Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin- yang lain2 boleh bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak atau pun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, Dan menolong membacakan) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha illallah" lagi.
vi. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. amiin.
Panjang2kanlah ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama.
Insyallah Wassalam.
4 yang membebel:
thanks for the info...gud info...mmg btul...nak2 org yg meninggal tu adalah org yg rapat ngn kita...dah tentu kita baca yasin dlm keadaan menangis...kemungkinan bacaan kita masa itu tidak baik dr segi tajwid sume kan...neway kak...tq..
TQ di atas informasi ini. Informasi yang baik untuk renungan kita bersama...
TQ for a good info..memang kita kena tahu perkara macam nie..
teringat masa abah siti sakit hari tu....tak tnetu arah, yg siti ingt nak soh dia bljar mngucap je...
Post a Comment