Tuesday, April 21, 2009

Burger King

Jot Down by Mummy Dasy at 11:40 PM 24 yang membebel


Semalam lepas balik PSH
sempat singgah kat Burger King sebelum gerak balik
perut dah menggelupur lapo
Mr.Hubby nak Whooper xde so amik double black pepper
me cuma amik single black pepper
tu pun x habis
hahaha
Mr.Hubby cam pelikkan coz selalu wife dia ni kuat makan
actually tekak ku loya
coz masa kat hospital
surgeon tunjuk contoh² batu yang pnah dikeluarkan
dalam hati me
"Wat ape doc. ni simpan batu² ni semua"
pelik kekadang pangai doc. ni
tu yang wat hilang selera makan bile teringat
~~yaks~~


pic10-1

Gallstone @ Batu Hempedu

Jot Down by Mummy Dasy at 10:38 PM 3 yang membebel

<u>Simptom-simptom

* Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

* Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

“Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

“Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan,’’ jelasnya.

Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih.

Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-

minggu, berbulanbulan atau bertahun-tahun lamanya.

* Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Faktor-faktor risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:

* Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.

* Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.

* Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.

* Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.


Jenis-jenis batu karang hempedu

* Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

* Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

* Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui ‘batu-batu senyap’ ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk ‘tunggu dan lihat’ daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan

* Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

* Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Bukan pembedahan

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:

* Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-

batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.

* Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.






pic10-1

Selongkar

Jot Down by Mummy Dasy at 9:41 PM 2 yang membebel
Okeh ni me nak citer ape kes yang my boss datang aritu
and kiranye sebagai luahan rasa ah gtu
as for me xde wat salah ape nak takutkan
me tak makan duit orang, just do my job
tapi hal ni masih ada lagi orang yang busuk ati
and ADA AKU KISAH
my boss selongkar semua pasal transport,shift,petrol etc.
nak citer satu persatu kang penat tangan den nak type
okey let me ask ur opinion
korang leh ke keje 1 dept.
depan korang bukan main lagi macam xde pape hal siap backing klu kena marah
tapi kat belakang macam2 kita dikata
ni yang me tak suke and ni macam
TALAM 2,3 MUKA
coz depan orang ni lain, kang ngan orang ni lain lak citernye
wah ku dah makin panas
dan me keje under my Manager branch in JB
bukan ngan manager yg kat HQ tu
so me kena backing ape2 jek yang terjadi kat sini
bukannye pecahkan tembelang diorang
that's my opinion, tapi x tau ah ngan yang lain
nak membodek punye pasal sanggup citer macam2 dengan harapan dapat naik gaji
and me takde simpan ape yang boss bagitau
semua bgtau my Exec. coz me keje bawah dia
and dia yang dapatkan me keje
so harus bersyukur and JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT
macam setengah2 orang yang tak tau diuntung tu...
bila dah mewah ckit lupa daratan
sedar diri tu ckit, pastu dok jaja melata
keburukan orang lain macam diri tu bagus sangat
skang ni nak keje pun macam dah x ikhlas bak kata SITI
ku dah kena sekali sampai bile2 xkan percaya lagi
paling tak suke orang yang macam tu
coz rezeki yang ku dapat tu untuk dijadikan pemakan & darah daging
harus ah dari jalan yang halal
dan aku ni tak ah bodoh sangat tak reti beza baik & buruk
macam korg dok ngata makan gaji budak dah benti
harus pk sebelum ni gaji² tu pakai cheque camne nak cash
la ni plak gaji direct thru bank lg pun aku ni gaji mati camne nak amik duit tu
dah ah tu gaji aku sama ngan yg lain yg x bekerja sabtu,ahad & P/H
that's why bile keje ari berkenaan harus aku amik cuti ganti so adil
lantak ah orang dok ngata asyik muka aku jek cuti
AKU TAK KISAH napa taknak lak ngata asik aku jek keje ari cuti
sebab dalam kepala o*** tu asik nak cari salah & silap orang
mungkin diorang fikir mana aku dapat duit
ni bukan nak membanggakan diri aku & Mr.Hubby okeh
sebabnye pernah ada yang ngata aku camni dulu
terus terang cakap keta aku beli hasil duit titik peluh sendiri
pastu Danish setahun tukar keta yang ada skang pun duit savings
simpanan bulanan, bikin dapur rm16k pun duit simpanan lakibini
anak² pakai jenama Nike,Adidas,O-reef,Poney etc. tu duit laki aku nyer bisnes
anak² sekolah awal coz dari start preggy aku dah wat simpanan pastu bile bersalin
family yang datang bg duit tu yang kitorang simpan
and Mr.Hubby anak bongsu so Danish untung coz barang² semua
bbcot,carseat,toys mahal semua BIL bagi coz dia pangkat DATO'
pastu Mr.Hubby ada wat bisnes dalam electrical
separuh dari pendapatan setiap kali wat keje bahagi 2 ngan share partner dia
so duit tu kitorg wat belanja seharian bukan hanya bergantung makan gaji
bak kata my EXEC. rezeki kalau tak dcari mana nak senang cam sekarang
tu diorang tak nampak laki aku siang malam keje
yang depa tau aku dok citer laki aku gaji beso, aku tak citer klu depa tak tanya
selama ini pun bukan tak tau pangai depa tu camne
macam ah korang tu halal sangat sumbernye main 4D halal ke tu
tapi me masih lagi bermurah hati anggap cam xde pape
coz kalau kita sama gak EGO kita pun serupa ngan depa
yang suka cari salah orang jek taunye diri sendiri cam bagus sgt
ish bosan tau kadang² terfikir gak nak jadi SAHM ni
tapi tu ah nak minta duit laki ni susah ckit
w/pon tiap² bulan ada kasi
WWWWWAAAAAARRRRRRRRGGGGGGHHHHHHH
TENSION!!!


pic10-1

CUCI

Jot Down by Mummy Dasy at 9:06 PM 4 yang membebel
Spt yg semua tahu arini my boss dtg
Edisi brainwash
Aduh naik png pala balik pun lmbt td kul 5.30pm br blik
Klu smpt jap lg jengah blog ye kawan2
Post by~~5800

HUWAA

Jot Down by Mummy Dasy at 12:59 PM 9 yang membebel
HUWAA
ketaq lutut ku
ngah khusyuk baru nak melayan blog
kena panggil masuk jumpa Big Boss
menggeletar 1 badan ni tak hilang lagi


pic10-1
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea