

Jot Down by Mummy Dasy at 11:45 PM 0 yang membebel
Nampak tak pic motor kat bawah ni
cam pelik jek kan, ni masa g S'pore aritu nmpk
itu adalah moto OKU merupakan penjual eskrim.
Unikkan.

Kan dah gtau DI SINI
yang anak² memborong toys
yang mana balik umah bersepah sahaja
main hanya untuk sehari pastu wat serak jek lebih.
mula² beli piano ngan doc² untuk Daneen
Danish beli pistol tak sampai 5 minit dah rosak.
Pastu anak dara beli lak make-up
Danish beli B-Daman, watpe ntah berguli² bagai...

make-up anak dara tu dah ditegah oleh Mr.hBy
sbb pewarna kuku tu x hilang w/pon dah basuh.
Kesudahannya membazir jek beli.
Beli 2 set walkie talkie pun membazir x boleh guna langsung.

Jot's :: B-Daman punya pasal cam nak putus pinggang Mummy jatuh terduduk, mainan bersepah atas lantai 24/7...

footer

Friday, October 1, 2010

HuruHara

Jot Down by Mummy Dasy at 8:57 PM 3 yang membebel
Arini jiwa kacau
ni semua gara² keje bertimbun² kena habiskan
tapi akhirnye tak dapat fokus sebab PC tu baru tambah plak sistem cam huruhara nak catch-up
balik keje 6.30pm dah rasa macam pekerja asing jek tak pnah umur balik lambat gini.
Bile sampai umah plak, nak wat keje sekali tengok document yg save dlm USB salah aduhai maknanya kena type semua balik semula....huh hangin3x

Amik DaSy kat umah NekYang
Danish belum mandi, Daneen macam biasa dah sebab dia lagi suka mandi umah NekYang coz dapat berendam dalam besen.
Sampai umah Danish dari kul 7pm jejak kul 8pm tak kuar² bilik air.. aish cam nak jerit jek rasa
kang kalau jerit ada terberanak plak wakaka

Ngah melayan Sinetron Cinta Kirana @AstroRia ngan mukabuku
tiba² Daneen jerit
"Mummy, Mummy jari adik"

sekali tengok jari dia tersepit kat lubang² tu
cuba tarik kuarkan dari lubang, tak boleh
dalam ati Mummy berkata "Ah, sudah"
tipon nenek DaSy, PaKuda pun xdapat, aduhai time nilah nak wat hal
benda tu plak asik nak berpusing jek
yang kelakonye, x terfikir nak switch off.
Bila dah tutup suis, try tarik barulah boleh
tu pun setelah kelamkabut dalam 5 minit jugak ah sebab dia meraung² cam orang histeria.
Capek banget arini....

Jot's :: Jadi burung antu lagi arini...


footer

Saturday, July 17, 2010

Careless

Jot Down by Mummy Dasy at 12:59 PM 5 yang membebel
Berhati2 ketika berurusan
Bukan nak cari kesilapan atau memburukkan sesiapa
tapisebagai manusia kesilapan sentiasa berlaku walaupun siapa anda..*ecece ayat*

Gambo ni masa Daneen 7bulan
hahaha kelako setiap kali tengok mesti Mummy cakap
"Dah ah x lawa, jendol"
angin terus, dia jawab " Eleh, dah dia yang x lawa tu"
Nampak tak yang dalam bulatan merah tu
Tertera jantina "Male" nasib Mr.hBy nampak klu tak mmg tau ah ape jadi.
Kalau Mumm mmg xdenya nak check semula terus simpan dalam beg.


Mereka cuma remark kat page belakang tentang kesilapan jantina.


Untuk gambo terbaru, bulan lepas masa gi S'pore
pihak kastam S'pore suh tukar gambo, letak gambo terbaru
Ini gambo terbaru cekmek.
Masa amik gambo ni dia cakap "Fuh, lawanya adik"
pergghhhh perasan yang amat bernanah telinga dengar.
Untuk letak gambo terbaru, macam bak wat passport gak tapi x perlu buat semula
cuma bawak 2 kpg gambo, I/C fotostat ngan original passport
pastu gambonye diorg akan tampal kat mukasurat belakang.
macam Daneen kat page 6.
Itu sahaja senangkan.

Jot's :: Kami nak ke over the sea :) ...

footer

Wajah2 ketika bosan

Jot Down by Mummy Dasy at 7:12 AM 0 yang membebel
Khamis Mummy mencutikan diri setelah di laser ngan kata2 pedas anak2
pagi2 gi Pekan Rabu, update passport Daneen.
Mula2 Daneen okey lagi tunggu turn kami yang ke-100.
Tapi xde maknanye ah nak tunggu lama2 gitu
kami ikut cara keji okey.... miahaha

Cara keji kami, apelagi potong barisan ah guna org dalam
cekmek yg mood dah hilang, nmpk x bunga kat atas kepala dia
sungguh geli patutnya sesuai ngan gaun tp nak gak pakai layankan jek.
setengah jam menunggu macam2 ragam cekmek xleh duduk diam2.
Kejap2 senamrobik, kejap2 macam2 posing dia buat suh snap.
Dah setakat ini, tiba2 blank idea xdak mencurah2...

Jot's :: makin beso, makin keletah

footer

Wednesday, July 14, 2010

Ada Betulnye

Jot Down by Mummy Dasy at 11:52 PM 4 yang membebel
Statement Daneen arini menyentuh hati

"Ayah ngan Mummy asik keje jek"

tu kejadian tengahari masa balik sekolah, tapi dia lupe smlm Mummy 1/2day untuk dia.

Malam plak, masa ngah dinner

"Ayah, malam2 pun keje, asik keje, keje, keje"

selalu dinner sekeluarga tapi arini tidak
Semua tu tanpa sedar ibubapa
Kadang2 terpikir gak asik keje masa ngan anak2 xde
Mummy hanya boleh mendengar tanpa memberi sebarang jawapan.

Statement dari Mummy
No time to love myself :).... nanti leh berjerawat...
YE KE NI?????

Jot's :: Tapi skang ni super bz smpi masa byk habis kat luar...boleh dikira seminggu cuma bbrp minit shj.. tp tu semua tanpa sedar..

footer

Friday, July 9, 2010

Ciskek

Jot Down by Mummy Dasy at 3:56 PM 1 yang membebel
pic's credit HERE

Niat hati nak wat Blueberry Cheese Cake
barang2 semua dah ada, tapi aduhai bile nak wat ntah
lama2 Mr.hBy bersuara "Blueberry tu nak buat benih gaknya"
ciskek tak nampak bayang, barang2 dah seminggu beli.
Daneen yang order ciskek ni actually.
Masa ngah google2 aritu dia ternampak gambo ciskek ni, dia cakap
"Mummy wat 1 ni aeh...Mummy wat paling sedap di dunia" ececeh ayat ko dik bukan main lagi ambil hati.
Nak wat arini Daneen demam, biar Danish yg demam jangan ah Daneen pada Mummy
coz Danish klu demam baring2 diam2 tapi kalau Daneen yang demam aduhai merengek jek
order itu, order ini cam tuan puteri...
Malam tadi kul 4am baru tido gara2 dia nak bertepuk montot nak tido
tambah ngan ngigau bagai, suhu badan yg jejak 40c.
Balik klinik tadi dia order
"Mummy, masakkan adik bubur 1, telur masin 1, ikan masin 1 jangan banyak2 nanti x abish habis"
plak tu xleh sabo, dia nak dan dan tu gak
sertamerta Mummy berubah jadi tarzan, hahaha terus tido budak ketakutan.
Kalau dia okey petang ni Mummy akan buat Insya'allah.

Jot's :: Beli dah siap lagi senang aek...

footer

Tuesday, July 6, 2010

Jambu ah tu?

Jot Down by Mummy Dasy at 12:12 PM 1 yang membebel
Ni malam tadi punye citer
lepas jek makan, Mr.hBy terus gi keje semula
Danish lak biasa ah melayan channel 130 ntah napa dia suke sgt melayan channel tu berkenan ngan NANA AF gaknye.
Mummy lak melayan keje kata Daneen hahaha *FB ah tu*
Daneen lak keluar masuk, keluar masuk kejap² kang bersikat
kejap² kang bergincu malam² buta ape ngentam gaknye
Mummy dah jerit kali ke-100 suh tido masing² tak bergerak
bila Mummy naik suara baru nak berganjak masuk bilik
tapi minah ni tak lagi dia ngah berbedak masa Mummy menjerit tu
pastu dia datang kat Mummy

"Mummy, jambu tak adik"
"Hurrmmm dah jambu ah tu, gi tido"
"Adik dah jambu ni, amik ah gambo"

aduhai muka berkepoh ngan bedak tu nak bergambo
oleh kerna malas nak bergaduh Mummy layankan jek ah amik gambo dia
sekali dia leh plak pose camtu, gaya ape entah
SEMBARANG tul anak dara ni.

Jot's :: Mata mengantuk sangat bahana bergosip ngan si dia, dia & dia...

footer

Makan Free

Jot Down by Mummy Dasy at 10:06 AM 2 yang membebel
Malam Jumaat aritu gi Jusco,Bukit Indah beli barang dapur
entah angin monsun ape Mr.hBy ajak gi malam selalunye di siang ari jek klu nak shopping
tambah plak jadual taekwondo Danish dah tukar
dari Jumaat malam 8pm ke Sabtu pagi kul 8.30am.
Sebenonye niat asal nak ke Mc'D untuk dapatkan Charcoal (KICK) final design untuk lengkapkan koleksi Mr.hBy.
Tiba² jek keta tu masuk ke Jusco *waka waka*
Malam tu, ada pameran produk Nestle ada bagi free milo, nescafe, maggi & ada cam games jek masa gi aritu.
Budak 2 ni plak klu nampak benda2 free camtu harus nak mencuba
sanggup Danish ni beratur panjang² semata² nak dapatkan maggi tu untuk Daneen
abang penyayang ah tu konon *waka waka*
semangat Daneen makan maggi free tu, lain rasanya nak aeh ngan Mummy masak
gambo Danish xde coz masa tu dia gi queue lagi untuk 2nd trip makan maggi
airnye plak milo ais free.... bagus tul jimat duit ayah malam tu
Mummy x join diorang makan free, maggi celup air panas *uwek*
sekian, sahaja kisah makan free anak²... tiba² blurrrrrrrrrrrrr

Jot's :: eiisshh hawat dari semalam terbayang² signboard Starbucks jek ni....


footer

Wednesday, June 9, 2010

Grade Taekwondo

Jot Down by Mummy Dasy at 8:26 AM 5 yang membebel
Ahad lepas Danish gi 1st grade test kat SJK(C) Yu Ming, Pekan Nenas
acara bermula kul 8.15am, tapi tunggu punya tunggu kul 9am baru start
tunggu pemeriksa datang.
Yang 1st pic belah kiri tu Chinese yg beso tu tu, Master Instructor
mula2 diorang wat stretching, latihan semula step by step.
kat dalam dewan tu cuma white, green & yellow belt jek
yang lain2 tu kat tempat lain.

Ini budak dah mengantuk, mengamuk jek
bangun kul 7.15am, tido plak lambat malam tu
ngantuk sangat, nak melayan youtube line tenet cam hampeh.
Dia dok nak gi san, gi sini Mummy xlarat nak melayan
last2 ambik candu (bb & puting) dia terus senyap.
Keputusan Danish lulus ke tak xtau lagi, coz lepas test terus balik
ari Jumaat ada kelas baru tau lulus ke tak.

Jot's :: Entah lulus ke tak, org tangan kiri dia tangan kanan, berangan jek.

footer

Tuesday, June 8, 2010

Bubble

Jot Down by Mummy Dasy at 3:37 PM 6 yang membebel
Dulu masa kecik² suke main bubble camni
alah yang jenis tiup tu.
Tapi dulu murah jekkan, skang ni mahal dah 60sen klu x silap suatu pembazran
dah ah tu secubit jek dapatnya.

Sebelum cuti sekolah aritu tiap² ari dia dapat dalam goodies bag b'day kawan²
penuh semangat meniup.
Teringat lak zaman kanak² Mummy dulu ^_^

Jot's :: Hati berbunga²

footer

Saturday, May 29, 2010

Anak Mat Salleh

Jot Down by Mummy Dasy at 8:28 PM 0 yang membebel
Semalam g KipMart ngan DaSy
Danish ikut nenek gi beli kasut, while Daneen nmpk kedai brg persolekan
terus dia gedik2 ajak Mummy masuk kedai tu.
Bila dah masuk dia dok ngelatat ke sana sini
semua dia nak.

Tiba2 ada sorg customer tu tegur
"Kak, rambut dia ni betul he?"
ek eh "Betul ah, hbis ingat rambut palsu ke?"
"Tak ah *sambil nyengih2*, warna dia mmg camtu?"
"Warna rambut ke? x faham?'' dah ah sengal makin sengal
"Ak ah warna rambut dia perang, dye ke?"
"Eh, x ah, mmg dari kecik camtu"
"Oh, father dia mat salleh ke?"
weyy ape ko merepek ni, klu laki aku dengar mau kecik ati
"Tak ah dik, bapak dia jawa, melayu tulen"
boleh Mummy jawab camtu, terus ko senyap.
Dia x nmpk gaknye rambut budak tu dah ah nipis, dia leh kata rambut palsu.
Rabun tul...... rambut budak tu itam dia leh kata perang, nasib Daneen x dengar kalau tak mau senyum lebar sampai telinga.


Jot's :: Buntu dok umah x kemana2 arini....

footer

Thursday, May 27, 2010

Daneen..Daneen..

Jot Down by Mummy Dasy at 7:21 PM 2 yang membebel
Amik Daneen balik sekolah tadi
dia dok nyanyi lagu NEGARAKU
tapi ada 1 baris tu yang wat 100plus yg Mummy minum tersembur keluar

NEGARAKU....
....Raja Kita
Selamat Tengahari.....

hambik, tepu cermin keta ngan 100plus
pastu dia leh wat muka xbersalah

"Tulah adik nak air pedekut"
uish pedekut,pedekut dah dia salah nyanyi muka confident jek lirik betul.

Nasib dia xtanya
"Napa bukan Selamat Tengahari he?"
klu dia bagi soalan cepumas tu mmg terus skit jiwa Mummy ko nak
dah ah sakit pala tambah plak masalah soalan dia yg macam² serba serbi salah..
tapi begus w/pon salah dia xmalu....

Jot's :: Nak gi mana esok ya?????

footer

Wednesday, May 26, 2010

Kedai Mamak

Jot Down by Mummy Dasy at 8:45 AM 0 yang membebel
Seawal 6.45 pagi

"Susu 1, sikit, sejuk"
itulah order yg akan kedengaran di awal pagi.

Sape lagi yang membuat order klu x Daneen.
Bile dah membesar nanti pasti xde lagi "orderan" camtu
order camtu ble dia ada di rumah sahaja waktu pagi & malam sebelum tido.

Tiba² mood sentap dtg, terus blur????

[Jot's :: headache + flu + fever = complete set]

footer

Tuesday, May 25, 2010

Sakan makan angin

Jot Down by Mummy Dasy at 11:29 AM 3 yang membebel
Sambungan entry INI
diorg jejak ke DATARAN JB ikut laluan laut :(
layan gambo² ujung minggu diorg ni.

ngan minum air masin dia ni kuat masin
ikan masin sekor leh habis mkn wat ulam uish...

Gegata, meremang tengok

Dok menggaru badan jek, klu x mesti dia hero kat atas bot tu

with Makteh, dok mengikut ke depan kebelakang
Mummy x ikut numpang kasih mak sedara wakaka

With cousin, Husna

Husna & Kila.

[Jot's :: Mr.hBy xcaya Daneen ske naik bot, klu x dpt island hopping ms g Langkawi]
footer

Monday, May 24, 2010

Ada Ulat

Jot Down by Mummy Dasy at 4:45 PM 2 yang membebel
gambo ehsan en.Google

Tadi balik amik Daneen balik sekolah singgah beli kuih.
Salah satunya kuih ni ha "Buah Melaka"
Daneen yang nak sangat macam makan.
Dalam keta Mummy cakap
"Ni x makan, Mummy sental he"
"Adik makan ah"
"Yelah nnt makan kelapa jek. makan kuihnye sekali he"
"Napa nnt bontot berulat he"
"Tau pun, camne adik tau"
"Kan kawan Mummy cakap" ni semua keje DIDA & Herneenazir
"blh pulak ingat klu Mummy yg cakap x ingat pun"
"Tapi klu makan ckit, xde ulatnye. Ulatnye ada 1 jek"
pndi ah pulak pusing2kan fakta ko ni dik.... keputusan mmg haram dia xmakan kuih tu dia cuma amik kelapa ngan gula merah kat dalamnye jek.

[Jot's :: klu Mummy wat gamaknye mmg togel xsempat letak kelapa]

footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea