Wednesday, May 6, 2009

Lagi wanita mengandung maut diragut

Jot Down by Mummy Dasy at 9:18 PM
06/05/2009 5:42pm


KOTA BAHARU 6 Mei — Selepas seorang wanita mengandung maut di tangan peragut di Johor Ahad lalu, satu lagi kes kematian yang disebabkan oleh angkara peragut yang turut melibatkan wanita mengandung berlaku di Kelantan hari ini.

Dalam kejadian di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh di sini, Saripah Mohd Noor, 33, dari Kampung Melawi, Bachok yang mengandung tiga bulan maut selepas diragut oleh seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdulah berkata kejadian berlaku selepas mangsa yang sedang menunggang motosikal telah diragut beg tangannya sehingga menyebabkan motosikalnya terbabas dan jatuh.

Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang dari arah bertentangan dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi ini, katanya.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menunggang motosikal bersendirian untuk ke rumah ibunya di Tumpat. - Bernama (utusan online)




pic10-1

9 yang membebel:

afiq said...

sgt sedeh ngn berite nih..
al fatihah!

JaNnAh said...

baru jek kuat kat berita tv9 td.. sedey lah.. tinggal 5 org anak.. sepatutnye peragut di beri hukuman gantung sampai mati jek..!!

Mummy Dasy said...

afiq -> Al-fatihah tuk arwah

Umi Nawfal -> Betul kak

mummy_ayu said...

macam musim lak kes nie..al fatihah

Hernee Nazir said...

bongek btul dorg ni tau..xde akal gaknye..

Lady D said...

sian kan..tp ape2 pon ndak promote link ni

http://www.klikjutawan.com/recommends/dilaformula

"39 CARA BUAT DUIT DARI UMAH"

*CD-ROM RM49
Laporan PERCUMA!!
SMS NAMA & ALAMAT:
012-7714602

Redbloodsnow said...

Masya'ALLAH...ape nak jd la ngan manusia skrg neh. Zie plg benci lah ngan peragut yg meragut ppuan peknen kak. rase mcm nk tembak ngan nuklear jek..huh!!!

CuTeMiUt78 said...

so sad kan.. memang peragut tu.. tak berhati perut.. patutnya dihukum smpi mati je

Unknown said...

Kt M'sia nk kan kalu Dasy pasan laa kan..kalu citer pasal ragut nnti brturut2 asik kna ragut jer..kalu eksiden ngeri..msti eksiden jer..kalu rmh tbakar t msti tmpt len pn da tbakar ja kan..memg sdih laa kn wanita slalu jd mangsa

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea