Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Sya'aban

Jot Down by Mummy Dasy at 12:32 PM
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari
Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009
(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini
untuk
menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan
seterusnya
berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan
yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14
hb
sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah
&
surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas
3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam
= 5 August 2009)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat
kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk
beribadat
kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &
mati di
dalam
iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban
sebanyak
22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah
haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi
Allah
Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) :
pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia
lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan
semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau
orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu
sya'aban

kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya
kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam



head4_edited-1

2 yang membebel:

mummy_ayu said...

tq for a very good info..take note!

Unknown said...

Bguss kan fadhilat yg besar kalu kita buat amalan pd bulan Sya'aban dn hari Nisfu Sya'ban..
Smlm pn ada dpt email mcmnie tntang Nisfu Sya'ban..
Gud info..

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea