Tuesday, April 12, 2011

Day 8

Jot Down by Mummy Dasy at 5:38 PM 0 yang membebel

Arini dah 8 ari selepas bersalin
Syahmina pun dah naik 4kg, Mummy da turun 10kg :)
Tak sabo rasanya nak tgg habis pantang 37 ari lagi
Rasa macam lambat sangat
Bila di ingat2 balik masa melahirkan Syahmina rasa macam xnak ada lagi DaSy ke4 hehehe sakit woooo
Arini kna checkup kat PSH samada Syahmina ada jaundice ataupun tak
Mummy lak check luka, alhamdulillah luka jahit da baik tinggal darah nifas jek ckit lagi masa gynae scan tadi..

Jot's :: Next entry me citer ckit detik2 melahirkan Nur Dahiyah Syahmina...

Wednesday, April 6, 2011

Our lil's..

Jot Down by Mummy Dasy at 6:50 AM 0 yang membebel

Masuk mmg tarikh idaman Mr.hBy tapi apakan daya baby blum masa nak keluar

Kronologinya

03/04/1 Ahad
Petang sebelum kuar ke Jusco makan2 ada rasa sakit ngan dari pagi bb kurang gerak tapi diamkan aje sebab takut false alarm ngan takut hBy marah.
Malam masa tengok ABPBH dh semacam plak tu tiba2 blackout dr kul 10.30pm smpi ke 2.30am lagi ah bertambah bb asik mengeras Mr.hBy ngan anak2 dah tdo tgl me sorg terkebil2 bla da ada karan br blh tdo..

040411 Isnin
Pagi ada checkup kat Klinik Desa, pd awalnya nak keje tp mmg xlarat sakit perut smcm anak2 gi sekolah pun x tengok pndi hBy ah siapkan, thanks Ney..
Kul 11am gi klinik gtau masalah, then JM check VE dah buka 1.5cm dia ckp klu masih sakit trus g spital, lpas mkan tengahari trus ke spital smpi hospital dalam kul 2.30pm ingatkan xkna tahan ward, smpi jek trus wat CTG then mmg btul ada contraction sekali lg check VE dah buka 2cm.. Pastu mlm doc plak bukakan jalan nak tido pun x lena cos contraction makin kerap

050411 Selasa
Seawal 5am kna kejut gi LR, time tu berdebar2 cos hBy xde huhuhu mmg sedih sangat2 tambah plak takut, sebelum gi sms hBy minta maaf suh doakan selamat andai kata dia x sempat tengok, masuk LR dah buka 4cm pastu terus jab ubat bius ngan sedut gas, gas tu sungguh syok di sedut sebab macam org mabuk x sedar ape yg terjadi di sekeliling mamai semamainya, even Mr.hBy sampai pun x sedar ngan sakit contraction lgsg x trasa akan tetapi kenapa ah masa nak push baby xboleh guna hehehe setelah berhempas pulas hampir 10 kali push baru ah baby kuar dalam pukul 11.45am ngan weight 3.865kg.. Awalnya doc estimate 3.2kg jek huhuhu inilah yg terakhir 3 kali beranak baru ni tau camne seksanya melahirkan seorg anak sebelum ni ckit rasa sakit pun x rasa huhuhu... Semua org cakap bb ikut muka Danish tapi nasib baik x cakap depan Daneen kalau tak mau tarik muncung minah tu..

Jot's :: walaupun bb x kuar ikut seperti tarikh ayah nak xkisah ah asal selamat semua

Monday, April 4, 2011

4411

Jot Down by Mummy Dasy at 10:27 AM 0 yang membebel
4411 adalah tarikh arini
hahaha ni tarikh idaman Mr.hBy untuk anak dia keluar melihat dunia
akan tetapi kesian baby ni taknak keluar malu nak dok lama2 dalam perut Mummy dia ni ha
tapi semalam baby kurang gerak dah petang baru gerak selepas makan

Malam tadi dah ah tido lambat dlm kul 3am
sebab malam tadi blackout dari kul 10.30am tak boleh tido kepanasan yang amat sangat
Pagi ni plak perut sakit yg amat memulas, dah melabur pun masih sakit lagi memulas
sampaikan nak gerak pun tak boleh
anak2 nak gi sekolah pun Mummy dia tak bangun2 lagi hehehe
Mr.hBy bila tengok me sakit perut camtu terus cakap
"Jangan2 nak beranak tak yang, baby dah nak kuar tak"
ek eleh xde maknanya ah Ney baby nak kuar arini
kan doc estimate dlm minggu ni insya'allah dan bagi tempoh sampai 15/04
lepas jek doc cakap camtu, on the way balik lepas checkup me gtau hBy
"Ney, nmpk gayanya 4411 tu bb belum tentu keluar lagi" terus ketawakan dia
Then Mr.hBY jawab "Xpe 11411 nnt bb keluar aeh, kesian Mummy bb dok lama2 dalam perut tu" ceh ada aje laki aku ni lepas 1 tarikh ke 1 tarikh
tapi arini mmg rasa lain ckit perut ni xtau kenapa huhuhu

Jot's :: Dok umah arini nak buat ape aek? Tido jek kot :)

Wednesday, March 30, 2011

Bila baby nak keluar???

Jot Down by Mummy Dasy at 10:27 PM 0 yang membebel


Dah 38 minggu tapi tanda2 baby nak kuar belum ada lagi :(
entah bila ah baby ni nak kuar...

14/03 sampai 17/03 kena buat CTG
on 2nd day cam ada mild contraction then on 3rd day contraction tu terus xde cam pelik
lepas tu on 17/03 4th day menjalani CTG resultnya memberangsangkan
so dah xyah buat CTG lagi lagi...
Alhamdulillah dah tak yah nak berulang alik ke hospital lagi...
next appointment on 25/03 plak...

Tapi pada 24/03 ada kejadian yg menakutkan apabila
tiba-tiba keluar air cam warna susu cair dari kelengkang..
citernya pas mandi and masa nak pakai pants air meleleh jek keluar
ingat terkencing, me terus gi toilet basuh
pastu dah siap pantiliner baring jap sebab cam sakit kat pinggang
adalah dalam 5 minit baring then bangun sbb nak switch on a/cond
sekali tgk tengok dah basah atas katil, sebenonya masa baring tu memang terasa ada benda keluar tapi ingatkan keputihan biasa tak sangka ah boleh lencun camtu
Mr.hBY dah gelabah ajak gi klinik terus then me gitau tak payah ah sebab esokkan ada appointment ngan gynae, dia sambil gelabah terus lap atas katil hehehe
pastu gi toilet bersihkan diri semua, dah siap2 then air tu dah takde keluar
perasaan lega sedikit..
on 25/03 awal2 pagi lepas anta Daneen terus ke Puteri untuk jumpa Dr. Laila
seawal 9.30am kami dah sampai dapat no.5 hehehe
bila sampai giliran kami hati mula berdebar2 sebab doctor nak check VE
bila kami beritahu kejadian malam tadi gynae, dia ambil sampel untuk dihantar ke makmal takut jangkitan pada baby
check VE baby masih jauh ke atas lagi huhuhu baby ni napa lambat sangat nak engaged kalau ikut Daneen dah keluar dah time ni huwaaa...
bila dah check semua next appointment on 01/04/2011.

Sejak dari semalam semua kawan2 bertanya saya belum bersalin lagi ke?
Jawapannya adalah "YES" huhuhu baby ni pemalu ah, ke dia nak kuar ikut tarikh yg ayah ingini iaitu 040411
kalau betul tarikh tu baby keluar rasanya Mr.hBy kna buat pulut kuning hehehe
semalam juga adalah berita gembira untuk kami kerana keputusan ujian yg gynae ambil tu keluar
lebih kurang pukul 2.30pm asst. doc tipon gitau, keputusan makmal adalah negatif tiada sebarang virus ke ape2 jangkitan yg memudaratkan, alhamdulillah bersyukur kami padamu Ya Allah! peliharalah anak yg ku kandung ini sehingga dia keluar nanti...

Daneen plak makin geram baby x kuar2, bila dia geram di tekan sekuat2 perut Mummy sambil kata
"Baby ni lambat sangat keluar" kalau ayah dia xde memang makan penampo sulung itu budak
dia ingat x sakit agaknya perut Mummy ni...
Jot's :: Dalam hati Mummy berharap by next week baby dah kuar :)

Tuesday, March 15, 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Jot Down by Mummy Dasy at 9:20 PM 0 yang membebel
Sebelum ni tak tau camne rasa sakit nak bersalin, kalau org tak tau mesti kata 1st baby ;p
sebenarnya memang Mummy tak pernah rasa camne sakit pinggang nak bersalin semua tu sebab masa Danish & Daneen tak pernah rasa sakit camtu pun...

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. - dialami
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing - dialami
  • sakit perut, memulas - dialami
  • kerap buang air besar - dialami
  • kerap terkentut - dialami :)
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. - dialami
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. - kna suh Mr.hBY urut malam ni mmg sakit belakang je ni
Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Sumber: RATUHATI



Jot's :: Baby nak keluar tunggu 17/3 k, esok ayah xde xde kna buat keje jauh klu nak kuar tgg smpi ayah balik huhuhu
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea