Showing posts with label Syahmina. Show all posts
Showing posts with label Syahmina. Show all posts

Friday, October 14, 2011

6 bulan sudah

Jot Down by Mummy Dasy at 3:21 PM 0 yang membebel

dah 6 bulan fully bf..Alhamdulillah kalau dulu masa Danish start solid food jek x topup ngan fm sebab bf milk dah kurang production :D Daneen lak 10mth sahaja dapat breastaurant, tu silap mummy coz amil pil perancang


Dah pandai meniarap kalau dibiarkan confirm dah sampai ceruk2 mana kat dalam umah, tapi oleh kerana Mummy letak bantak keliling play mat tu yang x dapat bergerak kemana2 wakaka kalau nak harapkan abang ngan kakak tolong jaga hurmmm diorang memang jaga tapi duduk atas sofa mata tangok tv, yang si adik kat bawah sofa ni dah jadi pelakon hindustan berguling2 ke sana ke sini x dipedulikannya, kesian


sekarang dah start solid food, mula2 Mummy bekalkan bubur+carrot dalam bekas tupperware kecik ni sekali kata maklong x cukup hehehe sesungguhnya Mummy ikut ape yg dibaca jek mula2 kena bagi ckit2 dulu wakaka akan tetapi dia x kenyang daaaaa

see habis licin di makannya

sebelum tu Mummy amalkan 4 days wait  rule hehehe mulakan ngan avocado puree, pastu baru anta bubur tu akan tetapi ini dah 3 ari bg nestum jek sesungguhnya sejak 2 menjak ni kurang sihat ah plak asik pening kepala jek semadang.
Jot's :: terbayang2 bumbo seat jek #motip

Thursday, June 30, 2011

Khitan

Jot Down by Mummy Dasy at 3:59 PM 0 yang membebel
Semalam dah selamat sunatkan Dahiyah Syahmina, alhamdulillah semasa sunatkan tu x menangis dah settle semua baru dia nangis mungkin dah terlalu mengantuk sangat tu yang xde perasaan.

Tinggal aqiqah jek tak tahu bila nak buat...

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .
:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

SOURCE : BLOG

Jot's :: Mummy ngah seronak menCDing BB...
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea