Friday, June 17, 2011

Apam Polkadot

Jot Down by Mummy Dasy at 3:02 PM 0 yang membebel
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1) masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
2) masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
3) picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
4) letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
5) last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Jot's :: Sedap tau..cuba jangan tak cuba...



PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya??

Jot Down by Mummy Dasy at 10:42 AM 0 yang membebel
Sekadar berkongsi ilmu...insyaAllah... Salah satu yang disentuh oleh Y.Bhg Dato' Noh Gadot semasa ceramah Maulidul Rasul di Surau kita

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


Oleh itu adalah baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum"
dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
"WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
"WAALAI KUM SALAM"


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM saya pada ASHREE ye" ......contoh lerr...
Dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer"
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".
Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi.Jangan guna "Semekom" kerana"Semekom"bermaksud "Celaka Kamu."Gunakan perkataan" As Salam" sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum."
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya
Jot's :: Dipetik dari email...

Sunday, June 5, 2011

Selamat pengantin baru

Jot Down by Mummy Dasy at 12:14 AM 0 yang membebel

to my cousin
Asra & Kamal
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu...
Gambar pengantin nnt ye ni siaran langsung layan gambo anak dara kecik dulu...

Friday, June 3, 2011

Steamboat...

Jot Down by Mummy Dasy at 7:45 PM 0 yang membebel

Semalam bersteam di Johnny's arini kat umah plak hehehe
Jemput makan semua..
Burpppp alhamdulillah

Thursday, June 2, 2011

Polkadot

Jot Down by Mummy Dasy at 5:21 PM 0 yang membebel

1st time try menjadi with blueberry filling
tapi bkan Mummy yg siapkan smua nenek yg msukkan dlm cup dan kukus
Mummy cuma bg resepi ngan adun jek sbb Syahmina da menjerit ngan nak ngikut Mr.hBy ke Jusco ngee *sakan berjalan*
mmg sedap apam ni terima kasih pd pemberi resepi (sapa pny aek da lupa)
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea