Thursday, April 22, 2010

Tag: Only One---------> 1

Jot Down by Mummy Dasy at 1:05 PM 6 yang membebel

You can only type one word answers for each question.

Angkut TAG ni dari blog sweet-ants
Not as easy as you might think. Copy this questionnaire and paste as a new post. Then change the answers to suit you and tag others or encourage others to try this One Word Answer meme themselves.
Remember: one word answers only!

1. Where is your mobile phone? - handbag
2. Your significant other?
- o
3. Your hair?
- straight
4. Your favorite thing?
- netbook
5. Your dream last night?
- nope
6. Your favorite drink?
- milo
7. Your dream goal?
- beauty
8. The room you’re in?
- home
9. Your ex?
- dunno
10. Your fear?
- dead
11. Where do you want to be in 6 years?
- Mekah
12. Where were you last night?
- home
13. What you’re not?
- drunken
14. Muffins?
- no
15. One of your wish list items?
- WISH
16. Where you grew up?
- Johor
17. The last thing you did?
- slepping
18. What are you wearing?
- Kurung
19. Your favorite TV Show?
- romance
20. Your pets?
- Guppy
21. Your Computer/Laptop?
- VAIO
22. Your life?
- Simple
23. Your mood?
- Happy
24. Missing someone?
- Hby
25. Your car?
- Waja
26. Something you’re not wearing?
- Heels
27. Favorite store?
- GIANT
28. Like someone?
- hurmmm
29. Your favorite color?
- Purple
30. When is the last time you laughed?
- sat
31. Last time you cried?
- forgot
32. Who will post this?
- me
33. Were you able to answer ALL of the questions with ONE word answers?
- dunno



footer

Beransur pulih :)

Jot Down by Mummy Dasy at 10:58 AM 10 yang membebel
Kesinambungan dari N3 INI
petang lepas keje gi klinik, kan paso malam aritu
mmg saje gi petang jd dpt gi paso malam
berbalik pada citer, bila jumpa doctor
Doc. tanya "Period bila?"
hahaha doc. ko ingat aku mengandung ke?
Tanpa segan silu Mummy jawab "14hb" hehehe
pas doc. check semua dia kata demam biasa jek tapi tekak ada merah ckit.
dlm 2,3 ari x kurang gi klinik semula
sekali banyak ko ubat dapat, semua mengantukkan
adalah dalam 5 jenis ubat
selsema, kahak, lendir, batuk, antibiotik
semuanya x sedap sungguh rasanya.
Camne ah nak baik cepat, makan ubat hanya waktu malam shaja
kalau makan siang confirm kat ofis x nyedar tido
kang sape nak amik anak balik sekolah.
Gi klinik ngan Danish & Mr.hBy...

Danish lak gi klinik sebab pasal sakit dia ah tu
Ingat tak N3 INI
Bisul dia x kurang so petang tu bawak Danish gi ofis
lepas keje baru gi klinik sama² ngan dia sekali.
Aduhai kat ofis x reti dok diam, main game pun nak jalan kesan sini.
Bila jumpa doc cakap, x yah pecahkan sebab tengok cam dah pecah nanahnye ckit,
aik camne leh pecah pagi sebelum gi sekolah bukan main merening lagi.
Bila dah kuar bilik doc. Mr.hBy tanya dia

"Abang, tadi ada jatuh ke?"
"Ak ah, kat sekolah"
"Berdarah tak?"
"Darah, kuar darah warna putih"
huhuhu tu bukan darah anak oiiii tu nanah yang kuar
dah sah2 ah darah warna merah.
Dapat ubat makan 2, ubat sapu & cream.
Yang ubat untuk makan tu dia xleh telan
yang memang penakut makan ubat.
Bikin hangin tau suh dia makan ubat coz asyik vommit jek
padahal ubat dia tu rasa manis jek Mummy rasa, pasal ko xleh telan abang oiiiii.


Ni aksi semalam
Mr.hBy jadi doctor lagi miahaha
pecahkan lagi nanah tu kali ni berlubang² bagai tangan anak aku
bila tanya sakit tak?
dia jawab "TAK" tapi intonasi sore cam nak nangis
mata berair² tapi masih lagi control macho hehehe

seee yiarkkksss
dah sapu cream tu yang berkilat semacam
as for Daneen, anak dara tu biasa ah mmg suka interframe
nak gak nyelit klu bergambo
malam tadi dia jasi nurse assistant Mr.hBy tp lebih buat main kapas bukan nolong pun.

[Jot's :: sape² nak menjerit di blog, shoutbox dah pindah di belah kanan anda ye kotak warna hijau tu, click di situ]

footer

Sejarah Hari Bumi

Jot Down by Mummy Dasy at 9:30 AM 2 yang membebel

Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.


Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.


Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.


[Jot's :: credit source Wikipedia]



footer

Tuesday, April 20, 2010

Fever Again

Jot Down by Mummy Dasy at 10:14 AM 12 yang membebel
Arini tersangat ah lenguh² badan.
Demam + selsema + sakit² badan + pening
argghhhhh tension tau dalam keadaan camni
tapi pehal ah arini rajin leh bekerja, padahal boss xde cuti jek ah
hahaha Mummy sendiri pun x tau napa datang keje
segan ah gak asik muka ni jek yg cuti kerja, tambahan plak esok dateline
berserabut atas meja ni ngan kertas² keje
Kusut semacam dah rasa ni


malam tadi lepas Mr.hBy gi keje
okay lagi, dalam kul 1am Daneen ngamok nak susu
tapi nak ayah dia wat, last² me biar jek
masa tu badan dah seram sejuk, tapi wat dunno jek coz boleh tahan lagi
Daneen lak agaknya dah setengah jam merengek² akhirnya datang merayu gak suh Mummy watkan dia susu
pastu Mummy sakit perut lak, cam cramp kat perut huhuhu sakit cam nak nangis okay...
pastu terus menggigil, a/cond dah off tapi masih menggigil kesejukan
pastu terus selubung dlm comforter....
korg bayangkan selubung comforter tanpa a/cond dan kipas
tapi masih lagi menggigil cam dok kat eskimo rasa.
Kul 5am++ baru tido pastu pagi ni terlajak bangun 6.45am
huhuhu kelamkabut mana nak berebut bilik air, nak mandi anak² lagi
jalan pun terhuyung hayang cam x berpijak di bumi nyata.
Masuk mgg ke-2 ni demam camni, asal malam jek menggigil....
Nak gi klinik lagi takut penyakit lain lak....
huhuhu demam reda ah cepat...

[ Jot's :: Ya!Allah, elakkan dari penyakit yg x diingini ]

footer

I Like Friday...

Jot Down by Mummy Dasy at 6:48 AM 3 yang membebel
Hehehe arini baru Selasa, dah cbuk citer pasal Jumaat
Kalau sape tgk status FB mesti tau kenapa Mummy suka Friday.
Kerana aritu ialah ari membazir dan menghabiskan duit
hahaha sat lagi ada yg mengata aku riak ah plak.
Jumaat adalah hari beristirehat, balik keje leh tgk tv puas2
xyah nak fikir nak masak ape?...
sebab lepas Maghrib anta Danish terus g makan malam
akan tetapi 2 mgg lepas tak lah pulok
sebab lepas jek anta Danish, keta wat hal dan dan tu ah nak mati tepi jalan

huh jenuh Mummy ngan Daneen dok tepi jalan smbl bertenet
Melayan youtube citer fav. dia Upin & Ipin
Ayah lak ngah betul keta ngan kawan dia
tepat2 kul 9.30pm, Danish habis kelas leh plak keta tu hidup.
Huh last2 burger jek sebagai hidangan makan malam.
PADAN AH MUKA kami....
Minggu lepas membalas dendam sepanjang perjalanan anta Danish ni
Mummy dok berdoa keta jgn wat hal lagi hahaha
syukur Alhamdulillah, keta x wat hal.

see ini budak w/pon demam tetap gak selera makan
hahahaha ada rahsia kenapa skang dia kuat makan.
Abaikan wajahku yg klu dah makan confirm x toleh kiri kanan lagi dah..
Daneen paling suka kejap2 sebab masa ni ujan dia cbok turun naik

huh lauknya tak berapa sedap pada tekak me lah, Mr.hBy x tau ah dia

sebabnya
1. Tomyam byk sgt sampah sarap
2. Puyuh sambal tapi xdpat nak cedok sambalnya, sampah jek yg byk.
3. Sotong goreng tepung, dah rasa cam jempot2 tau tepung lebih banyak, sotongnya kecik jek....

Telur dadar ngan kangkung belacan tu okay ah cam biasa.
Hahaha kalau cakap ngan Mr.hBy confirm dia kata
"Nak ikut tekak, masak sendiri"
chetttt.....

Tapi yang best kat sini ada pondok2
hahaha dah macam orang jakun tau Daneen.
Bukan takat Daneen, Mummy pun excited dok dalam pondok tu.
Tapi sayang ckit sangat pondoknya 2 ketul jek, buat ah banyak ckit naknya.
Sekian edisi makan Jumaat kami. Jumaat ni nak makan katne plak ek?????

[ Jot's :: Teringat plak kat Anjung Warisan...motif... ]

footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea