Wednesday, August 18, 2010

Sekali lagi

Jot Down by Mummy Dasy at 8:46 AM
Rasanya baru semalam membaca Metro kisah tragis 4 beranak maut kemalangan jalanraya
arini sekali lagi......
kadang² perasaan takut timbul bila nak kuar umah waktu² nak raya ni
ape pun Al-Fatihah untuk arwah

KERETA Perodua Kancil remuk selepas dilanggar lori  JKR Daerah Hilir Perak di KM-7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan, semalam. Nahas itu  mengorbankan tiga warga Indonesia manakala dua yang lain termasuk  bayi  enam bulan  cedera parah.
KERETA Perodua Kancil remuk selepas dilanggar lori JKR Daerah Hilir Perak di KM-7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan, semalam. Nahas itu mengorbankan tiga warga Indonesia manakala dua yang lain termasuk bayi enam bulan cedera parah.


Bayi enam bulan tercampak dari kereta bertembung lori JKR selamat

TELUK INTAN: Tiga terbunuh, manakala dua cedera termasuk seorang bayi berusia enam bulan selepas kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas apabila satu daripada tayarnya pancit dan bertembung dengan sebuah lori Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kilometer 7, Jalan Maharaja Lela, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 12.35 tengah hari itu, bayi berkenaan, Mohd Fahmi, berusia enam bulan yang dipangku pengasuhnya, Siti Samsiah Imam, 44, tercampak keluar dari kereta dan terjatuh atas rumput di tepi jalan.
Mereka yang meninggal dunia ialah rakyat Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap, Edy Nor Yanto Raman Sjahjudin, 45, dan pasangan berasal dari Indonesia, Abdullah Asnawi, 46, serta isterinya yang dikenali sebagai Hozeiniye, 36 tahun. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Kejadian berkenaan adalah antara kemalangan maut dilaporkan sejak Ramadan bermula pada Rabu lalu. Setakat semalam, 15 maut dalam kemalangan di seluruh negara, termasuk kemalangan ngeri yang menyebabkan kematian wanita dan tiga anaknya, di Kilometer 22 Jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga, Negeri Sembilan, kelmarin.

Pada hari pertama Ramadan, sepasang suami isteri tidak sempat menghabiskan ibadat puasa, apabila terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 253.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, juga di Negeri Sembilan. Anak angkat yang berusia tiga tahun bagaimanapun terselamat dan hanya luka pada mata.

Dalam kemalangan semalam, kereta berkenaan dipandu oleh Edy, manakala isterinya, Siti Samsiah, seorang warga Malaysia memangku Mohd Fahmi. Mangsa dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Sungai Kajang, Tanjung Karang, Selangor selepas membantu Abdullah dan isterinya berurusan di Jabatan Imigresen, di sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kejadian berlaku apabila kereta itu hilang kawalan selepas tayar depannya pecah lalu memasuki laluan kanan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

"Pelanggaran menyebabkan bayi berkenaan tercampak keluar dari kereta, manakala yang lain tersepit dalam kenderaan yang remuk. Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Teluk Intan. Mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, Samsiah cedera parah, manakala Mohd Fahmi yang ibu bapanya belum dikenali hanya calar pada kepala. Pemandu lori JKR yang berusia 40-an pula cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

footer

3 yang membebel:

Suzana Ikram said...

sedih bila dengar berita ni.. al-fatihah buat arwah.

Unknown said...

apsal ada nama edy kat situ??huhu

teringat time edy xcident tahun lepas.kete terbalik..xdapat bayangkan..nasib la nyawa masih panjang...

Mummy Dasy said...

Ikiqzana :: sedihkan..

E.d.Y :: ish nasib umur masih panjang..

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea