♣ Tetapkan tujuan agar apa yg dilakukan mampu membuahkan hasil. Selain itu, pastikan juga sebarang perancangan yang dibuat dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ingat! kerja adalah satu ibadah.
♣ Luangkan masa untuk diri sendiri, mampu meredakan perasaan "bad ood". Untuk itu sebaiknya setiap pagi luangkan sedikit waktu untuk melakukan aktiviti bermanfaat spt yoga,minum kopi sambil membaca suratkhabar @ mendengar muzik kegemaran yang mampu menenangkan jiwa. percayalah, 'mood' baik di pagi hari akan terbawa hingga ke petang.
♣ Lakukan perubahan dengan menukar ganti screen computer. Disarankan agar memilih gambar yang lucu. Melihatnya pasti akan membuatkan anda ketawa senang.
♣ Cari aktiviti selepas pulang dari pejabat spt bermain badminton, bola sepak etc. Langkah ini secara tidak langsung berupaya membantu mencari kenalan baru sekali gus muncul peluang kerja baru.
♣ 'Penderitaan' selama bekerja di pejabat mampu dibalas dengan membeli sesuatu yg berharga untukdiri sendiri spt buku, pakaian @ sebarang ape shj yg anda suka. Sesekali tiada salahnya untuk berbelanja demi kepuasan diri sendiri.
♣ Mempertahankan prestasi kerja anda adalah sesuatu yang penting. Meskipun bosan, jangan biarkan prestasi anda menurun. Sebaliknya motivasikan diri untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin.
(Source Harmoni 05/09)
0 yang membebel:
Post a Comment