Friday, March 20, 2009

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Jot Down by Mummy Dasy at 10:34 AM

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah S.A.W menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Wallahualam
(source Cari)


Till next episode...

4 yang membebel:

Cho Zila said...

>>mummy.. thnks 4 ingat2kan cho ni.
>> orang dulukan cukup marah kalau kita gi dari satu2 tpt tu terus terjah jer masuk rumah,.. selalunyr dia suruh rest dulu, bagi aperker benda tak elok tak masuk sekali dalam rumah.. mungkin ler elok baca surah al ikhlas ni dulukan.. akan di amalkan..

Mummy Dasy said...

Cho Zila --> sama² kita saling memperingati

Unknown said...

Salam pkenalan Mummy Dasy..thanks yea sudi jengah rmh sya..Happy Balated Birthday 17.03.2009 - mg pjg umur dtmbhkan rezeki dn brbahagia bsama ank2 yg kiut miut itu dn hubby tchenta..

Mummy Dasy said...

my qaseh --> salam perkenalan & thanks 4 da wishes

 

Ω Bebelan DaSy Ω Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea