Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT...

Jot Down by Mummy Dasy at 10:06 AM 5 yang membebel

Pic credit here

SELAMAT HARI MERDEKA
bila merdeka maknanya cuti ah ye.
Bila dah cuti confirm semua orang suka, tambah plak puasa
Mummy confirm ah melingkar kat katil selagi tak jejak jarum jam kul 9am takda maknanya nak bangun.
Mari sama2 laungkan
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Mummy xleh laung kuat2 puasa tambah plak ngah mabuk ni kang ada terhambur kuar semua.

Dan hari ini juga merupakan
HARILAHIR SUAMI TERSAYANG YANG ke-36
semoga panjang umur
semoga murah rezeki dpt belikan macam2
semoga ape yg dhajati akan tercapai
semoga dberkati selalu hendaknya.
AMIN


Jot's :: Arini nak shopping raya lagi..ye ye..

footer

Monday, August 30, 2010

Today is...

Jot Down by Mummy Dasy at 12:08 AM 7 yang membebel
Our Wedding Anniversary
Genap 7 tahun dah ghupenya
sekejap jek pejam celik pejam celik dah 7 tahun
nikah 30/08/03, sanding 31/08/03
11bulan lepas tu keluar ah Danish 22/07/04, pastu Daneen 14/09/06 and now waiting for our 3rd baby insya'allah kalau ada rezeki ikut scan 10/04/2011.
semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.
To dear Mr.hBy
terima kasih terima diri ini seadanya
terima kasih bsabar melayan kerenah
dan
terima kasih untuk segala2nya....

Jot's :: hahaha xde gambo2.... mood "M" tersangat ah byk... rasa cam nak cuti keje jek


footer

Sunday, August 29, 2010

Shopping Raya

Jot Down by Mummy Dasy at 3:35 PM 1 yang membebel
Hasil rembatan untuk raya
seminggu puasa dah shopping bukan sebab semangat nak raya
tapi takut keadaan tak mengizinkan, tupun masa tu anak2 cbuk belek2 baju
Mummynya cbuk gak kuar masuk toilet muntah
anak2 ngan Mr.hBy cbuk beli baju raya, Mummy cbuk cari baju ngandung
tu pun ada lagi barang belum beli.
Tak tau bile nak gi beli sebab sekarang ni keadaan dah kurang mengizinkan.
Perut dah nampak, baju raya jangan ah kain xleh nak zip..
Korang dah shopping untuk raya ke?

Jot's :: Semalam berbuka umah Nyang DaSy, arini umah MIL & esok beli PARAM...

footer

Wednesday, August 25, 2010

Malang Tak Berbau

Jot Down by Mummy Dasy at 3:48 PM 6 yang membebel
Pagi tadi seperti biasa anta Daneen gi sekolah
tapi oleh sebab dah terlambat bangun
kena ah speed lebih ckit
mula² perjalanan lancar sahaja
tapi bila sampai kat kawasan berbukit & sedang turun bukit
tiba² keta hadapan sekali behenti mengejut
tengok bonet enjin dah terangkat,
keta Mummy no. 4, 2nd & 3rd car pun sama² laju emergency brek
Daneen kat sebelah dah terkedepan
sambil mulut dia cakap "Ya Awah Allah, Ya Awah Mummy"
sebab keta 1st tu dah berasap².
Nasib xde ape² sebab Daneen duduk tadi, kalau tak selalu dia berdiri kat cermin
cuma perut Mummy jek senak ckit terentak kat stereng
nasib tak tersembur muntah keluar sbb masa tu mmg ngah menahan nak vommit.
Dalam keta tu ada emak (driver) ngan anak.
Kesian, tapi Mummy tak turun pun coz 2nd car tu dah benti tolong kuarkan anaknya.
Budak tu mungkin luka sebab cermin depan pecah.
Daneen suh benti, tapi Mummy tak sanggup ah sebab dah loya sangat²
lagipun Daneen dah lambat, lagi pun ramai² buat ape...

Jot's :: To my friend Raziawati, tahniah for ur 2nd baby...

footer

Day 11 @Pizza Hut

Jot Down by Mummy Dasy at 11:11 AM 3 yang membebel
Ye ye tau arini dah puasa ke 15
tapi nak wat camne makin lama makin rajin *ngee*

Tercapai sudah hajat nak makan
Nasi Kurma Ayam @Pizza Hut
to me, rasanya kureng nangis huhuhu
gaknye tekak elum boleh menerima lagi

Ramadan Fizz ni pulak boleh ah
airnye rasa cam agar²+sunkist+air karbonat
tapi Daneen tak berapa masuk dia mencari air kosong jugak
as for Danish dia kata x sedap, suh order Pepsi

ini pun kureng gak bagi tekak Mummy
makan tak habis pun meatball tu langsung tak boleh masuk kat tekak.
Yang habis cume spaghetti jek, mmg setiap kali gi Pizza itu jek yang laku.

Jot's :: Sekarang agak senang tak yah fikir nak masak ape, semua beli w/pon tak menepati piawaian ;p

footer

Monday, August 23, 2010

Kemudahan tergendala

Jot Down by Mummy Dasy at 7:24 PM 2 yang membebel
Ape perasaan apebila kemudahan selama ini dikecapi di tarikbalik?
Masa ni lane SmarTAG & TnG ditutup
Mummy ofcos ah marah sebab lane tol tu dah jammed
ditambah plak tekak yang kurang menyenangkan.
Nasib cuma sehari, kalau smpi Syawal mau nangis...

Jot's :: Bersusah² ke hulu, bersenang² di tepian..ecece

footer

BERBUKA DENGAN FASTFOOD

Jot Down by Mummy Dasy at 5:47 PM 0 yang membebel
Menu Berbuka hari ke-9 kami di taja oleh
Mc'D & secret Recipe
Mummy teringin nak makan Chocolate Indulgence
Danish dari pagi cbuk nak Mc'Chicken
tu yang Mr.hBy & Daneen terpaksa ikut selera Mummy & Danish.

Minah ni bila dah jumpa kek
ofcos ah dia kata B'day dia
siap suh kita nyanyikan lagu Happy B'day untuk dia secara paksa.
Muka happy nak amik coklat tepi sahaja.


Jot's :: Alamak benar ke berita di Mc'D ini....

footer

Marhaban Astro

Jot Down by Mummy Dasy at 2:01 PM 0 yang membebel
Ari Sabtu kitorang ke AEON,BUKIT INDAH
itu tempat paling dekat lagi pun pergi dah petang
masa kitorang pergi ada Marhaban Astro.

Tengok dari Level 1 sebab mmg nak naik level tu pun
tiba² Danish jerit
"Ek eh Shahir ah"
wakaka peminat Shahir okey mamat ni
Mr.hBy tanya "Mana satu Shahir?"
Dia jawab "Baju hijau tu"
memang betul pun baju ijau tu Shahir.
selain tu ada Nadia, Zainal Alam, Zahid, Aishah AF etc.
tak luper makcik glamour ;p

Jot's :: Shopping raya...

footer

Sunday, August 22, 2010

Tak Tahan

Jot Down by Mummy Dasy at 6:40 PM 3 yang membebel
Nampak tak yang me circle in red tu...
u'olls agak2 budak tu watpe???

Masa ni jem giler, depan sekolah tambahan plak waktu budak balik sekolah
keta semua tak bergerak.
Jarak keta budak tu 5 biji dari keta kitorang
then dengan selamba jek dia dok buka seluar
then shishi kat situ
ni mesti kes dah tahan sangat.
Bukan sorang, tapi dia dua badik.
Danish & Daneen bantai gelakkan dalam keta
tapi Danish malu actually coz budak tu pompuan.
Apalah, kalau Mumm ah x sanggup weyyyy nak suh anak shishi tepi jalan camtu
malu tau, bukannye ckit keta byk lak tu.
Kalau u'olls sanggup ke tak suh anak shishi kat tepi jalan waktu jem???

Jot's :: Tekak perit...luka...

footer

Kanak-kanak maut, dua lelaki parah rumah simpan mercun meletup

Jot Down by Mummy Dasy at 4:27 PM 0 yang membebel
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terbunuh dan dua lelaki cedera parah apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai menjadi gudang mercun di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini, meletup pada jam 12.30 tengahari tadi.

Mayat Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Tadika Kampung Losong Atap Zin, ditemui tersangkut pada pokok selepas tercampak kira-kira 15 meter dari rumah berkenaan dengan kepalanya pecah.

Jurucakap bomba yang ditemui di tempat kejadian berkata letupan kuat itu menyebabkan bahagian depan rumah itu musnah sama sekali.

Menurut saksi, dua lagi mangsa berusia 22 dan 23 yang belum dikenal pasti identiti mereka pula mengalami kecederaan parah di kaki.

SUMBER HERE

Jot's :: Macam2 kisah mercun sekarang ni...

footer

Thursday, August 19, 2010

Cerita Arini

Jot Down by Mummy Dasy at 9:51 PM 5 yang membebel
Arini awal2 pagi dah ke Klinik Kesihatan Gelang Patah
coz nak amik darah untuk HIV & MGTT
1 tabung plak tu di amik dah lah puasa
masa ngah amik tu idak lerr berani nak tengok
me siap tutup mata takut punya pasal
tau2 jek sakit.
Sebelum amik darah tu ada plak kecemasan
doctor ngan beberapa staff kna pegi ke kawasan Desa Mengkuang
coz ada kes DENGGI
kata nurse yg amik darah tu, ibu mengandung meninggal sbb DENGGI
berhati2 ah ye, takde dengar citer ke?
jadinya dalam bilik tu dah penuh ngan kakitangan klinik melainkan me jek patient
hahaha sempat ngepohkan ngan nurse tu.
Berbalik pasal amik darah tadi
bila nurse dah amik darah, dia tanya me puasa tak start kul 10pm smpi pagi
ofcoz ah puasakan sebab kul 9.30pm dah tido
tapi sahur kul 4am makan
so MGTT tak boleh buat tunda minggu depan
tadi setabung, minggu depan setabung lagi darah keluar
huhuhu bak kata Mr.hBy
"Baru setabung, jalan dah cam org mabuk terhuyung hayang"
ceh dia tak merasa sedap ah cakap
macamana gaknye aek suami yang morning sickness pabila isteri pregnant
alangkah bagusnya kalau itu yang terjadi
takyah ah me dok vommit 24/7
tapi Alhamdulillah kali ni tak seteruk Danish & Daneen
kalau tak confirm la ni dah terlantar kat hospital.
Tapi semalam masa buat kad merah kat KD Paya Mengkuang kata JM Latifah
usia kandungan dah 10weeks maknanye dah 2bulan setengah
huhuhu mana satu yang betul ni
??????1bulan ke 2 bulan??????
next week nak gi scan untuk kepastian......
sejak amik darah pagi tadi perasaan nak pitam makin menjadi2 plak
nak 1/2 day keje segan ah plak asik muka me jek yang 1/2day & cuti keje.
Tapi kat tempat keje pun bukan wat keje dok melepek baring kat meja
pastu bila boss kuar amik kesempatan untuk tido wakaka
So lepas ni tiap2 minggu ada appointment kat Klinik Kesihatan GP
x suke..x suke..x suke
sebabnya tadi bile langkah kaki dalam KK tu dah bau poopoo baby
bau yang kurang menyenangkan hidung.
Itu jek ler citer untuk arini, nanti next week lepas scan baru confirm brp bulan sebenonye BABY ni.

Jot's :: Tekak cam teringin plak nak makan Nasi Kurma Ayam & Ramadan Fizz @ Pizza Hut..


footer

Wednesday, August 18, 2010

Sekali lagi

Jot Down by Mummy Dasy at 8:46 AM 3 yang membebel
Rasanya baru semalam membaca Metro kisah tragis 4 beranak maut kemalangan jalanraya
arini sekali lagi......
kadang² perasaan takut timbul bila nak kuar umah waktu² nak raya ni
ape pun Al-Fatihah untuk arwah

KERETA Perodua Kancil remuk selepas dilanggar lori  JKR Daerah Hilir Perak di KM-7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan, semalam. Nahas itu  mengorbankan tiga warga Indonesia manakala dua yang lain termasuk  bayi  enam bulan  cedera parah.
KERETA Perodua Kancil remuk selepas dilanggar lori JKR Daerah Hilir Perak di KM-7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan, semalam. Nahas itu mengorbankan tiga warga Indonesia manakala dua yang lain termasuk bayi enam bulan cedera parah.


Bayi enam bulan tercampak dari kereta bertembung lori JKR selamat

TELUK INTAN: Tiga terbunuh, manakala dua cedera termasuk seorang bayi berusia enam bulan selepas kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas apabila satu daripada tayarnya pancit dan bertembung dengan sebuah lori Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kilometer 7, Jalan Maharaja Lela, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 12.35 tengah hari itu, bayi berkenaan, Mohd Fahmi, berusia enam bulan yang dipangku pengasuhnya, Siti Samsiah Imam, 44, tercampak keluar dari kereta dan terjatuh atas rumput di tepi jalan.
Mereka yang meninggal dunia ialah rakyat Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap, Edy Nor Yanto Raman Sjahjudin, 45, dan pasangan berasal dari Indonesia, Abdullah Asnawi, 46, serta isterinya yang dikenali sebagai Hozeiniye, 36 tahun. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Kejadian berkenaan adalah antara kemalangan maut dilaporkan sejak Ramadan bermula pada Rabu lalu. Setakat semalam, 15 maut dalam kemalangan di seluruh negara, termasuk kemalangan ngeri yang menyebabkan kematian wanita dan tiga anaknya, di Kilometer 22 Jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga, Negeri Sembilan, kelmarin.

Pada hari pertama Ramadan, sepasang suami isteri tidak sempat menghabiskan ibadat puasa, apabila terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 253.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, juga di Negeri Sembilan. Anak angkat yang berusia tiga tahun bagaimanapun terselamat dan hanya luka pada mata.

Dalam kemalangan semalam, kereta berkenaan dipandu oleh Edy, manakala isterinya, Siti Samsiah, seorang warga Malaysia memangku Mohd Fahmi. Mangsa dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Sungai Kajang, Tanjung Karang, Selangor selepas membantu Abdullah dan isterinya berurusan di Jabatan Imigresen, di sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kejadian berlaku apabila kereta itu hilang kawalan selepas tayar depannya pecah lalu memasuki laluan kanan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

"Pelanggaran menyebabkan bayi berkenaan tercampak keluar dari kereta, manakala yang lain tersepit dalam kenderaan yang remuk. Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Teluk Intan. Mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, Samsiah cedera parah, manakala Mohd Fahmi yang ibu bapanya belum dikenali hanya calar pada kepala. Pemandu lori JKR yang berusia 40-an pula cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

footer

Monday, August 16, 2010

Biskut Popular

Jot Down by Mummy Dasy at 6:20 PM 5 yang membebel
Biskut yang Famous ni menjadi idaman ibu mengandung sekarang hehehe
aritu gi Giant, tiba² plak terngidam Famous Amos ni
berlambak² kat Giant tu.
Bukan setakat itu, Hot Peri-Peri Sauce Nando's pun ada
jangan plak korang ingat me amik kat Nando's
tidak!, tidak!, tak baik waktu² begini wat perkara dilarang *NGEE*
untuk warga Johor yang tak jumpa biskut ni
silalah ke GIANT yekkkkkkkkkkkk berkotak² kat situ.
Masa nak membeli yeyeor cam tak jumpe bertahun²
padahal selalu beli, tapi makannya cuma segigit jek.
Elakkan pembaziran di bulan puasa yek jangan ikut perangai Mummy DaSy ni..

Jot's :: nak mangga muda..menjijih air liur dah ni.......

footer

Kurma

Jot Down by Mummy Dasy at 12:13 PM 2 yang membebel
Makanan di bulan puasa kata Danish
selalu kami hanya akan membeli kurma jenis ini
sebab ape?
sebab yang paling kukuh kurma ni nampak lawa siap ngan tangkai²nya

pic credit HERE

tapi kali ni Mummy belum menjamah lagi w/pon dah beli
cam tak berapa nak masuk tekak lak melainkan kurma Ajwa' yang dibeli di Angsana.
Tekak ni memang suka memilih makanan sekarang ni :D

Jot's :: Dah berapa hari asik 1/2day jek ni..

footer

Pizza

Jot Down by Mummy Dasy at 10:10 AM 0 yang membebel
Sepanjang 6 ari berpuasa
dah 2 kali beli Pizza Bentayan ni kat Bazaar Nusa Perintis, Gelang Patah
Mummy selalu beli Beef Pepperoni sedap banget....
5 ari puasa, semua juadah berbuka & sahur hasil belian di PARAM
tapi bukan me yg gi beli, Danish & Mr.hBy yg beli.
Arini macam terngidam puding di Bazaar Bandar Baru Uda
puasa² ni semua nampak sedap di mata ;p, walau pun tak boleh bau bazaar.....

Jot's :: Baju raya cam tak muat untuk dipakai camne ni????

footer

Sunday, August 15, 2010

Sekadar renungan

Jot Down by Mummy Dasy at 8:27 PM 2 yang membebel



Di sebalik musibah yang terjadi pada hari Jumaat...samalah kita fahami maksud yang tersirat..

Jot's :: Semakin hari, semakin tak berdaya

footer

Friday, August 13, 2010

Puasa Kami

Jot Down by Mummy Dasy at 3:15 PM 2 yang membebel
Korang puasa arini?
dah ada yg ponteng ke? ^◕‿◕^

Puasa tahun ni, setakat 2 ari berbuka belum ada memasak lagi
semua beli di bazaar Ramadhan jek
Malam tarawih gi ngan Daneen, Alhamdulillah dia makan pujuk & dengar kata
dok diam² jek kat sebelah Mummy.

1st day puasa
sahur nasi, lauk MIL bagi...tq mak...
lepas sahur tido pastu solat subuh
pastu sambung tido smpi kul 8am miahaha
pastu dok melepek depan tv coz xleh nak bangun2 sangat kepala pusing....
pastu dalam kul 11am kitorang ke Giant beli barang ckit
masa kat Giant, Mummy cam dah x larat sangat²
nasib baik ada trolley djadikan tempat berpaut
tapi selagi leh bertahan, tahan jek lerrr
pastu ke Kipmart, Mr.hBy ngan Danish jek yg turun
Mummy ngan Daneen tgl dlm keta leyan mata *tido*
Last gi Bazaar Perling beli satay & rojak asma
kat ctu Mr.hBy jek yg turun kami anakbanak layan tido dalam keta
plak tu ujan + sejuk a/cond mmg sedap feeling² tido...
sampai umah kul 5.30pm, turun²kan barang dari keta smpi habis
Mummy baring plak dalam bilik, tak larat yg sangat cam nak pitam pun ada
pastu gi umah MIL berbuka d sana
pastu gi Terawih, kali ni dah ah ngan kepala pusing
Daneen lak wat hal coz dia dah tau selok belok dlm masjid tu
dia wat sesuka ati jek.....
kami wat 8 jek coz Mummy tak larat nak lama²...

2nd day puasa
Sahur mee goreng jiran bagi.
Alhamdulillah, dari pagi segar bugar tp kul 10am
dah mula loya² pastu ape lagi..... vommit jek kejenya kat ofis
tengahari amik Daneen balik sekolah ngah drive cam nak pitam benti lak tepi jalan kejap
nasib Daneen tido, tak banyak songeh dia.
Buka pun setakat murtabak, pizza ngan nasi ambang hasil belian di bazaar.
malam mmg confirm lepas isya' terus rebah tak sedar diri.
tapi malam tadi x gi terawih tak larat yang amat.

Jot's :: Setakat ini Alhamdulillah masih mampu bertahan....w/pon kadang2 rasa cam nak pengsan..

footer

Tuesday, August 10, 2010

Sebelum Berpuasa

Jot Down by Mummy Dasy at 5:14 PM 2 yang membebel
Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah abaikanlah puasa ummat Muhammad jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara :"

  1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya.
  2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
  3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 di sekitarnya.
Maka Rasulullah S.A.W pun ucapkan AMIN 3x.

semoga Allah memberkati dan sentiasa menjaga ibadah puasa kita, Amin.....

Jot's :: Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf andai ada salah & silap tanpa saya sedar....

footer

Selamat Berpuasa

Jot Down by Mummy Dasy at 2:01 PM 4 yang membebel
Selamat Menyambut Ramadhan

Dari Kami...


esok tahan makan
untuk diri sendiri jangan nak morning sickness plak..
untuk korang esok jangan tiba2 apendiks, gastrik ngan uzur plak....selalu bulan pose ni macam2 penyakit yang kuar

Jot's :: semoga kali ini lebih bermakna...

footer

Friday, August 6, 2010

Sebelum Ramadhan Tiba

Jot Down by Mummy Dasy at 9:48 AM 3 yang membebel
Sebelum kita memasuki bulan Ramadhan ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan:

1. Berdoa kepada Allah s.w.t. agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. Juga memohon kepadaNya supaya memberikan kekuatan untuk melaksanakan shaum, qiyamullail dan amal sholeh lainnya didalam bulan tersebut.

2. Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari dosa dan perbuatan maksiat. Jangan sampai mengotori bulan Ramadhan dan puasa dengan berbagai kemaksiatan dan dosa. Tidak seharusnya seseorang yang melakukan puasa Ramadhan berbuka dengan makanan dari hasil riba, wang rasuah dan penghasilan-penghasilan haram lainnya. Tidak patut seseorang yang menjalankan puasa disatu sisi namun disisi lainnya ia meninggalkan solat 5 waktu yang merupakan Rukun Islam kedua. Demikian pula mereka yang pada siang hari menahan lapar dan dahaga namun malam harinya tenggelam bersama dentuman musik, asap rokok dan minuman beralkohol.

3 Berusaha untuk memahami hukum-hukum berkaitan dengan shaum, mengetahui petunjuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam sebelum memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya, pembatal-pembatalnya. Demikian pula kewajipan-kewajipan, larangan, sunnah-sunnah dan yang dibolehkan dalam puasa. Juga tentang amalan lain yang berkaitan dengan bulan Ramadhan seperti qiyamullail, zakat fitrah dan perilaku Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan diri dan keluarganya ketika bulan Ramadhan.

v. Mempersiapkan acara-acara dalam mengisi bulan Ramadhan. Di antara kegiatan yang perlu ditekankan adalah qira'atul Qur'an, mempelajari dan menghafalnya, qiyamullail, acara buka puasa bersama, umrah Ramadhan, I'tikaf, sedekah, zikir, penyucian jiwa serta amal-amal sholeh yang lain secara umum.

SUMBER C&P FB

Jot's :: Selamat berhujung minggu

footer

Wednesday, August 4, 2010

Banned Dia

Jot Down by Mummy Dasy at 4:59 PM 5 yang membebel

Nilah bak kata pepatah
terlajak perahu boleh undur, terlajak kata binasa...ecece
gara2 Famous Amos macam2 jadi.... so berhati2 sebelum mengeluarkan kenyataan ye kawan2...

Jot's :: Ngah menggila ngan EPILOG SYURGA CINTA, best banget citer ni...

footer

Tuesday, August 3, 2010

Book 4 Charity

Jot Down by Mummy Dasy at 10:01 AM 1 yang membebel
Jumaat aritu dapat parcel
berhari2 nunggu akhirnye dapt jugak

Berlapis2 kak Ida sampul buku tu tau
ini bungkusan luar

ini lapisan ke-2

lapisan ke-3 ngan plastik putih

ini buku² yang Mummy beli
memang murah2 buku kat situ sambil tu boleh menderma.
Kononnya OPEN SEASON tu nak belikan Danish, sekali Daneen dah nmpk dia kata tu buku dia, bila dah jadi herta dia confirm xleh jatuh kat tangan org lain.

mmg betul w/pon baru separuh buku yang di baca
novel lebih feel dari movie, 1st letter I dah sentap menyentap dah.

Jot's : Pening² + selsema selama seminggu mmg menyiksakan.

footer
 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea